Steam dikatakan telah menjana pendapatan sebanyak USD11.1 bilion sepanjang enam bulan pertama 2026, mencatatkan peningkatan sebanyak 14.5% berbanding waktu sama tahun lalu.
Menurut data yang dilaporkan oleh Alinea Analytics, jumlah ini turut dikatakan meningkat 8% lebih tinggi daripada enam bulan terakhir tahun 2025.
Lebih menarik, menurut laporan statistik ini, hanya 21% pendapatan enam bulan pertama 2026 datang dari game-game yang dilancarkan pada tahun ini. Senang kata, kira-kira 79% daripada pendapatan tersebut didapati dari game-game yang keluar sebelum 2026.
Sebahagian besar pendapatan ini hadir dari game-game yang sentiasa mengumpulkan jumlah pemain yang besar di Steam, antaranya Counter-Strike 2, Dota 2, PUBG, Apex Legends, Rust, Call of Duty dan Grand Theft Auto V.