Studio yang membangunkan francais Need for Speed, Criterion Games mengesahkan yang tiada sebarang game lain dalam perancangan mereka selain hanya fokus kepada siri Battlefield.
Ketika bercakap dalam satu majlis ulang tahun ke-30, Pengurus Besar Criterion, Rebecka Coutaz berkata, “Kami bukan di sini untuk bercakap tentang masa lalu.”
Ketika diajukan soalan oleh IGN sama ada studio tersebut mempunyai projek selain Battlefield, beliau menjawab, “Kami hanya fokus kepada Battlefield.”
Untuk korang yang tak tahu, Criterion suatu ketika dulu cukup terkenal sebagai sebuah studio yang membangunkan game-game racing seperti Burnout & Need for Speed.
Namun, EA kini telah mengubah Criterion menjadi salah satu studio dalam Battlefield Studios, bersama-sama DICE, Ripple Effect Studios & Motive Studio.
Saya setuju, fokus pada Battlefield memang wajar untuk saat ini. Battlefield masih sangat relevan dan memiliki basis pemain yang besar.