Half-Life – Game FPS Ciptaan Pertama Gabe Newell

Danial Zuher

10/11/2026

Sebelum wujudnya platform Steam pada September 2003, Valve Corporation hanyalah sebuah syarikat kecil yang ditubuhkan oleh bekas pekerja Microsoft, Gabe Newell dan Mike Harrington pada Ogos 1996. Setelah melihat game seperti Doom dan Quake. Gabe Newell yakin video game adalah medium hiburan baru yang beliau patut terokai.

Gabe mahukan produk pertamanya sebuah game first person shooter horror yang mengambil inspirasi dari game Doom dan Quake, novel Stephen King, The Mist tahun 1980 dan episode bertajuk The Borderland dari siri TV tahun 1963 The Outer Limits.

Beliau nampak kebanyakan game FPS tahun 90-an pada masa tu kurang inovatif dan tak diberi penekanan kat jalan cerita dan world building yang lebih immersive. Game seperti Doom, Quake, Duke Nukem 3D dan Shadow Warrior lebih mementingkan gameplay dari story. Jadi Gabe nakkan game terbarunya kukuh kat 2 elemen tu.

Namun, disebabkan syarikatnya masih baru, beliau tak ada tenaga kerja yang ramai untuk hasilkan game engine sendiri. Jadi Gabe gunakan Quake engine dari id Software untuk hasilkan projek pertama dan dalam masa yang sama, mengubah suai kod-kod Quake engine sehingga ia menjadi game engine baru iaitu Gold Source.

Setelah 2 tahun setengah berada dalam pembangunan, akhirnya Half-Life dikeluarkan pada November 1998 untuk PC dan konsol. Sama seperti id Software, Valve mengikuti jejak langkah seniornya dengan ciptaan pertama ni mengubah landskap genre first person shooter.

CERITA

Plot Half-Life dimulakan di Black Mesa Research Facility, Gordon Freeman, seorang saintis, yang datang lewat untuk bekerja pada hari tu. Dia ditugaskan bekerjasama dengan saintis lain untuk lakukan eksperimen kat kristal yang masih belum diketahui asal usulnya.

Namun, ada berlaku kesilapan yang tak dijangka apabila Gordon aktifkan “Resonance cascade” yang membuka portal teleportasi antara dunia manusia dan dunia makhluk asing yang berbahaya, menyebabkan fasiliti diserang teruk.

Saintis Eli Vance beritahu kat Gordon yang dia perlu keluar dari fasiliti untuk dapatkan bantuan luar. Malangnya, kebenaran yang lebih teruk terbongkar apabila tentera US marine yang sepatutnya dihantar ke Black Mesa untuk selamatkan para saintis. Sebenarnya ditugaskan untuk hapuskan semua pekerja Black Mesa termasuklah Gordon Freeman dan letupkan fasiliti untuk menutup kebenaran.

Gordon bukan saja perlu berdepan dengan makhluk asing, tapi juga manusia. Dia bergerak ke Lambda Complex untuk gunakan portal teleportasi yang menghantar dia ke dimensi Xen. Di Xen, Gordon perlu kalahkan Nihilanth yang menghalang portal daripada ditutup. Sepatutnya Gordon kembali ke Bumi, tapi dia dikejutkan dengan kehadiran lelaki misteri bernama G-Man.

Dia tawarkan kat Gordon peluang yang dia tak boleh tolak untuk menjadi sebagai pekerjanya. Gordon tiada pilihan lain selain terima dan masuk ke dalam dimensi yang tak diketahui.

Apa yang menarik pasal Gordon Freeman, tak seperti kebanyakan protagonis game FPS pada masa tu di mana lebih fokus kat karakter macho, bertubuh sasa dan seorang askar terlatih. Gordon hanyalah seorang saintis PHD yang tak pengalaman gunakan senjata api. Tapi serangan di Black Mesa menyebabkan dia terpaksa adapt dah mahirkan diri untuk menentang aliens.

Kalau game FPS lain akan gunakan cutscene untuk sampaikan cerita. Half-Life guna pendekatan yang lebih immersive, dari awal sampai akhir cerita disampaikan menerusi perspektif first person. Dan pemain ada kawalan penuh ke atas karakter Gordon. Walaupun ada momen-momen penting, ianya ditunjukkan dalam linear scripted sequence. Cara ni lebih immersive untuk pemain mengenali dunia Black Mesa tanpa ada gangguan penukaran ke cutscene. All gameplay no cutscene.

Walaupun Gordon tak pernah keluarkan satu suara pun, karakter NPC lain sedikit sebanyak membantu pemain dengan berikan arahan apa patut buat dan mereka ada dialog-dialog yang mudah diingati.

Aku sememangnya suka Half-Life ni kerana dia macam filem Die Hard tapi ada makhluk asing. Cerita dia simple kalau korang nak kisah pasal base story saja. Tapi kalau korang explore dengan lebih mendalam tempat-tempat eksperimen kat Black Mesa, korang akan dapat tahu kisah sebenar lore dia.

GAMEPLAY

Ada 3 komponen kat gameplay Half-Life, combat, exploration dan puzzle. Gordon akan pakai sut HEV atau Hazardous Environment Suit untuk lindungi dirinya semasa combat atau radiasi. Combat Half-Life sama seperti kebanyakan game FPS, Gordon boleh bergerak pantas dan boleh bawa semua senjata.

Senjata melee yang paling ikonik iaitu crowbar bagus untuk musnahkan kotak, hapuskan headcrabs dan zombie serta pecahkan pintu lubang udara. Bagus untuk early game. Pistol 9mm juga bagus untuk early game dengan secondary fire boleh tembak 3 butir peluru sekaligus. Namun, pemain akan gantikan pistol dengan submesingan yang guna peluru sama dan ada underbarrel grenade launcher.

Revolver 357 magnum sangat bagus untuk one shot musuh tapi ammo yang diberikan tak banyak. Begitu juga dengan crossbow dengan keupayaan boleh zoom in.

Shotgun SPAS-12 bagus guna jarak dekat dan boleh tembak 2 shells sekaligus untuk mode tembakan alternatif. Hornet gun pula bagus untuk late game terutamanya kat Xen di mana ammo untuk senjata konvensional tak banyak diberikan. Terdapat juga senjata energy dan bahan letupan yang boleh digunakan kat situasi tertentu.

Headcrab ialah mahkluk asing yang pemain akan selalu jumpa, saiznya yang kecil boleh buatkan pemain mudah terlepas pandang, berikan mereka peluang untuk lompat ke arah pemain. Reka bentuk dan fungsinya hampir sama seperti facehunger dari siri Aliens di mana Headcrab akan melekat kat kepala manusia, kuasai sistem saraf dan minda mangsa sehingga ia menjadi zombi.

Vortigaunt akan lancarkan serangan elektrik kat pemain, tapi serangannya ambil masa sebelum boleh dilepaskan. Houndeye gunakan serangan AOE atau area of effect kat pemain. Manakala, alien grunt lebih kuat dan gunakan senjata Hornet gun, tapi mudah dikalahkan kalau guna 357 magnum atau crossbow.

Aku sebenarnya lebih enjoy lawan askar US marine sebab mereka lebih agresif, tangkas dan kalau aku sembunyi lama kat belakang cover, mereka akan baling banyak grenade untuk paksa aku keluar. Mereka juga akan berkomunikasi antara satu sama lain. Mungkin game FEAR ambil inspirasi dari enemy AI Half-Life.

Dari segi exploration, pemain akan lalui lokasi-lokasi linear yang pelbagai dari kawasan eksperimen Black Mesa sehingga ke dimensi Xen. Sesetengah lokasi ada lebih dari 2 jalan pemain boleh pilih, tapi kedua-duanya akan menuju ke lokasi sama jadi pemain takkan tersesat.

Aku puji game ni kerana tak gunakan objektif marker, mini map atau kompas untuk guide pemain ke objektif seterusnya. Sebaliknya Valve gunakan papan tanda atau visual cue untuk navigasi. Objek seperti butang atau kotak pemain boleh interact untuk gerak atau aktifkan untuk selesaikan puzzle.

Bagi aku kelemahan game ni kat lokasi terakhir di Xen. Kat seksyen platforming yang annoying disebabkan oleh pergerakan Gordon yang agak licin.

SOUND DESIGN

Half-Life mempunyai sound design yang ikonik dalam dunia gaming. Dari bunyi crowbar.

Bunyi pintu dibuka.

Bunyi first aid dan HEV recharge station.

Sehinggalah ke bunyi pemain tukar senjata lain.

EXPANSIONS

Selepas Half-Life mendapat review yang sangat positif. Dunia Black Mesa dikembangkan lagi dari perspektif karakter-karakter berbeza. Namun, Valve sedang sibuk fokus kat projek baru masa tu. Jadi pembangun game Borderlands, Gearbox Software diberi tanggungjawab untuk menghasilkan 3 expansion packs untuk Half-Life. Opposing Force, Blue Shift dan Decay.

Ketiga-tiga game ni menampilkan protagonis berbeza iaitu Adrian Shepard, Barney Calhoun, Colette Green dan Gina Cross. Mereka terlibat dalam insiden Black Mesa cuma di lokasi berbeza.

Dalam Opposing Force, pemain mengawal Corporal Adrian Shepard, seorang askar US Marine yang dihantar ke Black Mesa untuk hapuskan semua mangsa yang terlibat dalam insiden dua dimensi. Namun, operasi mereka bertukar menjadi teruk apabila mereka diserang oleh pihak ketiga iaitu makhluk asing baharu, Race X dan askar black ops, yang dihantar untuk hapuskan sesiapa sahaja yang masih terselamat termasuklah tentera US Marine.

Adrian yang masih terperangkap di Black Mesa tiada pilihan lain selain teruskan misi dan perlu mencari dan musnahkan portal di mana makhluk asing Race X gunakan untuk masuk ke dunia manusia.

Opposing Force perkenalkan lebih banyak senjata baru seperti pipe wrench yang sangat bagus kat zombie. Pistol Desert Eagle juga sangat bagus dan pengganti revolver 357 magnum. Mesingan M249, sniper rifle, spore launcher dan shock roach juga best digunakan.

Mekanik baru seperti boleh panjat gunakan tali dan gantikan lampu suluh dengan night vision goggle ditambah. Tapi kali ni mekanik NPC diberi penekanan di mana pemain boleh arahkan NPC askar lain untuk ikut pemain. Bezanya setiap askar ada peranan berbeza seperti engineer boleh buka pintu berkunci atau medic boleh pulihkan pemain atau NPC lain.

Blue Shift membawa pemain sebagai Barney Calhoun, seorang pengawal keselamatan Black Mesa. Dia juga salah seorang mangsa dalam insiden ni yang perlu survive dari serangan makhluk asing dan tentera US Marine. Barney bekerjasama dengan saintis lain untuk keluar dari fasiliti tu.

Dari segi gameplay masih mengekalkan prinsip all gameplay no cutscene. Tapi Blue Shift tak menawarkan senjata atau mekanik baru seperti Opposing Force. Sebaliknya game ni menawarkan HD graphic pack yang menaik taraf tekstur model karakter dan senjata.

Half-Life Decay pula ialah expansion terakhir yang dihasilkan oleh Gearbox Software. Ia dikeluarkan pada tahun 2001 sebagai sebahagian daripada main game untuk konsol Playstation 2.

Decay menampilkan mode cooperative multiplayer di mana dua orang pemain akan mengawal karakter Colette Green dan Gina Cross. Dua pemain perlu bekerjasama untuk selesaikan puzzle dan combat. Game ni boleh dimainkan secara split screen di PS2.

Ceritanya bermula apabila Dr. Rosenberg arahkan Colette Green dan Gina Cross untuk persiapkan kelengkapan eksperimen untuk Gordon Freeman. Eksperiman yang menyebabkan Gordon aktifkan resonance cascade yang membuka portal teleportasi ke dunia makhluk asing. Bila situasi menjadi semakin tak terkawal, Colette dan Gina membantu Dr. Rosenberg untuk hubungi pihak tentera dan juga membantu Dr. Keller untuk menutup portal teleportasi yang masih aktif.

Ia agak menarik untuk lihat bagaimana setiap karakter ni bertembung antara satu sama lain, walaupun tak secara bersemuka. Untuk pemain pula, ini peluang untuk aku explore tempat-tempat lain di Black Mesa yang tak dilalui oleh Gordon.

Half-Life sememangnya meninggalkan legasi yang berpanjangan dalam dunia gaming. Terima kasih kat Valve kerana membenarkan komuniti modding gunakan Gold Source engine untuk hasilkan pelbagai mod. Salah satunya ialah Counter-Strike. Namun, pada tahun 2004, peminat Half-Life menantikan kembali Gordon Freeman yang berwajah baru.

Leave a Comment