Review Cop Bastard – Bila John Woo Bergabung Dengan Takeshi Kitano

Danial Zuher

04/11/2026

Apa akan jadi kalau pengarah filem Hong Kong, John Woo bergabung dengan pengarah filem Jepun, Takeshi Kitano? Itu yang cuba disampaikan oleh solo developer, Targim dalam game bertajuk Cop Bastard untuk platform PC.

Game indie first person shooter ni fokus kat action scenes yang melampau seperti kebanyakan filem aksi 90-an, di mana realism memang tolak tepi. Jadi dalam review kali ni, aku akan bagitahu kat korang apa yang best dan apa yang tak best pasal game ni.

APA YANG BEST?

Berlaku di Osaka, Jepun pada tahun 1990, Cop Bastard mengisahkan tentang Detektif Katashi, seorang anggota polis yang ada masalah disiplin dan digeruni oleh penjenayah kerana cara dia selesaikan kes jenayah sangatlah agresif.

Tapi, masalah disiplin dia menyebabkan Katashi ‘dibeli’ oleh kumpulan Yakuza, Sato. Demi untuk pastikan masalah disiplinnya tak terbongkar kat umum, Katashi terpaksa lakukan apa saja yang disuruh oleh Sato. Ini termasuklah dia perlu musnahkan kumpulan Yakuza, Yamaguti. Secara tak langsung, Katashi terlibat dalam perang Yakuza di Osaka.

Aku tak kisah cerita yang ringkas sebab kebanyakan filem aksi 90-an plotnya straightforward. Tapi apa yang membuatkan filem-filem 90-an mudah diingati adalah protagonis yang ada personaliti menarik. Dan Detektif Katashi tak mengecewakan, personalitinya yang badass, tak ada filter dan penuh dengan one-liner menjadikan dia setanding dengan karakter game seperti Duke Nukem, Lo Wang dan Serious Sam.

Suara Katashi dan suara karakter lain sangatlah teruk but in a good way. Suara dialog bahasa Inggeris yang di-Jepun-kan. Mengingatkan aku kat filem seperti The Karate Kid atau Rush Hour.

Malah, aku suka berhenti dan dengar perbualan antara dua orang Yakuza. Dialog mereka kadang-kadang break the fourth wall dan banyak reference kat budaya pop seperti Die Hard, Hard-boiled dan Dirty Harry.

Walaupun gameplay Cop Bastard lebih ke arah seperti filem aksi Hong Kong arahan John Woo iaitu Hard-Boiled. Tapi perwatakan dan model karakter Detektif Katashi mengingatkan aku kat Detektif Azuma dalam filem Violent Cop arahan Takeshi Kitano. Pemilihan warna dan teks tulisan kat tajuk game ni juga hampir sama seperti poster filem tahun 1989 ni.

Masa aku main demo game ni tahun lepas, aku dah tahu aku akan suka game ni. Sebagai peminat filem Hard-Boiled, The Matrix dan juga game seperti FEAR, Max Payne dan Stranglehold. Cop Bastard menepati setiap kriteria yang aku nak.

Setiap tembakan hasilkan percikan partikel api yang melampau sehingga bilik ni menjadi berasap, berdebu dan penuh dengan kertas berterbangan. Tembak sampai tak nampak apa-apa. Setiap senjata juga sangat kuat, punchy dan ada bunyi tembakan yang satisfying.

Pistol Baretta dengan efek bunyi seperti filem aksi 90-an, shotgun yang bombastik, Micro Uzi yang sangat garang, pistol revolver yang menakutkan dan MP5 yang mengingatkan aku kat game Black PS2 bila aku zoom in. Malah, ada reference kat game Doom bila aku aiming gunakan double barrel shotgun.

Ada dua mekanik korang kena ambil tahu, spit dan slow motion. Slow motion macam biasa ialah bullet time di mana aku boleh perlahankan masa. Tapi spit ni special sikit, satu-satunya cara untuk aku pulihkan nyawa dalam game ni adalah dengan ludah kat mayat musuh. Yeah, for real. Sebabkan mekanik ni sampai sekarang aku masih ingat game ni.

Setiap musuh yang dikalahkan akan penuhkan meter spit/slow mo. Untuk spit ada dua bar kena penuhi. Satu bar akan pulihkan 10 peratus nyawa, 2 bar pulihkan 25 peratus nyawa. Tapi meter ni berkongsi dengan mekanik slow motion. Jadi aku kena buat keputusan nak guna mana dulu ikut situasi.

Semasa combat, ada juga mekanik dodge di mana Katashi akan lompat ke kiri atau kanan sambil bullet time diaktifkan. Mekanik ni bagi aku 50/50 antara suka dan tak suka. Sebab pergerakannya yang keras, tapi aku faham mekanik ni agak susah nak buat dalam first person view berbanding third person view. Tapi ianya mekanik yang nice untuk developer masukkan.

Aku nak puji efek bullet time dalam Cop Bastard. Ia menepati ciri-ciri yang aku nak di mana efek perlahankan masa, efek partikel dan persekitaran yang boleh dimusnahkan disatukan menjadi sebuah montage kemusnahan yang berseni.

Walaupun ada 7 mission saja disediakan, ianya menawarkan lokasi menarik dengan objek-objek yang menanti aku untuk diletupkan. Seperti Sato’s Office, Apartment atau jalan di pekan Osaka. Tapi lokasi favorite aku ialah Club Sagam kerana estetik dan muziknya yang chill.

Selesai story mode, aku boleh sambung main endless mode. Survival mode di mana aku kena bergerak dari bilik ke bilik dan survive sehingga aku kalah. Dalam masa yang sama, aku upgrade dan beli ammo senjata setiap kali aku lepasi beberapa bilik.

Bercakap pasal estetik, grafik game ni menggunakan filter visual VHS seakan-akan televisyen CRT. Aku recommend korang tak buang filter ni untuk kekalkan vibe yang dah ditetapkan oleh developer. Dan game ni lagi bagus kalau dimainkan dengan settings FOV paling rendah dan 30 frame per second. Sama macam filem era zaman tu.

Dari segi muzik, ada beberapa muzik yang dimainkan semasa combat. Ada lagu yang rancak. Tapi lagu rentak jazz sangat kena dengan vibe filem Takeshi Kitano. Aku rasa developer game ni peminat filem pengarah Jepun tu.

APA YANG TAK BEST?

Kurangnya kat game ni adalah durasinya, untuk story mode aku habiskan dalam masa 4 jam. Tambahan 1 atau 2 jam kalau korang habiskan masa kat endless mode. Main lebih lama lagi kalau korang kisah pasal leaderboards.

Aku rasa ceritanya boleh dikembangkan lagi macam dalam filem-filem aksi 90-an di mana setiap antagonis akan ada orang kanannya yang power. Macam Hans Gruber dan Karl dalam filem Die Hard. Sedikit sebanyak dengan adanya karakter macam tu, developer boleh hasilkan persaingan peribadi dengan Katashi dan boleh wujudkan boss fight.

Collectables juga tak ada dalam game ni. Memandangkan tema Cop Bastard adalah 80-an 90-an. Ada banyak budaya pop yang boleh dimasukkan macam kumpul kaset soundtrack atau kumpul kad Kaiju terkenal di Jepun. Sekurang-kurangnya ada replayability untuk pemain kembali ke map sama.

Juga, aku agak terkejut tak ada musuh pakai katana memandangkan game ni fokus kat Yakuza. Kerana game ni sangat memerlukan variasi musuh selain musuh yang suka letupkan dirinya sendiri.

Aku kecewa pistol Baretta tak boleh dual wield macam Inspektor Tequila. Mungkin developer boleh tambah satu lagi meter, kalau dah penuh boleh gunakannya macam special ability.

KESIMPULAN

Cop Bastard sememangnya sebuah game yang memberi penghormatan kepada filem dan video games kegemaran aku seperti Hard-Boiled, Die Hard, Max Payne dan FEAR. Developer Targim faham visual estetik apa yang nak disampaikan menerusi game ni mengikut era 80-an 90-an. Combat-nya yang sangat chaotic penuh dengan efek partikel digabungkan dengan barisan senjata yang best digunakan.

Detektif Katashi ialah apa akan jadi kalau Takeshi Kitano bertemu dengan Lo Wang dari Shadow Warrior. Penuh dengan dialog one-liner dan tak ada filter.

Namun, disebabkan game ni boleh dihabiskan dalam masa 4 atau 5 jam. Juga ceritanya boleh dikembangkan lagi dan tak ada variasi musuh semasa combat.

Mungkin sesetengah gamers akan fikir dua kali sebelum nak beli, walaupun harganya RM 29.49. Kalau korang minat game seperti Max Payne, FEAR atau Trepang2. Korang kena dapatkan game ni. Tapi kalau korang masih berminat kat game ni, tapi agak ragu-ragu, korang boleh sentiasa cuba demo kat Steam atau tunggu waktu sales nanti.

RATING JOMGAMING: 6/10

Leave a Comment