Minat Drama, Turn-Based Dan Fantasi China? Korang Patut Main The Moonlit Oath

The Moonlit Oath ialah game mobile kasual terbaru yang akan dilancarkan pada 25 September tahun ini. Game ni sesuai bagi korang yang minat naratif, strategi RPG dan elemen fantasi China. 

Di awal permainan, korang kena menjadi seorang ketua baru. Mulakan perjalanan hidup watak korang sebagai seorang pelajar yang menyertai akademi Mingyong. Kat sini watak korang akan berkenalan dengan pelbagai karakter tak kira lelaki atau perempuan, pelajar atau cikgu untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang kisah hidup harian diaorang.

Setiap karakter yang korang akan jumpa, korang akan berdepan dengan pelbagai drama dan karenah dari karakter-karakter ni. Ia boleh jadi situasi yang serius atau kelakar. Sebagai seorang pelajar, korang kena hadiri ke pelbagai kelas. Korang akan belajar tentang astronomi, kelas memasak, kelas seni bela diri dan banyak lagi. Ada sesetengah babak interaksi antara karakter-karakter ni, korang kena buat pilihan keputusan. 

The Moonlit Oath menampilkan reka bentuk karakter dan art style yang menarik. Pakaian setiap karakter juga berstyle, sesuai dengan tema fantasi China dan animasi 2D yang menarik terutamanya bila karakter tu lakukan serangan ultimate. 

Setakat berkenalan saja tak cukup, korang mesti nak dapatkan karakter-karakter favorite korang kan? Sistem gacha yang disediakan dalam game ni membolehkan korang untuk mengumpul karakter-karakter favorite. Karakter-karakter ini akan dilabelkan sebagai R, SR, SSR dan UR.

Gunakan mereka dalam gameplay turn-based combat. Cipta formasi pasukan yang menghimpunkan enam orang karakter. Setiap karakter ada peranan masing-masing. Macam Qiang seuai untuk lancarkan serangan sekaligus kepada semua musuh. Atau Yue Xiyin sesuai untuk debuff ke atas musuh. Korang boleh mix and match karakter-karakter berlainan untuk hasilkan combo menarik.

Selain upgrade level karakter, korang boleh kuatkan lagi karakter dengan naikkan skill karakter menerusi proses breakthrough. Sistem artifacts dalam game ni dikenali sebagai Four Arts, ada empat slot yang terdiri dari Zither, Chess, Calligraphy dan Painting. 

Empat slot ni korang boleh masukkan 4 set yang sama macam set Ox, set Koi, set Red Panda dan banyak lagi. Masukkan empat set yang sama akan aktifkan set power. Apa yang bagusnya, korang boleh cipta lebih dari satu plan untuk Four Arts. Jadi korang boleh tukar set dengan lebih cepat. Tak perlu nak cari dan masukkan satu per satu.

Dari segi muzik, The Moonlit Oath menampilkan muzik yang lebih ke arah tradisional dengan menggunakan instrumen muzik China. Sesuai dengan tema game ni iaitu fantasi China. Muziknya tenang bila korang berada di main menu.

Kalau korang game mobile yang ada banyak elemen drama, kasual dan combat turn based. Jangan lupa muat turun The Moonlit Oath secara percuma di iOS dan Android pada 25 September. Pelbagai ganjaran dan events menanti korang.

Tebus kod ini dalam game untuk dapatkan ganjaran istimewa: PlayTMOJomG

Download The Moonlit Oath di sini.

Follow media sosial The Moonlit Oath:

Penafian: Artikel advertorial ini ditaja oleh OVERHERE LIMITED.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *