Sony akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran untuk FlexStrike Wireless Fight Stick, iaitu fight stick pertama yang direka sendiri oleh Sony Interactive Entertainment untuk PS5 dan PC.

FlexStrike akan mula dijual pada 6 Ogos 2026, manakala pre-order akan dibuka bermula 12 Jun 2026 di kedai-kedai game tempatan yang disahkan oleh Sony. Harga yang diumumkan adalah RM999.
FlexStrike hadir dengan sambungan tanpa wayar berlatensi rendah menerusi PlayStation Link, selain turut menyokong sambungan berwayar. Sony turut menyertakan bateri boleh dicas semula, beg khas untuk membawa fight stick ini, serta rekaan ergonomik yang lebih tahan lasak untuk aksi kompetitif.

Selain FlexStrike, Sony turut berkongsi sedikit maklumat mengenai Pulse Elevate, iaitu siri pembesar suara tanpa wayar pertama yang dibangunkan oleh Sony Interactive Entertainment.
Pulse Elevate direka untuk digunakan bersama PS5, PC dan Mac, malah boleh digunakan dengan PlayStation Portal serta telefon pintar. Menurut Sony, ia menawarkan audio berkualiti tinggi, prestasi latensi rendah dan sambungan tanpa wayar lossless melalui PlayStation Link. Walau bagaimanapun, tarikh pelancaran dan harga tempatan masih belum diumumkan.

Menariknya, FlexStrike juga akan dilancarkan pada hari yang sama dengan MARVEL Tokon: Fighting Souls. Versi fizikal PS5 untuk game fighting tersebut akan mula dibuka untuk pre-order pada 12 Jun 2026 dengan harga RM249.
Bagi mereka yang berminat mendapatkan versi digital, pre-order sudah pun tersedia melalui PlayStation Store, Steam dan Epic Games Store. Game ini ditawarkan dalam beberapa edisi termasuk Standard Edition, Digital Deluxe Edition dan Ultimate Edition.
Korang bercadang untuk mendapatkan FlexStrike bagi melengkapkan setup game fighting game korang? Dengan harga RM999, ia sememangnya menyasarkan pemain yang serius dalam genre tersebut.