Razer Game Services mengumumkan bahawa Legend of Aoqi, sebuah RPG pengumpul Spirit, kini telah rasmi dilancarkan, mengajak para pemain untuk memulakan pengembaraan fantasi epik sambil mengumpul dan melatih pelbagai Spirit yang berkuasa.
Menggabungkan elemen pembinaan pasukan secara strategik dengan kandungan cerita yang sentiasa berkembang, pemain boleh membina barisan Spirit terbaik mereka sambil meneroka dunia Aoqi yang penuh misteri. Dengan senarai Spirit yang semakin bertambah serta kemaskini kandungan yang berterusan, pemain bebas menentukan progression mereka sendiri sambil berinteraksi dengan komuniti Trainer dari seluruh dunia.
Legend of Aoqi kini boleh dimainkan di platform iOS, Android dan PC, lengkap dengan sokongan Bahasa Inggeris bagi memastikan pengalaman yang lancar dan mudah diakses oleh semua pemain.
Download Legend of Aoqi sekarang dan mulakan pengembaraan anda:
Link Download Rasmi: iOS | Android | PC

Mulakan Perjalanan Anda Dengan Pelbagai Acara Eksklusif dan Ganjaran Istimewa
Bagi menyambut kedatangan Trainer baharu ke dunia Aoqi, pelbagai acara masa terhad dan ganjaran khas kini tersedia untuk membantu pemain memulakan perjalanan mereka dengan lebih mantap.
Semua pemain baharu akan menerima 10 summon percuma, termasuk 1 Legendary Spirit yang dijamin, memberikan kelebihan awal dalam membina pasukan Spirit yang terbaik.
Selain itu, pelbagai acara eksklusif turut diperkenalkan, termasuk kandungan cerita baharu yang memperluaskan dunia Aoqi serta menawarkan pengalaman gameplay yang lebih mendalam dan menarik.
Ganjaran log masuk harian pula membolehkan pemain mengumpul pelbagai item berharga dari semasa ke semasa, menggalakkan progression bermakna, termasuk sehingga 70 Divine Summon Ticket!
Pemain juga boleh mendapatkan pelbagai pek eksklusif masa terhad menerusi Webshop rasmi, yang menawarkan sehingga 100% bonus Diamond, sekali gus membantu mempercepatkan pembangunan pasukan pada peringkat awal. Korang turut boleh menebus kod eksklusif dalam game untuk mendapatkan ganjaran tambahan.
TUNTUT KOD PERCUMA ANDA: JMG4VC7TN8QY5
Legend of Aoqi turut bekerjasama dengan Razer Gold, platform mata wang virtual yang diterima oleh lebih 68,000 game dan kandungan hiburan di seluruh dunia, menerusi promosi khas LOA x Razer Gold.
Sepanjang tempoh promosi, pemain yang membuat tambah nilai minimum USD9.99 menggunakan Razer Gold akan menerima 5% pulangan tunai (cashback). Selain itu, tambah nilai yang layak juga akan memberikan 2,000 Razer Silver sebagai bonus, yang boleh ditebus untuk kandungan dalam game, hardware eksklusif Razer serta pelbagai ganjaran gaya hidup lain.
Bagi memperkayakan lagi pengalaman pemain, Legend of Aoqi turut bekerjasama dengan Razer Axon, platform wallpaper premium, untuk menawarkan wallpaper dinamik eksklusif yang menampilkan karya seni rasmi game yang dipertingkatkan dengan kesan Razer Chroma™ RGB. Nantikan pengumuman lanjut menerusi saluran rasmi Legend of Aoqi dan Razer Axon.

Dunia Yang Terus Berkembang Dengan Lebih Banyak Kandungan Menarik Akan Datang
Ini hanyalah permulaan untuk dunia Legend of Aoqi.
Pelbagai kandungan baharu termasuk Spirit baharu, bab cerita tambahan, game mode baharu serta acara bermusim kini sedang dibangunkan bagi memastikan dunia LOA terus berkembang dan menawarkan pengalaman yang segar kepada para pemain untuk jangka masa panjang.
Selain kemaskini kandungan dalam game, pemain juga boleh menyertai pelbagai acara media sosial, cabaran komuniti serta sesi giveaway yang dianjurkan menerusi platform rasmi game. Semua aktiviti ini menawarkan ganjaran tambahan serta peluang untuk berinteraksi dengan komuniti LOA yang lebih luas.
Untuk mendapatkan berita terkini, pengumuman acara dan aktiviti komuniti, layari laman web rasmi LOA atau ikuti halaman Facebook rasmi mereka.
Tentang Razer Game Services
Razer Game Services ialah sebuah penerbit game yang berpangkalan di Singapura di bawah naungan Razer™, jenama gaya hidup terkemuka dunia yang dibina khas For Gamers. By Gamers.™ Dengan minat mendalam terhadap game video serta minat yang mendalam terhadap trend gaming global, Razer Game Services menerbitkan dan mengendalikan pelbagai game dalam talian yang menawarkan pengalaman imersif, berteraskan komuniti kepada pemain di seluruh dunia.
Penafian: Artikel ini ditaja oleh Razer Game Services.