ASTRO TERUS KUKUH SEBAGAI PENERAJU ‘HOME OF SPORTS’ MALAYSIA, MENCATAT PRESTASI KUKUH BAGI SUKU KEDUA FY25

Kenyataan dikeluarkan oleh Astro Malaysia Holdings Berhad tanpa sebarang suntingan daripada pihak JomGaming.

KUALA LUMPUR: Suku tahun kedua FY25 menyaksikan reputasi Astro terus mengukuh sebagai ‘Home of Sports’ Malaysia, sekaligus menguatkan Astro sebagai destinasi kandungan premium acara sukan.

Sebagai penyiar terkemuka negara, Astro memberikan pengalaman tiada tandingan dengan menghimpunkan jutaan rakyat Malaysia bagi menyaksikan beberapa acara sukan terbesar di dunia.

‘Home of Sports’ Malaysia

Dari detik mendebarkan UEFA Euro 2024 hingga ke kegemilangan Copa America 2024 dan kemegahan Sukan Olimpik di Paris, Astro bukan sahaja membawakan liputan malah menyediakan platform menghidupkan dan menyemarakkan lagi semangat kesukanan negara.

Acara-acara sukan terkemuka ini telah menarik sejumlah 15.4 juta penonton di Astro, memeriahkan lagi semangat rakyat Malaysia selain memberi sokongan kepada rangkaian kandungan kami.

Tambahan lagi, Astro merupakan penyiar tempatan tunggal yang membawakan liputan aksi sukan secara langsung dan terkini dari lapangan yang melibatkan barisan atlet Malaysia. Astro juga membawakan liputan paling menyeluruh kepada penonton melalui 18 saluran HD di Astro, 18 saluran di sooka dan 12 saluran di NJOI.

Menggarap Perpaduan Melalui Kandungan

Namun, perpaduan rakyat Malaysia tidak terhad melalui acara sukan semata.
Pada suku kedua FY25, tawaran melalui kepelbagaian kandungan kami terus menarik perhatian penonton di seluruh negara merentasi sempadan budaya dan etnik.

The Great Resonance, siri Astro Original berbahasa Cina dengan jayanya meraih 46K OD (On Demand) UV (Unique Viewers) dan lebih 3 juta minit ditonton. Lebih mengagumkan, 48% daripada penonton bukan berbangsa Cina. Siri menyentuh hati rakyat Malaysia ini mengisahkan tentang seorang ibu tunggal yang mempertahan warisan keluarganya di tengah-tengah perebutan kuasa.

Begitu juga, Kiblat ke Syurga dan X-Change turut mencatat kejayaan Astro menjangkau kepelbagaian penonton. Kiblat ke Syurga mencatat 22% penonton bukan Melayu manakala X Change mencatat 29% penonton bukan Melayu.
Astro terus memperkukuh statusnya sebagai hub drama tempatan terdekat di hati penonton.

Dedaun Hijau di Angin Lalu mencapai kemuncaknya dengan catatan 6 juta penonton di TV, menarik sejumlah 174K penonton OD. Drama ini berkisar tentang perkahwinan dirancang antara dua watak berlainan latar belakang. Sungguhpun terluka, akhirnya si isteri berjaya membuktikan cinta sejatinya.
Kekuatan Astro tidak berakhir melalui drama TV semata.

Dalam hal filem tempatan, Astro merupakan pemain terkemuka, menguasai 74% pasaran. Tiga daripada tiga filem tempatan teratas pada tahun 2024 kesemuanya dimiliki Astro: Sheriff: Narko Integriti, The Experts dan Takluk: Lahad Datu telah meraih jumlah kutipan ‘pecah panggung’ melebihi RM100 juta.

Keluaran akan datang seperti Project Kahar – siri yang dinantikan lanjutan dari siri Project High Council dan #DONDUKUN dijangka akan meneruskan perkembangan baik ini.

Pendapatan Meningkat Dengan Aliran Tunai Bebas RM171 juta
Didorong oleh peningkatan pendapatan langganan (yang dipacu oleh acara sukan utama dan permintaan berterusan bagi perkhidmatan jalur lebar), Astro mencatat prestasi kukuh pada suku kedua FY25, dengan pendapatan meningkat 2% suku-ke-suku kepada RM787 juta.

Keputusan ini dicapai sungguhpun cabaran dalam persekitaran pengiklanan, di mana ADEX merosot sebanyak 19% suku-ke-suku kepada RM70 juta berpunca dari faktor luaran seperti konflik Timur Tengah yang berterusan.

Tanpa mengambil kira keuntungan pertukaran matawang asing yang belum direalisasikan daripada liabiliti sewaan transponder, PATAMI ternormal sebanyak RM27 juta; peningkatan sebanyak 10% berbanding suku sebelumnya. Selain itu, penjanaan tunai kekal kukuh, dengan aliran tunai bebas meningkat sebanyak 52% kepada RM 171 juta suku-ke-suku.

Pertumbuhan Astro Fibre dan sooka

Bilangan pengguna jalur lebar Astro Fibre mencatat kenaikan 11% tahun-ke tahun, hasil dari pakej yang menarik. Pelanggan menikmati nilai luar biasa dengan gandingan jalur lebar dan langganan Pay-TV 500 Mbps pada harga RM90 dan 100 Mbps pada harga RM60.

sooka juga menyaksikan perkembangan signifikan dengan pengguna aktif bulanan meningkat kepada 60% kepada 1.3 juta dan jumlah pelanggan VIP yang membayar lebih dari dua kali ganda. Kejayaan ini didorong acara popular seperti Euro 2024 dan harga yang kompetitif.

Kami sedang mempertingkat daya tarikan sooka melalui beberapa inisiatif, termasuklah pas EURO + Astro First Per View, teknologi iklan dipertingkat dan kerjasama dengan syarikat-syarikat telekomunikasi. Selain itu, akan datang, pelancaran ‘sooka TV sticks’ di kedai-kedai runcit, bersama pelan dan pilihan cara pembayaran baharu akan menggakkan lagi pertumbuhan dan pengukuhan permintaan.

Meluaskan Jangkauan

Sebagai sebahagian daripada transformasi berterusan, Astro merancang untuk melancarkan tiga pakej TV baharu yang lebih ringkas pada masa akan datang—untuk penonton asas, peminat sukan, dan mereka yang mahukan akses penuh. Pakej ini menawarkan nilai luar biasa, disesuaikan mengikut minat kandungan, sambil memacu pertumbuhan iklan jangka panjang dan menjadikan Astro pilihan utama.

Kami juga mula mendekati penonton baharu, memperluaskan jangkauan ke kawasan pinggir bandar seperti Sekinchan dan Pandamaran—komuniti yang berkembang pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini tetapi masih belum diterokai sepenuhnya oleh Astro. Suku ini mencatatkan pertumbuhan tertinggi dalam langganan pelanggan Cina sejak 2019, membuktikan bahawa usaha kami di kawasan-kawasan yang sebelum ini kurang diterokai mula membuahkan hasil.

Kemenangan Besar Menentang Cetak Rompak Digital

Komitmen Astro bukanlah sekadar mencipta kandungan dan pengisian.
Astro kekal teguh dalam usaha memerangi cetak rompak kandungan dan pelanggaran hak cipta. Kemenangan terbaru kami ialah penyelesaian sebanyak RM221K di Mahkamah Tinggi terhadap sebuah restoran akibat daripada penyiaran haram kandungan Pay-TV Astro di beberapa lokasi, yang sekali gus mengukuhkan pendirian syarikat untuk tidak bertoleransi terhadap jenayah cetak rompak.

Dari tahun 2023 hingga September 2024, kami berjaya menghapuskan 390,000 pautan haram dari pelbagai platform—laman web, media sosial, aplikasi mudah alih seperti Telegram, dan laman e-dagang. Setiap pautan yang diturunkan melindungi pekerjaan serta mengukuhkan kelangsungan industri. Astro akan terus bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasaan serta entiti serantau dalam usaha berterusan menentang cetak rompak digital.

Pengiktirafan Tempatan & Serantau

Sepanjang tahun 2024, Astro AWANI terus menyerlah, membuktikan sekali lagi mengapa ia kekal sebagai jenama berita paling dipercayai di Malaysia untuk tahun ketujuh berturut-turut. Pada Anugerah Kewartawanan Institut Akhbar Malaysia-Petronas 2023, Astro AWANI berjaya merangkul dua Anugerah Perak dan satu Anugerah Gangsa, memperkukuh komitmennya terhadap kecemerlangan kewartawanan.

Pengaruh Astro juga melangkaui sempadan negara.

Di Anugerah ContentAsia 2024 di Taipei, kreativiti Astro mendapat pengiktirafan apabila meraih sembilan anugerah berprestij. Ini termasuk tiga anugerah Emas untuk INNOVATHON (Program Realiti/ Pertandingan Asal Terbaik), Family Feud Malaysia (Adaptasi Format TV Terbaik di Asia), dan Ayuh OST, Polis Evo 3 (Lagu Asal Terbaik untuk Siri TV/Program atau Filem Asia).

Memacu Kepimpinan ESG

Sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk memajukan amalan Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG), Astro telah melancarkan program ‘Forward Faster Louder’ dengan kerjasama UN Global Compact Network Malaysia & Brunei.

Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan tanggungjawab dan membantu syarikat-syarikat mencapai matlamat kelestarian mereka menjelang tahun 2030. Melalui platform Voice For Good Astro, kami akan menonjolkan kisah-kisah ESG yang berwibawa dari Malaysia, menampilkan pencapaian yang diinspirasi daripada individu dan perniagaan bagi menekankan kepimpinan Malaysia dalam kelestarian dan memacu perubahan positif.

Menjelang Hari Malaysia, Astro meraikan perpaduan melalui SYOK FEST 2024, sebuah festival selama tiga hari yang diadakan dari 6 hingga 8 September. Festival ini juga menyaksikan pelancaran siaran langsung selama 18 jam KITA fm di 13 stesen radio Astro dalam empat bahasa, mempromosi keharmonian budaya dan kaum.

Kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan

Euan Smith, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, berkata: “Perjalanan transformasi kami didorong oleh komitmen ‘Team Astro’ untuk menjadikan kami sebagai Destinasi Hiburan dan Penstriman No. 1 di Malaysia. Dalam usaha kami untuk pertumbuhan yang berterusan dan mampan, kami sedang meningkatkan kandungan tempatan dengan memanfaatkan kelebihan kompetitif melalui pengeluaran berkualiti tinggi dan penceritaan segar dalam Astro Originals, siri khas, dan filem. Kami bertekad untuk mencipta lebih banyak nilai untuk pelanggan dengan memperluas variasi kandungan dalam tawaran peringkat rendah dan menurunkan harga kemasukan untuk Astro dan sooka, bagi menarik lebih ramai pelanggan. Saya gembira untuk melaporkan bahawa kami berjaya mempercepatkan pertumbuhan perniagaan berkaitan kami—
sooka, Astro Fibre, Enterprise, dan ‘Addressable Advertising’—dengan mencapai segmen pasaran baru dan sedia ada dengan nilai dan fleksibiliti yang lebih baik.

Filem blockbuster kami terus memimpin pasaran dengan menguasai 74% daripada kutipan box office tempatan pada tahun 2024. Kami sangat teruja dengan tayangan perdana ‘Kahar: Project High Council’ yang bakal tiba. Sebagai ‘Home of Sports’ Malaysia, UEFA Euro 2024 dan Sukan Olimpik Paris 2024 telah disambut dengan baik oleh peminat di semua platform pada suku ini. Aksi berterusan dengan musim Liga Malaysia dan Premier League 2024/25, di mana semua perlawanan disiarkan dalam HD.

Pada masa yang sama, kami sentiasa peka terhadap keadaan ekonomi tempatan. Sentimen pengguna yang semakin lembap dan faktor geopolitik yang lebih luas memberi kesan kepada industri, namun pengukuhan Ringgit Malaysia dapat membantu mengurangkan tekanan kos berasaskan USD$ dalam jangka sederhana.

Walaupun banyak aktiviti yang sedang dijalankan, Astro tetap mengekalkan pandangan yang berhati-hati, dengan memberi tumpuan kepada pengurusan kos yang berhemah dan memantau keadaan perniagaan yang sentiasa berubah.
Kami komited sepenuhnya terhadap matlamat FY25 kami: (i) menambah pelanggan baru dengan memberikan nilai yang lebih tinggi; (ii) mengukuhkan perniagaan berkaitan kami, termasuk Astro Fibre, sooka, dan ‘Addressable Advertising’; dan (iii) mengurangkan kos legasi serta harga kemasukan perkhidmatan kami untuk bersaing dengan pemain global.

Fokus kami terhadap kandungan tempatan semakin membuahkan hasil. Kami menghasilkan lebih daripada 10,000 jam kandungan baru setiap tahun, termasuk drama-drama terkemuka seperti Dedaun Hijau Di Angin Lalu dan Takdir Itu Milik Aku.

Astro Originals premium kami—X-Change, The Great Resonance, dan Gempak Original, Kiblat Ke Syurga—juga berjaya menarik perhatian penonton baru yang terdiri daripada pelbagai kaum. ‘Polinasi silang’, tanpa mengira bahasa atau etnik ini, memaksimumkan impak dan pulangan daripada pelaburan kandungan kami.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *