Your Oath, Your Destiny

The Moonlit Oath, game strategi RPG yang sangat dinanti-nantikan, dilancarkan secara rasmi pada 25 September 2025, dan kini boleh dimuat turun di iOS dan Android! Menggabungkan gameplay strategi dengan naratif penuh emosi tentang sejarah, takdir, dan misteri, The Moonlit Oath (TMO) mengajak pemain melangkah ke dunia di mana setiap sumpah membawa makna, dan setiap pilihan mampu mengubah perjalanan takdir. Pemain yang top-up di laman web rasmi juga akan menikmati bonus 10% ingot eksklusif! Teruskan membaca untuk mendapatkan kod pelancaran PERCUMA dalam game bagi menebus ganjaran!
Dunia Puitis Yang Dihidupkan
Berlatarbelakangkan budaya China, The Moonlit Oath membawa pemain ke Mingyong Academy – institusi agung Dajing, tempat kebijaksanaan, strategi, dan penyatuan hati. Di dalam dewan bersejarahnya, tradisi kuno menyembunyikan kebenaran tersembunyi, dan setiap pilihan membawa beban takdir.
Di sini, pemain boleh customize watak, menghiasinya dengan pakaian elegan, menjalin hubungan rapat dengan bangsawan ternama yang kisahnya penuh emosi, serta menguji tekad mereka melalui turn-based battles yang elegan. Dihidupkan dengan seni halus dan rekaan rentas zaman, The Moonlit Oath menawarkan perjalanan di mana kecerdikan, kehendak, dan takdir bertemu – pengalaman wajib bagi peminat game anime, game dress-up dan visual novel.

Moonlit Raikan Bersama Lebih 500,000 Pemain
The Moonlit Oath meraikan pelancaran rasminya dengan lebih 500,000 pra-pendaftaran berjaya dicapai, sekaligus membuka semua ganjaran pencapaian! Pemain yang menyertai pada hari pelancaran akan menerima:
- Hua Family Pendant Set (x5)
- Exclusive avatar frame “Autumn’s Grace”
- Flower Order (x10)
- Accessory “Glacial Crown”
- SSR Noble Feng Zi Yu
Pemain yang menyertai dan/atau membuat top-up semasa Closed Beta Test (CBT) diingatkan untuk log masuk menggunakan akaun yang sama untuk menuntut ganjaran dan rebat CBT. Sila semak mail dalam game anda untuk ganjaran dan maklumat lanjut!
Sementara itu, pelbagai acara termasuk bonus masa terhad dan ganjaran pelancaran eksklusif telah disediakan dalam The Moonlit Oath. Dari cabutan premium UR Noble 20-spin terjamin hingga bonus tambahan untuk pembeli Ingot Pack kali pertama, pemain mempunyai banyak yang boleh dinantikan. Untuk meraikan pelancaran, kami kongsikan kod percuma [TMOLIVEJomGaming] untuk ditebus dalam game bagi memulakan perjalanan dengan ganjaran khas! Semak senarai penuh acara pelancaran di sini.
Menambah lagi keterujaan, Razer Gold — mata wang maya terkemuka yang diterima oleh lebih 68,000 game dan hiburan di seluruh dunia — turut serta meraikan dengan promosi eksklusif. Pemain yang membuat recharge melalui Razer Gold semasa tempoh pelancaran boleh menikmati 15% rebates dan ganjaran eksklusif seperti Jade Cherry Blossoms dan Red Item Exchange Coupon. Recharge The Moonlit Oath melalui Razer Gold dan dapatkan Razer Silver, yang boleh ditebus untuk kandungan game, perkakasan eksklusif Razer, atau ganjaran gaya hidup. Ketahui lebih lanjut tentang promosi ini di sini dan recharge dengan Razer Gold hari ini!

Bertemu Nobles dalam The Moonlit Oath melalui PV mereka
Lima Noble terkemuka menanti untuk membentuk perjalanan anda dalam The Moonlit Oath. Dari Yu Ze, tenaga pengajar lembut tetapi penuh misteri, hingga Xuan Wangjun, putera raja yang rendah hati, setiap Noble menawarkan kisah mendalam penuh emosi. Temui kisah mereka melalui playlist YouTube rasmi dan saksikan bagaimana cerita setiap bangsawan dihidupkan.
Yu Ze: Mingyong Academy’s History Instructor
Pensyarah paling popular di akademi. Lembut dan prihatin, tetapi penuh teka-teki. Gemar membuat milk tea dan tidak menyukai keluarga diraja. Tenang dan fleksibel, dia tidak pernah bertindak tanpa rancangan.
Xuan Wangjun: Second-Year Liberal Arts Student | The Crown Prince
Pelajar tahun kedua sastera di Mingyong Academy, juga dikenali sebagai Prince Chen — bangsawan tetapi rendah hati. Suka kucing, membaca, dan mengkaji strategi ketenteraan. Lebih mementingkan rakyat daripada takhta dan mencari makna hidup yang sebenar.
Ling Yanru: Grand Chancellor
Ketua Kabinet yang memegang kuasa besar dalam dinasti. Tegas dan berhemah. Seorang yang berpandangan tinggi dan makanan pedas. Baginya, ketertiban dan kepentingan umum adalah yang utama.
Ji Yuanqi: Young Master of the Ji Family | First-year Mingyong Academy Student
Pewaris Keluarga Ji dan pelajar tahun pertama seni mempertahankan diri. Ji Yuanqi ceria, bebas, gemar muzik, makanan, dan minuman. Impiannya: menubuhkan kumpulan muzik terbesar di Great Jing.
Wen Siyou: Head of the Wen Family | Master of Tongwen Trading
Dari Keluarga Wen di Yueyang, dia mengetuai Tongwen Trading, syarikat perdagangan terbesar di wilayah itu. Jujur dan strategik, dia gemar melihat bintang dan membuat pengiraan strategi. Baginya, tiada masalah di dunia yang tidak boleh diselesaikan dengan wang.
Bersedia untuk menemui Nobles ini, berjuang melalui pertempuran dan membentuk takdir anda sendiri? Muat turun The Moonlit Oath secara percuma dan main di iOS serta Android.
Untuk kemas kini lanjut, lawati laman rasmi dan media sosial The Moonlit Oath:
Facebook | YouTube | TikTok | Discord
Penafian: Kenyataan akhbar ini disediakan oleh RGS Online dan diterjemahkan oleh JomGaming.