- Call of Duty: Modern Warfare 4 (PS5, Xbox Series X/S, PC, Switch 2) – 23 Oktober
Dibangunkan oleh Infinity Ward, Call of Duty Modern Warfare 4 kali ni membawakan pemain ke empat lokasi berbeza di Korea, New York, Paris dan Mumbai. Captain Price kini jadi seorang pelari yang diburu oleh pihak berkuasa selepas dia membunuh General Shepherd. Manakala, Private Park Hyun Jun pula sedang sibuk dengan konflik di sempadan Korea Utara dan Korea Selatan. Kedua-dua mereka perlu mencari individu misteri dikenali sebagai The Archer.
- Phantom Blade Zero (PS5, PC) – 29 Oktober
Phantom Blade Zero ialah game Wuxia action role playing terbaru dari pembangun S-Game. Pemain mengawal Soul, seorang assassin yang dikhianati oleh organisasinya atas pembunuh yang dia tak lakukan. Gameplay akan mengabungkan seni bela diri dengan pelbagai jenis senjata dari pedang, kapak sehinggalah ke cannon.
- Ace Combat 8: Wings of Theve (PS5, Xbox Series X/S, PC) – 2 Oktober
Game simulasi combat udara kini kembali dalam Ace Combat 8: Wings of Theve. Bandai Namco Aces akan menawarkan lebih dari 30 jenis jet pejuang yang pemain boleh pandu. Tak seperti game sebelum ni, pemain boleh tembak jet pejuang musuh seperti biasa, tak perlu lagi serang kat weakpoints tertentu.
- Gears of War: E-Day (Xbox Series X/S, PC) – 6 Oktober
The Coalition dan People Can Fly akan membawakan Gears of War: E-Day. Game third-person shooter ni merupakan prekuel kepada game pertama yang telah keluar pada tahun 2006. Berlaku pada Emergence Day, dua orang askar veteran COG, Marcus Fenix dan Dominic Santiago perlu berdepan dengan serangan raksasa Locust yang menghancurkan planet Sera.
- Star Wars: Galactic Racer (PS5, Xbox Series X/S, PC) – 6 Oktober
Dibangunkan oleh Fuse Games, Star Wars: Galactic Racer ialah game perlumbaan di mana pemain sertai Galactic League yang dianjurkan oleh Darius Pax. Pemain perlu kalahkan Kestar Bool yang mahu menjatuhkan Darius demi untuk mendominasi pertandingan. Selain single-player campaign, mode multiplayer juga ditawarkan sehingga 12 orang pemain.
- Valor Mortis (PS5, Xbox Series X/S, PC) – 13 Oktober
Dibangunkan oleh One More Level, Valor Mortis ialah game first person soulslike yang berlatarbelakangkan pada abad ke-19 di Eropah Timur. Perang Napoleon telah menyebabkan berlakunya wabak misteri. Pemain menjadi William, seorang askar British yang dihidupkan semula oleh Napoleon untuk menentang tenteranya yang dah jadi mayat hidup.
- Castlevania: Belmont’s Curse (PS5, Xbox Series X/S, PC, Switch 1, Switch 2) – 15 Oktober
Evil Empire akan membawakan Castlevania: Belmont’s Curse. Game ke-26 dalam francais ni berlaku pada tahun 1499, dua dekad selepas Castlevania 3: Dracula’s Curse dan Castlevania: Curse of Darkness. Protagonis Rose Belmont yang merupakan anak kepada pemburu vampire Trevor Belmont. Kini menjadi tugasnya untuk ke dalam istana untuk hapuskan kejahatan di Paris.
8. Final Fantasy Resonance (PS5, Xbox Series X/S, PC, Switch 1, Switch 2) – 22 Oktober
Game mobile Final Fantasy: Brave Exvius akan diadaptasi sebagai game penuh dalam Final Fantasy Resonance. Game JRPG dari Square Enix ni akan menceritakan tentang Rain, Lasswell dan Fina yang perlu mengembara untuk melindungi kristal yang masih ada selepas Earth Crystal dimusnahkan oleh Veritas of the Dark.
- Warhammer 40K: Boltgun 2 (PS5, Xbox Series X/S, PC) – 14 Oktober
Dikeluarkan oleh Auroch Digital, Warhammer 40K: Boltgun 2 ialah game first person shooter grafik pixel ala-ala seperti Doom. Pemain kali ni bukan saja dapat menjadi Malum Caedo dari game pertama. Tapi juga dapat bermain karakter baru iaitu Battle Sister Nyla Veyrath dengan senjata dan kit baru.
- End of Abyss (PS5, Xbox Series X/S, PC) – 1 Oktober
End of Abyss ialah game sci-fi survival horror dari Section 9 Interactive. Mengisahkan tentang Cel, seorang combat technician yang terperangkap dalam makmal yang penuh dengan pelbagai bahaya. Gameplay akan menggabungkan elemen metroidvania dan eksplorasi dengan elemen survival.