Jualan Gta 6 Dijangka Akan Menjana Usd5 Bilion Pada Minggu Pertama Pelancaran

Faiz Tobeng

18/07/2026

Menurut sebuah kajian yang dikeluarkan oleh Newzoo, Grand Theft Auto VI dijangka akan merekodkan kempen pra-tempah paling tinggi dalam sejarah gaming.

Dalam tempoh minggu pertama sahaja pra-tempah dibuka, GTA 6 dilaporkan telah menjana kira-kira USD180 juta di pasaran Amerika Syarikat dan lima pasaran terbesar Eropah (UK, Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol).

Melalui momentum corak jualan ini, GTA 6 dijangka berpotensi akan mencapai jualan terkumpul di peringkat global antara USD3.3 bilion hingga USD5.2 bilion menjelang minggu pertama pelancarannya kelak.

Korang dah pre-order GTA 6?

#gta6 #gamingnews #preorder

1 thought on “Jualan Gta 6 Dijangka Akan Menjana Usd5 Bilion Pada Minggu Pertama Pelancaran”

Leave a Comment