Latest feed

Featured

Pandang Pertama Warhammer 40k: Boltgun 2 – Serangan Berganda Dari Space Marine & Battle Sister

Pada tahun 2023, pembangun Auroch Digital keluarkan game Warhammer 40K: Boltgun. Game single-player first person shooter yang menggunakan grafik retro seperti game Doom atau apa yang moden komuniti sekarang panggil sebagai “Boomer Shooter”. Boltgun mengikuti Malum Caedo, seorang space marine yang dihantar ke Graia untuk menghalang Techpriest of Graia dari lakukan eksperimen ke atas sumber tenaga inquisitor Drogan. Malum sekali lagi kembali dalam sekuel Boltgun 2. Tapi kali ni ada karakter baru diperkenalkan, Battle Sister Nyra Veyrath. Kedua-dua karakter ni ada playstyle yang berbeza dan aku dapat cuba main demo-nya kat Steam. Perubahan yang aku nampak kali ni adalah lokasi.

Read more

REVIEW OO7 FIRST LIGHT – Percubaan Pertama James Bond Yang Cemerlang Oleh IO Interactive

007 First Light merupakan percubaan game James Bond pertama oleh IO Interactive yang begitu cemerlang. Ceritanya secukup rasa, combat gameplay yang seimbang, stealth gameplay yang luas, aksi memukau, ada replayability, lagu yang kena dan grafik yang memuaskan. Namun, ada sedikit kekurangan yang mungkin boleh diperbaiki, antaranya AI yang terasa kurang bijak dan kurang aksi bersama kenderaan. Jom dengarkan review JomGaming:

Read more

AYUH KINGDOM HEARTS 4 & ZELDA: OCARINA OF TIME! – Nintendo Direct 2026 Trailer Reaction

Apa ingat Nintendo akan diam kalau PlayStation & Xbox dah buat event yang padu? Nintendo Direct mendedahkan Kingdom Hearts 4, remake The Legend of Zelda: Ocarina of Time, Fire Emblem, Pokemon dan banyak lagi yang best okeeyyyy. Game mana yang korang paling teruja? Jom layan reaction kitorang:

Read more

Legend of Aoqi Kini Dilancarkan Secara Rasmi! Mulakan Pengembaraan Legenda Korang Hari Ini

Razer Game Services mengumumkan bahawa Legend of Aoqi, sebuah RPG pengumpul Spirit, kini telah rasmi dilancarkan, mengajak para pemain untuk memulakan pengembaraan fantasi epik sambil mengumpul dan melatih pelbagai Spirit yang berkuasa. Menggabungkan elemen pembinaan pasukan secara strategik dengan kandungan cerita yang sentiasa berkembang, pemain boleh membina barisan Spirit terbaik mereka sambil meneroka dunia Aoqi yang penuh misteri. Dengan senarai Spirit yang semakin bertambah serta kemaskini kandungan yang berterusan, pemain bebas menentukan progression mereka sendiri sambil berinteraksi dengan komuniti Trainer dari seluruh dunia. Legend of Aoqi kini boleh dimainkan di platform iOS, Android dan PC, lengkap dengan sokongan Bahasa Inggeris

Read more

PC PUN ADA BANYAK GAME YANG MANTAP AKAN TIBA! – PC Gaming Show 2026 Trailer Reaction

PC Gaming Show 2026 juga tidak ketinggalan dalam memperlihatkan beberapa trailer yang menarik. Sama ada game AAA atau indie, show ini juga mempunyai beberapa trailer yang tiada dalam event-event lain. Game mana yang korang paling tertarik dalam PC Gaming Show? Jom layan reaction kitorang:

Read more

DAH KENAPA NI?! KENAPA BANYAK SANGAT GAME BARU MANTAP?! – Summer Game Fest 2026 Reaction

Tahun ini kita memang disajikan dengan begitu banyak pengumuman game-game yang padu. Selepas lambakan game menarik dalam acara PlayStation & Xbox, Summer Game Fest juga memperkenalkan kepada kita dengan banyak trailer yang mengujakan. Sekuel Stellar Blade, satu lagi remake Resident Evil, action-adventure Blood Message dari China, game terbaru Gundam, IP shooter baru Crossfire, Virtua Fighter buat comeback, dan Clutch tiba sebagai pesaing terbaru open-world racing adalah beberapa game yang kitorang sangat tertarik. Macam mana pula dengan korang? Game apa yang paling korang tak sabar? Jom layan reaction kitorang:

Read more

XBOX MAKIN RANCAK CUCUK PLAYSTATION – XBOX Games Showcase Jun 2026 Reaction

Microsoft dan Xbox sudah mengisytiharkan kembali perang konsol. Selepas State of Play oleh PlayStation pada beberapa hari lepas yang menimbulkan pelbagai jenis reaksi, Xbox Games Showcase turut membawakan rencahnya yang tersendiri. Semestinya pengumuman beberapa game sebagai “XBOX Console Exclusive” menjadi tumpuan utama. Game apa yang korang paling excited dalam event ini? Berpuas hati atau sedikit kecewa dengan apa yang Xbox tampilkan? Jom layan reaction kitorang:

Read more

Kooeh: A Timeless Delight akan membawa kita mengangkat kembali hidangan tradisi Malaysia

Twilight Foundry Games, studio yang berpangkalan di Pulau Pinang, Malaysia, telah memperlihatkan trailer pertama untuk game akan datang mereka, Kooeh: A Timeless Delight. Game berkonsepkan cosy-casual ini akan memfokuskan kepada naratif penceritaan, membawakan gameplay pengurusan restoran serta mengangkat hidangan tradisi masyarakat Malaysia. Korang dah boleh wishlist game ini di Steam, walau bagaimanapun, tiada tarikh pelancaran diumumkan buat masa ini. Jom layan trailer terbaru untuk Kooeh: A Timeless Delight:

Read more

Sepak U – Sports Fighting Game dijadualkan akan dilancarkan ke PC (Steam) pada tahun 2027

Good Knight Collective, sebuah studio yang berpangkalan di Filipina sedang membangunkan sebuah game yang berjudul Sepak U – Sports Fighting Game. Game ini akan menggabungkan elemen dari sukan tradisional Asia Tenggara, sepak takraw, dengan genre game fighting 2D. Sepak U – Sports Fighting Game dijadualkan akan dilancarkan ke PC (Steam) pada tahun 2027. Jom layan trailernya di bawah:

Read more

EVENT SONY TERBAIK DALAM BEBERAPA TAHUN INI? – PlayStation State of Play Trailer Reaction

Ada yang mengatakan State of Play oleh PlayStation beberapa hari lepas adalah event terbaik Sony dalam tempoh beberapa tahun ini. Korang setuju? Trailer dan game apa yang korang paling teruja dalam event tersebut? Trailer mana yang paling hambar? Jom layan reaction kitorang untuk lebih banyak trailer yang diperlihatkan dalam event itu:

Read more