Oktober 1998, Blake Kincaid, seorang bekas ejen khas yang kemudian bekerja sebagai ejen hartanah perlu selamatkan kawannya yang terperangkap kat bangunan pejabat di Washington D.C. Kejadian satu malam ni akan membawa Blake membongkar konspirasi dalam kerajaan U.S.
Itu adalah plot untuk game Washington Prime. Game first person shooter dari pembangun indie, Ultra CDG. Sempena Steam Next Fest ni, aku berpeluang untuk main demo-nya.
Pertama sekali aku nak cakap pasal visualnya. Game ni menggunakan enjin game DOOM 1995 yang di-modified. Aku kagum game enjin lebih dari 20 tahun ni masih digunakan oleh pembangun game baru dan tak lapuk ditelan zaman. Game-game moden lain yang gunakan enjin Doom seperti Supplice, Divine Frequency dan game favorite aku, Selaco.
Tapi untuk Washington Prime, objektifnya mahu menangkap vibe nostalgia tahun 1998 dan filem-filem Hollywood terkenal seperti Die Hard, Heat, dan Face/off.
Malah plot cerita game ni hampir sama seperti filem Die Hard di mana John McClane terperangkap kat dalam bangunan Nakatomi selama satu malam.
Cakap pasal pejabat, level pertamanya bawa aku ke pejabat tahun 1998. Penuh dengan cubicles, komputer monitor CRT, surat khabar, majalah dan poster-poster propaganda. Ruang pejabatnya yang besar dan luas berjaya bagi aku perasaan repetitif dan bosan seperti kebanyakan pejabat dalam dunia sebenar. Tapi dalam masa yang sama kena berhati-hati sebab setiap ruang ada bahaya menanti.
Level kedua bawa aku ke bangunan yang masih dalam pembinaan. Kat sini vibe Die Hard tu sangat dekat. Penuh dengan musuh lebih berbahaya dan ada banyak jalan alternatif yang aku boleh pilih untuk flank musuh.
Gameplaynya macam mana pulak? Kat sini elemen Rainbow Six tu mainkan peranan penting. Untuk demo ni, sebelum mula aku boleh ubah suai difficulty dari segi jumlah musuh, item dan boleh pilih senjata apa yang aku nak gunakan. Karakter Blake juga ada tahap skill yang boleh diubah suai, sama ada dia mahir gunakan senjata tertentu atau tak. Tapi aku tak nampak perbezaan masa dalam combat.
Tak kira difficulty easy, normal atau hard. Game ni memang punishing. Dalam 4 atau 5 das tembakan dah boleh mati. Musuh juga takkan respawn kat tempat sama setiap kali aku main balik level sama. Sebab tu aku kata game ni macam Rainbow Six, sebab game tu gunakan sistem yang sama. Dengan ruang pejabat besar macam ni, setiap bilik aku kena periksa untuk pastikan tiada musuh terlepas.
Run n’ gun bukan penyelesaian kepada semua situasi. Kadang-kadang aku boleh run n’ gun, tapi aku kena bertindak sangat pantas sebelum musuh mula sedar. Kat sini fungsi peek & lean sangat penting untuk pemain lepaskan tembakan tanpa perlu dedahkan diri sepenuhnya. Sebab dalam game ni, tembakan musuh bukan projectiles tapi hitscan. Mungkin sesetengah pemain akan rasa tak adil, but hey itu gunanya peek & lean.
Walaupun gunakan animasi sprites 2.5D, aku puji details yang pembangun masukkan untuk senjata api. Setiap senjata rasa berbeza dari segi recoil, cara ia menembak dan bunyi tembakan. Malah reload animation juga berbeza untuk full empty reload dan half empty reload.
Soundtrack memang aku cakap kena dengan vibe tahun 1998. Lagunya akan berubah jadi rancak kalau pemain berada dalam combat dan kembali jadi tenang di luar combat.
Memandangkan ni demo, pembangun ada banyak ruang untuk tambah baik lagi Washington Prime. Cadangan aku, mereka boleh tambah baik lagi gameplay stealth, sebab kadang-kadang tak konsisten sama ada musuh dengar atau tak kehadiran pemain. Skill karakter perlu diubah sebab aku memang tak nampak perubahan semasa main.
Weapon attachments seperti scope, suppressor atau extended magazine mungkin boleh dijadikan sebagai secret items sebagai ganjaran untuk pemain explore map level tu. Dan lagi satu boleh tambah smoke grenade, flashbang dan CS gas untuk jadikan combat lebih bertaktikal.
Kalau korang peminat FPS, suka grafik retro dan pengemar filem aksi hollywood 90-an. Korang boleh main demo Washington Prime sekarang kat Steam.