10 Game Menarik Keluar Julai 2026

Danial Zuher

01/07/2026

1. Doom: The Dark Ages – Revelations (PS5, Xbox Series X/S, PC) – 7 Julai

      Doom Slayer kembali meneruskan perjuangannya menentang demons dalam Doom The Dark Ages Revelations. DLC kempen terbaru dari ID Software ni menyambung cerita dari The Dark Ages. Senjata baru juga diperkenalkan iaitu Chain Spear yang menawarkan serangan melee, serangan jarak jauh dan boleh jadi grappling hook.

      Adakah protagonis akan berjumpa dengan pencipta Preator suit yang akan membawa Doom Slayer ke game Doom 2016? Nantikan dalam DLC Revelations yang akan keluar pada 7 Julai untuk PS5, Xbox Series X/S dan PC.

      2. Assassin’s Creed Black Flag Resynced (PS5, Xbox Series X/S, PC) – 9 Julai

      Ahoy! Kepada peminat lanun dan Assassin’s Creed sebab Ubisoft Singapore akan membawakan Assassin’s Creed Black Flag Resynced. Tajuk klasik ni diberi nafas segar dalam versi remake dengan menggunakan enjin Anvil. Menawarkan grafik yang lebih cantik dan gameplay yang lebih smooth untuk pengembaraan Edward Kenway.

      Assassin’s Creed Black Flag Resynced akan dikeluarkan pada 9 Julai untuk PS5, Xbox Series X/S, PC.

      3. Echoes of Aincrad (PS5, Xbox Series X/S, PC) – 9 Julai

      Jelajah ke dunia Aincrad dalam Echoes of Aincrad. Game JRPG dari Game Studio ni menawarkan pemain untuk cipta karakter, pilih senjata dan skills untuk persiapkan diri menempuh dunia Aincrad yang berbahaya. Echoes of Aincrad akan keluar pada 9 Julai untuk PS5, Xbox Series X/S, dan PC.

      4. Halo: Campaign Evolved (PS5, Xbox Series X/S, PC) – 28 Julai

      Halo Studios akan membawakan Halo: Campaign Evolved. Ini merupakan versi remake dari game asal Halo: Combat Evolved. Selain menggunakan Unreal Engine 5 buat pertama kalinya dalam siri Halo. Remake ni juga menambah 3 mission baru yang berlaku 1 tahun sebelum cerita Combat Evolved. Walaupun split screen co-op dua pemain disediakan, malangnya mode competitive multiplayer tiada dalam remake ni.

      Halo: Campaign Evolved akan dikeluarkan pada 28 Julai untuk Xbox Series X/S, PC dan buat pertama kalinya kat PS5.

      5. The Mound: Omen of Cthulhu (PS5, Xbox Series X/S, PC) – 15 Julai

      Dibangunkan oleh Ace Team, The Mound: Omen of Cthulhu ialah game co-op survival horror di mana 4 orang pemain menjelajah ke dalam hutan yang penuh dengan mahkluk-mahkluk berbahaya. Mahkluk2 ni mengambil inspirasi dari karya H.P. Lovecraftian. Masuk, cari barang-barang berharga, survive dan keluar dengan selamat.

      The Mound: Omen of Cthulhu akan dikeluarkan pada 15 Julai untuk PS5, Xbox Series X/S, dan PC.

      6. Moss: The Forgotten Relic (PS5, Xbox One, Xbox Series X/S, PC, Switch 1 & 2) – 16 Julai

      Moss: The Forgotten Relic ialah game platformer adventure dari Polyarc dan Blackbird Interactive. Pemain akan bantu watak hero melepasi pelbagai halangan dan selesaikan puzzles di kawasan yang dahulunya sebuah kerajaan yang hidup.

      Moss The Forgotten Relic akan dikeluarkan pada 16 Julai untuk PS5, Xbox One, Xbox Series X/S, PC, Switch 1 & 2.

      7. The Relic: First Guardian (PS5, Xbox Series X/S, PC) – 31 Julai

      Project Cloud Games akan membawakan The Relic: First Guardian. Sebuah game action RPG. Pemain akan menjelajah ke kawasan Arsiltus yang dipenuhi dengan pelbagai raksasa. Pemain akan mengumpul pelbagai relic sepanjang permainan. Setiap satu darinya akan berikan pelbagai passive effects. Terdapat lebih 80 boss yang pemain boleh lawan dalam combat soul-like nya.

      The Relic: First Guardian akan dikeluarkan pada 31 Julai untuk PS5, Xbox Series X/S dan PC.

      8. Splatoon Raiders (Switch 2) – 23 Julai

      Siri Splatoon kembali lagi, kali ni sebagai spin-off dalam Splatoon Raiders. Game third-person shooter dari Nintendo EPD ni fokus kat single-player story di mana pemain boleh pilih sama ada nak jadi Inkling atau Octoling. Bersama dengan pasukan Deep Cut yang pernah muncul dalam Splatoon 3. Mereka akan menjelajah pulau Spirhalite.

      Splatoon Raiders akan dikeluarkan pada 23 Julai untuk Nintendo Switch 2.

      9. Avatar Legends: The Fighting Game (PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X/S, PC, Switch 1 & 2) – 23 Julai

      Dibangunkan oleh Gameplay Group International. Avatar Legends: The Fighting Game ialah game fast paced 1v1 fighting yang menawarkan lebih dari 12 karakter. Menggunakan grafik animasi 2D seperti sirinya, game ni menampilkan beberapa mod dan features lain seperti online/offline versus, story, arcade, training dan art gallery.

      Avatar Legends: The Fighting Game akan dikeluarkan pada 23 Julai untuk PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X/S, PC, Switch 1 & 2.

      10. Mistfall Hunter (PS5, Xbox Series X/S, PC) – 29 Julai

        Dibangunkan oleh Bellring Games. Mistfall Hunter ialah game third person PvPvE Extraction ARPG yang berlatarbelakangkan dunia dark fantasy. Pemain akan drop ke kawasan bersama dengan pemain lain. Cuba loot barang2 berharga, survive dan keluar dengan selamat. Ada enam kelas disediakan, setiap satu darinya ada senjata khas dan skill tree berbeza.

        Mistfall Hunter akan dikeluarkan pada 29 Julai untuk PS5, Xbox Series X/S, PC.

        Leave a Comment