Rotfront – Review Ringkas

Danial Zuher

13/10/2026

Rotfront ialah game FPS yang dikeluarkan oleh Blackridge Entertainment untuk platform PC. Game ni aku boleh katakan gabungan Killing Floor dan Left 4 Dead. Jadi best ke tak Rotfront ni? Teruskan menonton.

Jalan Cerita

Rotfront mengisahkan tentang John Graves, seorang askar yang sertai Project Chimera yang dilakukan oleh kerajaan US. Program khas untuk mencipta supersoldier dan John seorang saja yang terselamat dari program ni. Disebabkan tu, dia kena menentang Rot, mayat hidup yang dah dijangkiti virus misteri.

Aku boleh katakan cerita dia tak engaging dan generic. Map design game ni juga tak berikan sesuatu seperti environmental storytelling. Walaupun ada lore kat bahagian codex, ianya tak menarik dan mudah dilupakan.

Apa yang best?

Yang best pasal Rotfront ni dia menyediakan 15 map. Pelbagai lokasi kat makmal, hutan, kilang, kawasan luas atau kawasan kecil. Terdapat juga upgrade sistem untuk kuatkan karakter aku dari segi strength, reflex, accuracy dan mobility. Setiap satu darinya akan beri tambahan nyawa, stamina dan berapa banyak ammo boleh bawa

Bahagian loadout, aku boleh pilih senjata apa nak bawa, bahagian uniform apa patut tukar dan perks. Setiap equipment kat uniform macam helmet, tali pinggang, body armor dan kasut akan beri stats yang berbeza.

Senjata api ada banyak pilihan dan aku boleh unlock senjata baru dengan mudah sebab kadang-kadang musuh akan drop weapon box. Weapon box akan berikan senjata normal atau senjata elite dengan attachment lebih canggih.
Bahagian store aku boleh beli equipment, perks dan weapon box. Setiap kills akan berikan ganjaran wang. Reka bentuk setiap senjata dan reload animation aku suka, sangat ala-ala Call of Duty. Tapi sampai sini je la part yang aku suka.

Apa yang tak best?

Pertama sekali, enemy AI tak bijak, setiap combat hanyalah sama saja, musuh lari ke arah aku dalam satu straight line. Tak kira musuh biasa atau musuh tanky. Sangat bosan. Musuh tak cuba lakukan pergerakan yang tak dijangka. Map design game ni juga tak membantu kerana ada sesetengahnya aku akan berlawan dalam ruang koridor jalan lurus.

Sound design dan audio cue tak bagus. Tak ada bunyi tapak kaki atau bunyi jeritan musuh untuk bagitahu aku musuh datang dari arah mana. Sebabkan tak ada audio cue, aku kena ambush berkali-kali dari belakang dan mati. Karakter aku juga tak membantu kerana dia tak keluarkan suara sakit. Juga tak ada muzik rancak untuk buatkan aku nak terus main game ni. Sepatutnya game ni kena ada sound design berbeza untuk setiap musuh untuk mudahkan pemain kenal pasti jenis musuh. Macam Left 4 Dead.

Walaupun ada pelbagai variasi senjata, aku rasa macam bloated sebab setiap senjata fungsi sama saja, yang bezanya attachment yang dipasang kat senjata tu. Sepatutnya sistem weapon box digantikan dengan attachment box. Dengan ni, pemain hanya perlu unlock attachments dan biarkan pemain customize senjata ikut playstyle masing-masing. Quality over quantity.

Fungsi leaning dalam game ni sangatlah tak berguna. Tak ada sebab nak guna kalau semua musuh lari satu arah saja. Lain la kalau ada musuh pakai senjata api. Attachment suppressor juga tak patut ada, memandangkan tak kisah sama ada aku pakai atau tak, musuh akan tetap dengar dari mana aku tembak.

Rotfront lebih benefit kalau ada co-op mode dan wave mode macam Killing Floor. Sebab struktur mission dalam game ni sama ada kalahkan semua musuh kat kawasan tu atau musnahkan hive nest.

Sepatutnya Rotfront kena ada identiti sendiri macam tambah elemen taktikal di mana pemain hanya perlu survive dengan berapa banyak ammo mereka boleh bawa dan tak boleh refill. Jadi ini memaksa pemain untuk tak membazir peluru. Mengajar pemain hanya untuk tembak bahagian weakness kat tubuh badan musuh. Game ni perlu perbanyakkan jenis-jenis musuh supaya combat jadi lagi mencabar. Ia nampak nak jadi seperti game Killing Floor, tapi tak menjadi.

RATING JOMGAMING: 3/10

Leave a Comment