Setelah banyak game keluar pada bulan September & Oktober hanya kerana nak elak satu game. Bulan November ni jadi tak sesak. Tapi masih ada game-game baru akan keluar. Jadi ni adalah 10 game yang bakal keluar pada November 2026.
- Grand Theft Auto 6 (PS5, Xbox Series X/S) – 19 November
Game yang paling dinanti-nantikan pada tahun 2026, Grand Theft Auto 6 membawa pemain ke lokasi Leonida. Cerita kali ni memperkenalkan penjenayah duo iaitu Jason Duval dan Lucia Caminos, mengikuti mereka berdua dalam kehidupan di Leonida. Gameplay akan mengabungkan elemen realistik dari Red Dead Redemption 2 dan elemen yang dah sedia ada dalam game GTA lepas.
Grand Theft Auto 6 akan dikeluarkan pada 19 November untuk PS5 dan Xbox Series X/S.
- The Legend of Zelda: Ocarina of Time Remake (Switch 2) – 5 November
The Legend of Zelda: Ocarina of Time ni ialah versi remake dari tahun 1998 yang pernah dikeluarkan untuk Nintendo 64. Jalan cerita masih mengekalkan seperti versi asal di mana Link perlu jelajah ke Hyrule untuk kalahkan Gerudo. Namun, kawalan gameplay diubah lebih moden dengan boleh lari lebih laju, boleh kawal kamera dan motion control aiming.
The Legend of Zelda: Ocarina of Time Remake akan dikeluarkan untuk Nintendo Switch 2 pada 5 November.
- Godzilla: Destroy All Monsters Melee Remastered (PS5, Xbox Series X/S, PC, Switch 1 & Switch 2) – 3 November
Bagi peminat Kaiju, Godzilla: Destroy All Monsters Melee akan kembali dalam versi remastered. Versi ni bawakan visual yang ditambah baik dan unlock system lebih baik. Menampilkan 8 lokasi dan 12 Kaiju berbeza. Sama seperti versi asalnya pada tahun 2002. Godzilla: Destroy All Monsteres Melee Remastered akan dikeluarkan pada 3 November untuk PS5, Xbox Series X/S, PC dan Switch 1 & 2.
- Derelikt (PC) – 13 November
Kembali ke zaman Playstation 1 dalam Derelikt. Game indie action horror ni mengambil inspirasi dari game seperti System Shock 2, Alien Resurrection, Doom 3 dan Silent Hill. Korang bermain sebagai pengawal yang dihantar ke stesen penyelidikan di aestroid yang mengelilingi orbit planet Zuhal. Pemain perlu survive dari serangan makhluk asing dan manusia yang dah dirasuk.
Derelikt akan dikeluarkan pada 13 November untuk PC.
- World of Warcraft Forever (PC) – 4 November
Blizzard Entertainment akan bawakan World of Warcraft Forever. Game MMORPG ni merupakan versi baharu yang dibina dari versi asal tahun 2004. Berlatarbelakangkan semasa tahun pertama World of Warcraft, tak seperti Classic, Forever kembangkan lagi versi Classic Azeroth dengan menambah zon, quest, dungeons dan raid baru.
World of Warcraft Forever akan dikeluarkan pada 4 November untuk PC.
- Football Manager 27 (PS5, Xbox Series X/S, PC) – 10 November
Sports Interactive kembali bawakan Football Manager, kali untuk tahun 2027. Gameplay kali ni menampilkan taktikal dengan lapisan baharu yang akan beri kesan kepada pemain bola sepak, serta juga ganjaran yang lebih baik.
Football Manager 27 akan dikeluarkan pada 10 November untuk PS5, Xbox Series X/S dan PC.
- Nocturnal 2 (PC) – 10 November
Nocturnal 2 ialah game metroidvania terbaru dari Sunnyside Games. Sekuel ni bawa pemain ke bandar Ytash untuk kalahkan monsters. Menampilkan kombat yang pantas dan artsyle architecture Parsi.
- Crymelight (PS5, PC, Switch 2) – 5 November
Crymelight ialah game action roguelike dari pembangun Furyu Corporation. Alice mengikuti seorang gadis misteri bernama Mary ke dalam dunia Wonderland. Mereka berdua perlu sertai permainan hidup mati di mana sesiapa yang dapat kalahkan Queen akan dapat keluar dari Wonderland. Gameplay akan mengabungkan combat dengan sistem kad poker yang akan bagi kesan dan taktik berbeza.
Crymelight akan dikeluarkan pada 5 November untuk PS5, PC dan Switch 2.
- Shrek 2 Remastered (PS5, Xbox Series X/S, PC, Switch 1, Switch 2) – 10 November
Aspyr Media akan bawakan kembali Shrek 2 dalam versi Remastered. Game klasik co-op adventure ni menyediakan mode solo, mixed online multiplayer atau couch co-op sehingga 4 orang pemain. Ia juga menambah baik UI, resolusi 4K dan cutscenes.
Shrek 2 Remastered akan dikeluarkan pada 10 November untuk PS5, Xbox Series X/S, PC dan Switch 1 & 2.
- Ashes of the Singularity 2 (PC) – 10 November
Ini merupakan game Real Time Strategy terbaru dari pembangun Oxide Games. Dalam Ashes of the Singularity 2, pemain perlu pilih pihak antara manusia, AI atau post-human coalition untuk menentukan sistem solar. Pemain perlu rancang strategi setiap unit untuk menghadapi pihak musuh. Game ni menyediakan mode solo, multiplayer dan instant action.
Ashes of the Singularity 2 akan dikeluarkan untuk PC pada 10 November.
Jadi itu adalah 10 game yang akan keluar pada November 2026. Rasanya kitaorang dah tahu korang akan beli game apa bulan ni. Apa-apa harap korang enjoy game tu. Jangan lupa untuk like dan share. Adios!