Tema Perang Dunia Kedua dan genre first person shooter ada sejarah yang lama dalam industri video game. Dimulakan dengan Wolfenstein 3D sebagai game FPS pertama yang gunakan tema ni pada tahun 1992. Tapi game tu lebih ke arah gabungan sejarah dan sains fiksyen. Bukan fokus sepenuhnya kat sejarah.
Kat sini nama Steven Speilberg naik. Beliau merupakan pengarah filem Saving Private Ryan yang keluar tahun 1998. Dan beliau berminat dengan medium video games selepas lihat anak lelakinya main game Goldeneye 007 kat konsol Nintendo 64. Steven mahukan game first person shooter yang dapat mengajar generasi baru tentang sejarah Perang Dunia Kedua.
Jadi pada tahun 1999, Medal of Honor dikeluarkan oleh Dreamworks Interactive untuk PS1. Penerimaan orang ramai terhadap Medal of Honor pada awalnya bukanlah positif. Sebab ada sesetengah pihak tak setuju topik serius ni dijadikan video game. Tapi selepas produser game Medal of Honor dapat menyakinkan orang ramai bahawa tujuan mereka hasilkan game ni adalah untuk menghormati dan memperingati perjuangan veteran-veteran Perang Dunia Kedua. Barulah orang ramai dapat terima Medal of Honor.
Medal of Honor telah membuka pintu trend untuk studio-studio game lain hasilkan game Perang Dunia Kedua pada masa tu. Medal of Honor turut berjaya hasilkan beberapa sekuel. Tapi pada tahun 2002, selepas Medal of Honor: Allied Assault dikeluarkan, sesetengah dari team yang hasilkan game ni keluar dari EA. Mereka tubuhkan studio Infinity Ward dan projek pertama mereka digelar sebagai “Medal of Honor killer”
Medal of Honor killer tu kemudian menjadi Call of Duty 1 yang keluar pada tahun 2003 untuk PS3, Xbox 360 dan PC. Pendek kata, tanpa Steven Speilberg, Medal of Honor takkan wujud dan tanpa Medal of Honor, Call of Duty takkan wujud.
Sebelum adanya kill streaks, 360 no scope, noobtube, slide cancel, tactical sprint, diving, dan omni movement. Siri ni bermula sebagai boots on the ground yang normal. Sebab kenapa team Infinity Ward keluar dari EA adalah kerana mereka tak diberi kebebasan kreatif oleh orang-orang atasan di EA untuk mengubah hala tuju Medal of Honor. Jadi Call of Duty ni dihasilkan sebagai tanda protes mereka.
Untuk pastikan game Call of Duty jadi lebih hebat dari Medal of Honor. Infinity Ward perlu keluar dari formula pesaingnya. Medal of Honor selalunya pemain akan jadi one man army di mana gameplay fokus kat satu karakter saja.
Tapi Call of Duty bawakan 3 orang karakter askar berbeza dari Amerika, British dan Soviet. Setiap karakter dalam Call of Duty hanyalah askar biasa dalam perang besar, dan bukannya seorang ejen khas lakukan misi behind enemy lines seperti dalam Medal of Honor.
Pengenalan 3 karakter dari negara-negara berbeza ni bagi kebebasan kat Inifinity Ward untuk luaskan lagi skop dan perspektif yang developer boleh terokai dalam sejarah Perang Dunia Kedua. Kalau Medal of Honor hanya terhad kat perspektif Amerika saja.
Favorite mission aku semestinya Battle of Stalingard, bukan kerana mission ni ambil inspirasi dari filem Enemy at the Gates. Tapi sebab aku dapat rasakan bertapa powerless bila aku kena mengelak tembakan musuh tanpa ada senjata kat tangan sambil lihat rakan-rakan lain mati. Malah nak dapatkan senjata pun kena ambil dari mayat askar.
Tapi bagi aku, kedua-dua game ni masih ada persamaan. Kedua-dua game ni tiada character development untuk protagonis. Tiada side character yang boleh diingati oleh pemain. Kerana fokus utama Call of Duty dan Medal of Honor adalah bukan tentang karakter yang aku main. Tapi tentang setiap peristiwa bersejarah yang terjadi semasa Perang Dunia Kedua. Karakter yang aku main hanyalah askar kecil yang terlibat dalam konflik global besar.
Aspek character development dan side character menarik ni belum diterokai sehinggalah Call of Duty 4: Modern Warfare keluar dengan kemunculan karakter seperti Captain Price. Tapi sebenarnya Captain Price dah lama wujud sejak game pertama lagi.
Dari segi gameplay, Call of Duty telah lakukan beberapa penambahbaikkan yang tak ada dalam Medal of Honor seperti ada aim down sight berbanding zoom in. Fungsi leaning diasingkan dari fungsi aim down sight. Satu benda yang aku tak suka dalam Medal of Honor adalah bila aku zoom in, aku tak boleh bergerak dan hanya boleh leaning kiri atau kanan.
Call of Duty juga menampilkan lebih ramai A.I. askar yang akan menemani pemain kat medan perang. Berbeza dengan Medal of Honor di mana pemain selalunya akan gerak solo dan kadang-kadang saja ditemani askar lain.
Difficulty dalam Call of Duty dibahagikan kepada 4, easy, normal, hard dan veteran. Aku lebih enjoy main difficulty hard sebab ia seimbang dari segi cabaran dan punishment yang diberikan. Ia juga memaksa aku gunakan fungsi leaning dengan lebih berstrategi, sesuatu yang jarang aku gunakan dalam game Call of Duty.
Memandangkan game ni tak ada regenerative health, ia buatkan setiap gunfight lagi intense. Aku juga kena buat keputusan sama ada nak gunakan atau tak health packs yang ada kat map. Perasaannya sangat berbeza dengan gameplay yang gunakan regenerative health. Sebab aku tahu kalau cedera aku boleh berundur belakang cover, tunggu beberapa saat dan nyawa akan pulih macam biasa.
Bila aku main Call of Duty pertama ni, aku perasan tak ada cinematic cutscene atau movie cutscene seperti game-game Call of Duty baru. Yang ada pun hanyalah footage dokumentari dan slideshow briefing. Dari awal sampai akhir fokus kat gameplay, dan aku sentiasa dalam kawalan penuh karakter yang aku kawal.
Ada sesetengah game aku kurang gemar bila tiba2 game ambil alih kawalan karakter dari aku untuk paparkan cutscene. Aku tak ada masalah dengan cinematic cutscene dalam video games, tapi jika ia digunakan terlalu berlebihan, baik buat filem je macam tu.
Tapi satu benda yang Call of Duty 1 tak boleh lawan adalah soundtrack. Lagu tema Medal of Honor yang dihasilkan oleh Michael Giacchino bagi aku masih lagi ikonik, sangat nostalgia, patriotik dan heroic.
Call of Duty 1 ni developer masih mencari identiti sebenar sebab ada sesetengah mission mereka masih tak dapat lari dari formula Medal of Honor. Tapi developer tak putus asa, mereka terus menambah baik game-game seterusnya. Macam Call of Duty 2 game pertama yang gunakan regenerative health. Call of Duty 3, game pertama yang ada fungsi sprint dan quick time event.
Tapi Call of Duty 4: Modern Warfare ialah di mana populariti siri ni naik, buat pertama kalinya siri ni memperkenalkan tema perang moden dengan cerita yang lebih menarik dan emosional. Tak lupa juga mode multiplayer yang memang seronok.
Berbanding dengan Medal of Honor yang masih berada dalam Perang Dunia Kedua dan tak ada penambahbaikkan yang inovatif. Gamer pada masa tu juga dah muak dengan lambakan game Perang Dunia Kedua. Dan bila Medal of Honor cuba masuk ke perang moden, semuanya dah terlambat sebab populariti Call of Duty yang tak dapat dikalahkan. Akhirnya Medal of Honor direhatkan kerana EA nak fokus kat siri Battlefield yang lebih menguntungkan.
Call of Duty dah ada lebih 20 buah game dan ia masih bertahan. Siri ni ada naik turunnya dan setiap generasi ada game pertama dan game favorite Call of Duty mereka. Kalau aku, game pertama yang aku main ialah Call of Duty 4: Modern Warfare, main kat cyber cafe dulu-dulu. Tapi kalau game favorite aku ialah Call of Duty: World at War sebab ia buat aku minat subjek Sejarah kat sekolah dan buat aku terjebak dengan game-game Perang Dunia Kedua lain macam Medal of Honor dan Brothers in Arms.
Macam mana dengan korang pulak? Apa game Call of Duty pertama yang korang main? Dan game Call of Duty manakah yang jadi favorite korang? Korang boleh kongsi kat ruangan komen.