Marvel’s Wolverine akan dilancarkan kurang dua bulan lagi, namun kempen promosinya kelihatan seperti sedikit terjejas.
Sony baru saja mengeluarkan trailer terbaru untuk game yang dibangunkan oleh Insomniac Games itu.
Walaupun trailer berdurasi 1:27 minit itu boleh dikatakan agak baik, memperlihatkan aksi sinematik Wolverine bertarung dengan Lady Deathstrike & Sabretooth, tapi ruangan komen tidak langsung membincangkan soal trailer tersebut.
Sebaliknya, para peminat membanjiri bahagian komen dengan melepaskan kemarahan kepada Sony terhadap keputusan syarikat itu untuk menamatkan pembuatan disk fizikal bermula Januari 2028.
Kata-kata seperti “saya akan beli fizikal” & “tak sabar tunggu disk saya sampai” memenuhi ruangan tersebut.