- Beast of Reincarnation (PS5, Xbox Series X/S, PC) – 4 Ogos
Dibangunkan oleh Game Freak. Beast of Reincarnation ialah game action rpg yang mengikuti Emma dan anjing peliharaannya Koo yang menjelajah ke dunia yang telah musnah akibat raksasa yang hancurkan alam sekitar. Emma ada kuasa untuk manipulasi tumbuh-tumbuhan semasa combat dan platforming.
- Marvel Tokon: Fighting Souls (PS5, PC) – 6 Ogos
Dibangunkan oleh Arc System Works. Game fighting 2.5D ni menampilkan pelbagai karakter superhero dari komik Marvel. Game ni memperkenalkan fungsi wall breaks di mana semasa perlawanan pemain boleh menghantar pihak lawan ke tempat perlawanan berbeza. Marvel Tokon juga menyokong cross platform untuk online casual dan ranked multiplayer, serta mode offline singleplayer iaitu story mode dan arcade mode juga disediakan.
- Duskfade (PS5, Xbox Series X/S, PC, Switch 2) – 13 Ogos
Bantu Zirian selamatkan kakaknya dalam Duskfade, sebuah game action platformer terbaru dari Weird Beluga. Zirian akan menjelajah ke dunia yang dicipta oleh Master Clockmakers yang melangkaui ruang & masa. Pemain akan lakukan platforming yang dinamik dan combat fast paced semasa menentang musuh.
- Hell Let Loose: Vietnam (PS5, Xbox Series X/S, PC) – 13 Ogos
Siri Hell Let Loose kali ni dikembangkan ke perang Vietnam. Game multiplayer tactical first person shooter dari Expression Games ni masih mengekalkan gameplay sama iaitu 2 pasukan dengan lebih dari 50 orang pemain. Tak seperti game Hell Let Loose sebelum ni, pertempuran kali ni membawakan helikopter dan bot serta map hutan yang lebih berbahaya.
- The Sinking City 2 (PS5, Xbox Series X/S, PC) – 18 Ogos
Dibangunkan oleh Frogwares, The Sinking City 2 ialah game survival horror yang mengambil inspirasi dari novel tulisan H.P. Lovecraft. Berlatarbelakangkan pada tahun 1920 di Arkham city, pemain perlu siasat kejadian banjir misteri yang melanda bandar tersebut. Gameplay akan fokus kat combat dan exploration di mana paras air banjir boleh mengubah landskap persekitaran.
- Mortal Shell 2 (PS5, Xbox Series X/S, PC) – 20 Ogos
Dibangunkan oleh Cold Symmetry, Mortal Shell 2 ialah game action RPG dengan combat yang menarik dan pelbagai. Pemain menjadi Harbinger, yang perlu merampas kembali Ova yang berada di tangan musuh. Selain combat, game ni juga menawarkan explorasi open world.
- Brigandine: Abyss (PS5, Xbox Series X/S, PC, Switch 2) – 26 Ogos
Adglobe akan membawakan Brigandine: Abyss, game tactical strategy RPG di mana pemain boleh pilih salah satu dari enam faction. Pemain akan uruskan organisasi kerajaan dan tentera serta perlu lakukan rancangan untuk serangan ke atas faction lain. Combat akan menggunakan turn based tactics yang fokus tumpaskan ketua pihak lawan.
- Resonance: A Plague Tale Legacy (PS5, Xbox Series X/S, PC) – 27 Ogos
Dibangunkan oleh Asobo Studio, Resonance: A Plague Tale Legacy merupakan game ketiga dalam siri A Plague Tale. Game action adventure ni memperkenalkan Sophia yang perlu mencari kaitan dirinya dengan sejarah Prima Macula. Ceritanya berlaku 15 tahun sebelum kejadian A Plague Tale: Requiem. Gameplay kali ni lebih fokus kepada action berbanding stealth seperti game lepas.
- Star Wars Zero Company (PS5, Xbox Series X/S, PC) – 27 Ogos
Dibangunkan oleh Bit Reactor dan Respawn Entertainment. Star Wars Zero Company ialah game turn based tactics yang berlaku semasa era Clone Wars. Pemain menjadi Hawks, seorang ketua Zero Company yang diupah untuk melawan ancaman di galaksi.
- Alien: Fireteam Elite 2 (PS5, Xbox Series X/S, PC) – 25 Ogos
Main sebagai Colonial marines menentang Xenomorphs dalam Alien: Fireteam Elite 2. Game third person shooter ni menawarkan mode co-op 4 orang pemain. Bekerjasama sebagai satu skuad dengan setiap seorang dari pemain ada kelas specialist tersendiri untuk hentikan gerombolan Xenomorphs.
Jadi itu adalah 10 game yang akan keluar pada bulan Ogos 2026. Game manakah yang korang nanti-nantikan? Kongsi dengan kitaorang di ruangan komen. Jangan lupa like dan share video ni. Adios!