Pada 6 Julai 2026, komuniti gamers dikejutkan dengan berita perstrukturan semula pengurusan Xbox oleh Asha Sharma selaku CEO Xbox baharu. Hampir semua pekerja studio-studio di bawah Xbox dibuang kerja. Salah satu studio yang terkesan ialah ID Software. Studio ni terkenal dengan penghasilan game Doom. Tapi sebenarnya studio ni ada sejarah yang lama dan bagaimana setiap game yang dihasilkan dari studio ni merevolusikan genre FPS.
Sejarah ID Software
ID Software ditubuhkan pada tahun 1991 oleh 4 orang pengasas iaitu John Carmack, John Romero, Tom Hall dan Adrian Carmack. Studio ni terkenal menghasilkan game seperti Commander Keen, Wolfenstein, Doom, Quake dan Rage. Game shooter pertama mereka, Wolfenstein 3D telah mencipta asas kepada genre first person shooter dan mendapat gelaran “The Grandfather of 3D shooter”.
Tapi ID Software tak mahu berhenti di tahap sama, mereka mahukan inovasi yang dapat mengubah landskap industri video game. Dan mereka dapat capainya dalam game yang seterusnya.
DOOM (1993)
Dikeluarkan pada tahun 1993, Doom lebih fokus kepada tema sains fiksyen dan horror berbanding Wolfenstein yang lebih ke arah Perang Dunia Kedua. Protagonis Doomguy dihantar ke planet Marikh sebagai askar marin untuk menjaga keselamatan para pekerja UAC atau Union Aerospace Corporation. Mereka menjalankan pelbagai eksperimen, salah satunya ialah eksperimen teleportasi antara dua bulan iaitu Deimos dan Phobos yang mengelilingi orbit planet Marikh.
Bak kata Murphy’s Law “anything that can go wrong will go wrong”. Eksperimen teleportasi UAC telah membuka portal ke neraka dan segala raksasa mengganas keluar dan bunuh semua pekerja UAC. Meninggalkan Doomguy untuk kalahkan semuanya termasuklah final bos The Spider Mastermind.
Apa yang membezakan Doom dengan Wolfenstein 3D ialah grafiknya. Doom menggunakan grafik 2.5D berbanding 2D dalam Wolfenstein. Walaupun ‘3D’ kat tajuk Wolfenstein tu bukan merujuk kat grafik, tapi lebih kepada perspektif pandangan first person. Enjin baru dalam Doom juga membolehkan programmer di ID Software mencipta map design yang lebih kompleks dengan wujudnya objek seperti tangga dan lif.
Sebab tu setiap levels dalam Doom tak bosan macam Wolfenstein 3D, yang mana level design dalam game tu lebih kepada maze-like yang mendatar dan mengelirukan. Doom level design lebih pelbagai dan bertingkat-tingkat. Teknologi Doom engine ni juga membolehkan efek kawasan terang dan kawasan gelap dihasilkan.
Untuk mode multiplayer, dari game Doom-lah terciptanya perkataan ‘Deathmatch’ yang mana banyak game-game shooter lain gunakan sehingga sekarang.
Doom juga diingati kerana soundtrack-nya yang dihasilkan oleh mendiang Bobby Prince. Beliau menggabungkan muzik techno dan metal sesuai dengan tema Doom iaitu aksi, sains fiksyen dan horror. Malah, sountrack Doom banyak mengambil inspirasi dari band-band heavy metal terkenal masa tu macam Alice in Chains, AC/DC dan Pantera.
DOOM 2: Hell on Earth (1994)
Selepas game pertama ID Software menjadi fenomena budaya yang besar dalam industri video game. Mereka tak buang masa menyambung kejayaan game Doom dalam sekuelnya. Doom 2: Hell on Earth dikeluarkan pada tahun 1994, 10 bulan selepas game pertama. Kali ni Doomguy perlu kembali ke planet Bumi untuk selamatkan manusia. Raksasa dari neraka lakukan penjajahan di Bumi dan Doomguy perlu kalahkan perancangnya, Icon of Sin.
Dari segi grafik tak ada banyak perubahan, cuma level design kali ni lebih besar dan luas. Jumlah musuh juga lebih ramai dengan kehadiran beberapa musuh baru seperti Revenant, Mancubus dan Arch-vile. Semua peminat Doom wajib benci Arch-Vile, kalau diaorang ni muncul, top priority untuk serang mereka dulu sebab Arch-Vile boleh hidupkan musuh yang dah mati.
Doom 2 buat pertama kalinya menampilkan senjata baru iaitu Super Shotgun dengan reload animation-nya yang ikonik. Serangannya dua kali ganda lebih tinggi dari shotgun biasa.
Kalau korang pertama kali main game Doom lama ni, mesti korang akan rasa pelik kenapa Doomguy tak boleh pandang atas bawah, hanya boleh pandang kiri dan kanan. Ini sebab limitasi teknologi game enjin pada masa tu. Bila ID Software keluarkan game Quake, barulah pemain boleh pandang atas bawah dan boleh lompat. Quake jugalah bermulanya era grafik 3D untuk genre FPS.
Disebabkan ID Software sedang sibuk hasilkan game Quake. Final Doom yang keluar pada tahun 1995 dihasilkan oleh TeamTNT. Selain menyambung cerita dari Doom 2. Final Doom menawarkan 64 levels yang dibahagikan kepada 2 episode. TNT Evilution dan The Plutonia Experiment. Boleh dikatakan Final Doom lagi susah dari dua game sebelum ni.
DOOM 64 (1997)
Walaupun bukan dihasilkan oleh ID Software. Midway Studios San Diego berikan kelainan untuk Doom 64. Game ni keluar pada tahun 1997 untuk Nintendo 64, ia masih mengekalkan konsep run & gun sama. Tapi persekitaran game ni yang membezakannya dari game-game Doom sebelum ni. Persekitarannya lebih menakutkan, malah soundtrack Bobby Prince tidak digunakan, sebaliknya digantikan dengan bunyi ambience yang boleh buat bulu roma naik.
Versi remaster dikeluarkan pada tahun 2020 serentak bersama dengan Doom Eternal. Versi ni menambah level baru dikenali The Lost Levels, di mana cerita Doom 64 menjadi penghubung jambatan antara Doom lama dan Doom The Dark Ages serta Doom 2016.
DOOM 3 (2004)
ID Software mengambil masa lebih dari 5 tahun untuk mereka keluarkan Doom 3 pada tahun 2004. Ini merupakan game pertama yang gunakan enjin ID Tech 4 yang dihasilkan oleh John Carmack. Kelebihan game enjin ni adalah dapat menghasilkan efek cahaya dan bayang-bayang yang lebih dinamik dan juga objek fizik yang bergerak lebih natural. Sesuatu yang masih baru dalam industri video game masa tu.
Doom 3 ialah reboot kepada game pertama kerana ia masih mengekalkan jalan cerita yang sama. Cuma kali ni ceritanya dipersembahkan dengan lebih baik dan cinematic dengan adanya cutscene. Menariknya, John Carmack dulu pernah kata jalan cerita bukanlah aspek yang penting dalam video game. Tapi selepas kejayaan game Half-Life dari valve pada tahun 1998. Di mana naratif cerita dijadikan fokus utama dalam game tu. Doom 3 nampaknya ikut jejak langkah yang sama.
Tapi perubahan paling ketara dalam game ni adalah gameplay. Tiada lagi run & gun seperti sebelum ni, sebaliknya diubah kepada gameplay yang lebih perlahan dan ke arah survival dengan elemen seram. Walaupun sesetengah peminat Doom agak tak suka dengan perubahan gameplay-nya. Doom 3 masih mendapat review yang positif.
Selepas Doom 3, ID Software berehat sebentar dari francais Doom. Walaupun ada khabar angin mengatakan Doom 4 sedang berada dalam pembangunan pada tahun 2007. Projek Doom 4 akhirnya dibatalkan kerana gameplay hampir sama seperti Call of Duty, sesetengah peminat memanggilnya Call of Doom.
Pada tahun 2009, ID Software dibeli oleh Zenimax Media, yang juga merupakan pemilik Bethesda Softworks. Semasa berada di bawah Zenimax, ID Software keluarkan game Rage pada tahun 2011 dengan Bethesda Softworks bertindak sebagai penerbit.
Pada tahun 2013, John Carmack mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai co-founder dan technical director di ID Software. Menjadikan beliau sebagai pengasas asal yang terakhir keluar dari studio tu. Pada Mac 2021 pula, Zenimax Media dibeli oleh Microsoft dengan nilai sebanyak US$7.5 billion.
DOOM (2016)
Kini, tugas untuk menaikkan semula nama Doom diberikan kepada Marty Stratton dan Hugo Martin sebagai pengarah studio dan pengarah kreatif. Doom 2016 juga merupakan versi reboot untuk siri ni dan masih mengekalkan cerita sama. Tapi Doomguy kali ni dipanggil sebagai Doom Slayer yang bangkit dari tidur yang panjang untuk menentang raksasa dari neraka di planet Marikh.
Reboot 2016 ni kembali ke gameplay fast paced, tapi dengan sedikit perubahan iaitu ‘Glory Kills’. Selain pemain boleh ambil item macam health, ammo dan armor kat dalam map. Pemain boleh gunakan mechanic Glory Kill untuk pulihkan sedikit nyawa. Animasi setiap Glory kill memang sangat gore dan best.
Senjata chainsaw juga pemain tak boleh gunakan sesuka hati kerana ia memerlukan minyak untuk boleh digunakan semula. Sebab chainsaw dalam game ni bertindak sebagai refill ammo selepas pemain bunuh musuh gunakan chainsaw.
Kedua-dua mekanik ni memaksa pemain terus bergerak dalam ruang combat tanpa perlu berhenti untuk cari item kat map. Ini untuk pastikan momentum flow combat kekal konsisten. Juga, Doom Slayer kali ni boleh double jump dan panjat objek untuk berikan pemain kebebasan bergerak yang lebih dinamik.
Soundtrack kali ni dihasilkan oleh Mick Gordon. Beliau berjaya membawakan rentaknya tersendiri. Masih mengekalkan bunyi metal tapi dengan tambahan rentak synthesizers yang ada keunikannya.
DOOM Eternal (2020)
Doom Eternal 2 kali ganda lebih banyak bahaya dan aksi. Dikeluarkan pada tahun 2020, ID Software mengekalkan apa yang best dalam Doom 2016 dan menjadikannya lebih baik dalam Eternal. Mekanik glory kill dan chainsaw kali ni lebih mandatori untuk pemain survive. Sebab combat Eternal menambah lapisan baru iaitu resource management di mana pemain akan sentiasa kehabisan ammo dan health. Malah, untuk dapatkan armor juga pemain perlu gunakan mekanik baru iaitu flamethrower.
Pergerakan Doom Slayer ditambah baik, senjata Super Shotgun kali ni ada grappling hook. Pemain boleh tembak grappling hook kat musuh dan Doom Slayer terbang ke arah musuh. Jadi kalau ada Cacodemon atau Pain Elemental, gunakan grappling hook kat mereka untuk berayun dengan lebih mudah.
Setiap musuh juga ada weakness points kat tubuh badan mereka yang boleh bagi kelebihan kat pemain. Macam raksasa Mancubus, pemain boleh musnahkan dua canon kat tangannya, buatkan dia tak boleh serang pemain dari jauh. Weakness points hanya boleh dimusnahkan dengan gunakan senjata tertentu, jadi pemain perlu adapt gunakan mekanik quick switch. Quick switch juga membantu maksimumkan serangan dengan bertukar-tukar senjata atau sebagai satu cara untuk cancel reload animations.
Plot Eternal lebih kurang sama macam Doom 2: Hell on Earth, Doom Slayer kembali ke planet Bumi. Tapi Eternal punya lore lebih mendalam tentang sejarah Doom Slayer dan Khan Maykr. Plotnya sangat gila sampaikan Eternal dapat 2 DLC iaitu The Ancient Gods Part 1 dan Part 2.
DOOM: The Dark Ages (2025)
Pada tahun 2025, Doom: The Dark Ages dikeluarkan sebagai game ke lapan dalam main entry siri ni. The Dark Ages merupakan prekuel kepada Doom 2016. Plotnya juga terokai lebih banyak tentang sejarah perang yang berlaku antara Night Sentienls dan Prince Azhrak, dengan Khan Maykr berada di tengah-tengah mengawal Doom Slayer untuk membantu Night Sentinels.
Semua mechanics yang ada dalam 2016 dan Eternal ada dalam game ni, tapi ada sedikit perubahan. Combat The Dark Ages kali ni lebih fokus kepada aspek melee di mana Doom Slayer akan selalu tumbuk dan tendang musuh. Senjata melee baru juga diperkenalkan iaitu Shield Saw, pemain boleh block dan parry serangan projektil serta boleh gunakan gergaji untuk stun pergerakkan musuh.
Doom Slayer juga bergerak seperti kereta kebal dalam The Dark Ages. Setiap pergerakannya mengegarkan lantai. Tapi mechanics melee baru ni juga menyebabkan animasi glory kill yang lebih cinematic seperti dua game lepas dah kurang muncul. Animasi melee The Dark Ages lebih pantas dan fleksibel. Walaupun ada sesetengah peminat kurang gemar dengan keputusan yang dibuat oleh ID Software tentang glory kills.
Tapi dari segi map design, The Dark Ages membawakan ruang combat yang lebih besar dan luas serta jumlah musuh 2 kali ganda lebih ramai dari 2016 dan Eternal. Jadi untuk bagi pemain lihat animasi Glory kill yang mana kameranya di-lock pada momen tertentu berulang-ulang kali boleh mengganggu flow combat.
DLC terbarunya Revelations keluar pada 7 Julai 2026, ceritanya meyambung dari The Dark Ages di mana Doom Slayer berjumpa dengan pencipta suit preator yang dia pakai dalam Doom 2016. Gameplay kali ni memperkenalkan senjata baru iaitu chain spear yang boleh digunakan sebagai senjata jarak dekat, jauh dan grappling hook.
Sayangnya soundtrack The Dark Ages tidak lagi dihasilkan oleh Mick Gordon kerana ada berlaku masalah dalaman antara beliau dengan pihak ID Software selepas Doom Eternal dikeluarkan. Kali ni soundtrack-nya dihasilkan oleh Finishing Move.
Apa yang aku suka pasal tiga game Doom moden ni adalah setiap satu darinya ada play style berbeza. Doom 2016 lebih kepada old school fps. Eternal fokus kat resource management dan mobility. The Dark Ages kalau nak jadi tank yang suka melee dan parry. Jadi peminat Doom takkan rasa bosan sebab setiap game Doom ada mechanics berbeza.
Bak kata pengarah kreatif Hugo Martin, setiap doom mewakili slogan yang spesifik. Doom 2016 ialah tentang run & gun. Eternal fokus kat jump & shoot. The Dark Ages pula tentang stand & fight.
Paling menyedihkan DLC Revelations keluar sehari selepas pengumuman yang dibuat oleh Xbox. Seramai 136 orang pekerja telah dibuang di ID Software. Perlu diingatkan sebelum semua pekerja ni dibuang, ID Software hanya ada seramai 185 orang pekerja. Meninggalkan hanya 49 pekerja saja. Kebanyakan yang dibuang adalah tenaga-tenaga mahir dalam pengurusan game enjin ID Tech. Jadi kalau mereka dah dibuang, siapa lagi yang nak handle ID Tech engine?
ID ada keluarkan kenyataan mengenai isu Xbox. Mereka kata jumlah pekerja yang mereka ada sekarang hampir sama seperti bila mereka hasilkan Doom 2016 dulu. Tak pasti apa yang jadi kat studio ID selepas ni. Adakah mereka akan jadi studio sokongan saja. Atau jika mereka masih dibenarkan buat game Doom baru, adakah ID Software akan tinggalkan ID Tech engine dan gantikannya dengan Unreal Engine 5?
Walaupun keputusan Asha Sharma nampak bagus untuk bersihkan nama Xbox yang rosak akibat dari 14 lapisan pengurusan yang teruk. Pihak Asha juga telah membuang orang-orang yang salah dan berkemahiran. Walaupun ID Software secara konsisten berjaya keluarkan game-game single-player Doom yang berkualiti.
Tapi di mata geng-geng CEO dan shareholder ni, keuntungan maksimum dan jumlah pemain paling tinggi adalah yang paling penting bagi mereka. Dan Doom bukanlah jawapan kepada apa yang mereka nak. Xbox sedang mencari ‘The next Roblox’ atau ‘The next Fortnite’. Menariknya, yang kurang terkesan dengan proses penstrukturan semula ni ialah Mojang, pencipta Minecraft dan King, pencipta Candy Crush. Malah, dua studio ni akan berada dibawah Asha Sharma.