Review GODSPEED – Percubaan Baik Tapi Banyak Lagi Kena Belajar

Danial Zuher

31/10/2026

Godspeed ialah game indie first person arena shooter yang dikeluarkan oleh pembangun solo Kyrie untuk platform PC. Aku boleh katakan game ni seperti Serious Sam dengan grafik seperti game Dusk. Jadi, best ke tak game ni? Teruskan menonton.

Cerita

Godspeed mengisahkan tentang sebenarnya game tak ada jalan cerita. Apa yang aku dapat tahu dari Steam page, protagonis game ni kena lawan raksasa untuk keluar dari neraka. Tapi sampai situ saja lah.

Aku tahu game macam ni story bukanlah fokus utama. Tapi aku perlukan sedikit konteks pasal kenapa karakter ni ada kat tempat ni? atau apa yang dia dah buat sampai dia berada kat sini? Sekurang-kurangnya developer patut masukkan cutscene atau teks ringkas untuk berikan penjelasan mudah kat pemain.

Apa yang best?

Pertama sekali aku suka muzik main menu, ia menyampaikan tone yang spesifik untuk apa pemain bakal hadapi. Grafik game ni seperti game Dusk yang menggunakan 3D low polygon yang aku suka. Simplistic dan clean. Kalau korang pernah main game macam Doom atau Serious Sam, korang akan familiar dengan combat Godspeed.

Tembak, strafing, sentiasa berundur ke belakang, dashing dan paling penting, jangan berhenti bergerak. Reka bentuk raksasa kecil bagi aku ok saja dan kebanyakannya sama ada akan kejar pemain atau tembak banyak projektil, jadi ada sedikit elemen bullet hell.

Semasa combat, aku kena penuhkan meter Momentum sebanyak 3 kali. Lebih banyak aku penuhkan, aku akan dapat buff seperti boleh lari lebih laju, dash lebih banyak dan extra damage.

Ada 4 arena aku boleh pilih untuk lawan. Setiap arena ada boss tersendiri. Aku suka design setiap boss dan sountrack masa berlawan. Setiap serangan mereka mencabar pemain mengikut difficulty, ada hard, insane dan impossible.

Fokus sebenar Godspeed adalah kat leaderboards dengan kalahkan setiap boss secepat yang boleh. Korang boleh bandingkan masa dengan masa pemain lain. Tapi sejujurnya untuk aku, aku tak pernah kisah pasal leaderboards dalam mana-mana game.

Apa yang tak best?

Sebenarnya untuk bahagian ni lebih kepada aku nak sebut isu-isu yang boleh ditambah baik. Memandangkan ini game pertama dari solo developer Kyrie.

Aku rasa mekanik meter momentum boleh ditambah baik lagi. Developer kena reward lebih lagi kat pemain macam lagi tinggi meter momentum, pemain dapat akses senjata baharu macam shotgun, SMG atau assault rifle. Sebab buat masa sekarang, hanya ada dual wield pistol. Lama-kelamaan, ia boleh jadi bosan guna senjata sama saja.

Lagi satu pasal mekanik ni, aku tak nampak perbezaan antara meter momentum rendah dan meter momentum bila dah penuh. Developer patut masukkan visual effect kat skrin untuk bagitahu pemain ada perubahan sedang berlaku.

Mungkin developer boleh gunakan game Serious Sam: The Next Encounter sebagai inspirasi. Dalam game tu, kalau dapat capai high scores, pemain boleh lari lebih laju dan akan ada visual effect macam angin kat skrin. Atau kalau double damage, senjata akan mula glowing untuk beritahu pemain.

Dan memandangkan Godspeed ada sedikit elemen Bullet hell macam game shoot ‘em up atau shmups. Aku rasa tak ada masalah kalau corak tembakan pemain berubah setiap kali dapat capai meter momentum tinggi.

Ruang combat arena dalam game ni kena diperbaiki lagi. Keempat-empat arena berbeza ada ruang combat yang sama. Flat dan membosankan. Sepatutnya kena ada objek-objek yang membolehkan pemain lompat atau slide supaya pemain boleh tukar posisi.

Juga, setiap arena kena ada layout ruang combat berbeza sebagai bukan saja untuk buat pemain tak keliru. Tapi sebagai set the tone untuk boss fight kat setiap arena.

Walaupun aku suka reka bentuk setiap boss, tapi boss fight dalam game ni bagi aku hanya ok saja. Aku tak suka bila health bar boss tak ditunjukkan kat skrin semasa combat. Sangat annoying bila aku tak dapat tahu progress boss dah nak mati atau tak. Dan game ni sangat perlukan fungsi jump sebab ada sesetengah boss gunakan serangan area of effect.

Game ni juga tak ada option untuk graphical settings dan mouse & keyboard settings. Aku tak tahu pun game ni ada fungsi dash sampai la aku tertekan butang space bar. Aku nak rujuk balik pun tak boleh sebab tak ada bahagian key binding settings.

Kesimpulan

Aku sebenarnya lebih prefer kalau ada linear story mode dari arena mode seperti boss rush. Melihat kepada reka bentuk musuh dan world dia. Aku rasa developer boleh kembangkan lagi dunia Godspeed. Untuk harga RM18.75, kalau korang minat mode Boss Rush, mungkin korang boleh dapatkan game ni. Tapi untuk aku, tak. Namun, ia merupakan percubaan yang baik untuk game pertama dari solo developer.

Jadi, rating aku untuk Godspeed adalah sebanyak 4 / 10.

Leave a Comment