Amzani Beniqt Muncul Juara WPS Champions Cup, Tutup Musim Kedua PESLOX TOUR CUP

Faiz Tobeng

19/09/2026

Selepas beberapa hari berlangsung dengan aksi dan persaingan sengit, musim kedua PESLOX TOUR CUP akhirnya melabuhkan tirainya dengan perlawanan akhir WPS Champions Cup yang cukup menarik.

Musim kedua kejohanan ini telah berlangsung dari 14 hingga 17 September 2026, dengan perlawanan dimainkan pada setiap malam.

Kemuncak kepada keseluruhan kejohanan sudah tentunya perlawanan akhir WPS Champions Cup yang menemukan Amzani Beniqt dengan Muiz B3ngzera.

Pertembungan antara kedua-dua pemain ini berlangsung sengit apabila masing-masing cuba mendapatkan kelebihan untuk muncul sebagai juara musim kedua.

Namun, selepas melalui aksi penuh debaran tersebut, Amzani Beniqt akhirnya berjaya menamatkan saingan sebagai juara WPS Champions Cup dan secara tidak langsung dinobatkan sebagai jaguh bagi musim kedua PESLOX TOUR CUP.

Menariknya, perjalanan Amzani menuju ke pentas kejuaraan bukanlah sesuatu yang mudah. Beliau sebelum itu tewas dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Kekalahan tersebut bagaimanapun tidak mematahkan semangat Amzani apabila beliau berjaya bangkit dan meneruskan perjalanan sehingga ke pentas Champions Cup.

Pada perlawanan akhir, Amzani yang berdepan Muiz, kali ini tuah menyebelahi beliau apabila berjaya menamatkan perlawanan sebagai juara.

Bagi Muiz B3ngzera, beliau terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua selepas memberikan saingan yang cukup sengit sepanjang kejohanan.

Sementara itu, perebutan tempat ketiga turut menyaksikan perlawanan yang tidak kurang hebat apabila Hafizz bertemu Iskandar.

Kedua-dua pemain memberikan saingan sengit untuk menentukan siapa yang akan melengkapkan kelompok tiga terbaik. Penalti akhirnya menjadi pemisah antara kedua-duanya, dengan Hafizz berjaya mengakhiri saingan di tempat ketiga.

Dengan berakhirnya WPS Champions Cup, maka secara rasminya musim kedua PESLOX TOUR CUP juga menutup tirainya.

Kejohanan ini sekali lagi memperlihatkan bagaimana komuniti eFootball tempatan terus berkembang dengan kehadiran pemain-pemain yang ingin menguji kemampuan masing-masing dalam suasana kompetitif. PESLOX TOUR CUP sebelum ini turut menjadi antara platform yang membuka ruang kepada pemain eFootball tempatan untuk menyerlahkan bakat mereka.

Untuk musim kedua ini, kejohanan tersebut mendapat sokongan daripada WPS eSport sebagai penaja utama, manakala CODRALIX eSport pula hadir sebagai penaja mini. JomGaming turut bertindak sebagai rakan media bagi kejohanan ini.

Pihak penganjur turut menyampaikan penghargaan kepada semua peserta yang mengambil bahagian serta seluruh komuniti PESLOX yang banyak membantu menjayakan kejohanan kali ini.

Dengan musim kedua kini sudah selesai, perhatian selepas ini tentunya akan tertumpu kepada musim ketiga PESLOX TOUR CUP yang bakal diumumkan kelak.

Bagi korang yang ingin mengikuti perkembangan seterusnya, nantikan pengumuman daripada pihak PESLOX.

Untuk yang terlepas menyaksikan aksi WPS Champions Cup musim kedua, korang boleh menonton semula perlawanan penuh melalui YouTube PESLOX di sini:

Majulah eFootball untuk negara!

1 thought on “Amzani Beniqt Muncul Juara WPS Champions Cup, Tutup Musim Kedua PESLOX TOUR CUP”

  1. Mantap laaaa Organiser. Tour very10x fun & enjoy. Permulaan yg terbaik. Smua player happy. Meriahkan malam2 kami…

    #majulahefootballconsoleuntuknegara

    Reply

Leave a Comment