Twilight Foundry Games, studio yang berpangkalan di Pulau Pinang, Malaysia, telah memperlihatkan trailer pertama untuk game akan datang mereka, Kooeh: A Timeless Delight.
Game berkonsepkan cosy-casual ini akan memfokuskan kepada naratif penceritaan, membawakan gameplay pengurusan restoran serta mengangkat hidangan tradisi masyarakat Malaysia. Korang dah boleh wishlist game ini di Steam, walau bagaimanapun, tiada tarikh pelancaran diumumkan buat masa ini.
Jom layan trailer terbaru untuk Kooeh: A Timeless Delight: