Menangi Nintendo Switch 2 Percuma! SEAGM Anjur Giveaway 2025!

Wahai para gamer di Malaysia sekalian, inilah masanya untuk korang merebut peluang keemasan yang jarang-jarang datang! 

SEAGM (SEA Gamer Mall), salah satu platform topup digital game terbesar di Asia Tenggara, kini sedang menganjurkan Nintendo Switch 2 Giveaway khas buat komuniti gamer tempatan. Peraduan ini berlangsung hingga 31 Ogos 2025, dan pemenang bertuah akan membawa pulang konsol Nintendo Switch 2 serba baharu – percuma!

Siapa SEAGM?

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang SEAGM, korang boleh baca lebih lanjut dekat sini.

Kenapa Korang Kena Join Giveaway Ini?

Hadiah Idaman Gamer – Nintendo Switch 2 merupakan salah satu konsol yang paling dinanti tahun ini. Dengan prestasi lebih hebat, grafik yang dipertingkatkan, serta katalog permainan yang semakin meluas, ia pasti memberikan pengalaman gaming terbaik.

Percuma & Mudah – Korang tak perlu membeli apa-apa untuk menyertai. Hanya ikut beberapa langkah mudah di Instagram SEAGM dan peluang untuk menang terbuka luas.

Eksklusif Untuk Rakyat Malaysia – Giveaway ini hanya dibuka untuk peserta dari Malaysia. Jadi peluang korang lebih tinggi sebab ia bukan pertandingan global yang melibatkan jutaan peserta.

Komuniti Gamer Yang Aktif – Dengan menyertai giveaway ini, korang juga akan menjadi sebahagian daripada komuniti SEAGM yang aktif di media sosial. Dari TikTok hingga Instagram, SEAGM sering berkongsi berita terkini dunia gaming, promosi hebat, serta liputan acara.

Cara Menyertai

Mudah sahaja! Ikuti tiga langkah berikut di Instagram:

  • Follow akaun rasmi SEAGM di Instagram: @seagmofficial
  • Tag seorang kawan korang di ruangan komen dekat post giveaway.
  • Share post tersebut tersebut ke Instagram Story korang. Pastikan akaun korang public!

Selesai! Korang sekarang dah tersenarai untuk memenangi Nintendo Switch 2 yang akan diumumkan selepas tamat tarikh giveaway pada 31 Ogos 2025.

So apa korang tunggu lagi? Kasi masuk giveaway ini sekarang!

Penafian: Artikel ini ditaja oleh SEAGM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *