Terima kasih PlayStation Asia hantarkan JomGaming merchandise Wolverine

Faiz Tobeng

15/09/2026

PlayStation Asia telah menghantar kepada JomGaming beberapa merchandise istimewa sempena pelancaran Marvel’s Wolverine.

Jadi, mari kita lihat apa yang ada dalam kotak ini.

Sebaik sahaja kotak dibuka, kita dapat melihat sebuah beg besar bersama beberapa kotak kecil yang mempunyai rekaan bertemakan Wolverine.

Kita lihat beg ini terlebih dahulu.

Beg bimbit ini sememangnya sangat sesuai dengan perwatakan Logan. Dengan kombinasi warna hitam dan coklat gelap, rekaannya cukup sinonim dengan karakter Wolverine yang sering digambarkan sebagai seorang pengembara, bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Seterusnya, kita mempunyai beberapa keping sticker bertemakan Marvel’s Wolverine.

Antaranya termasuklah sticker Trask Industries, Reavers, Princess Bar, dan tentunya beberapa rekaan Wolverine.

Boleh juga digunakan untuk menghiasi almari, meja atau mana-mana ruang yang sesuai.

Kemudian, kita ada coaster cawan ini.

Rekaannya memang menarik dan sesuai digunakan ketika bermain game. Sambil menikmati secawan kopi, bolehlah letakkan cawan di atas coaster ini.

Dan yang terakhir ini mungkin antara yang paling menarik.

Kita ada keychain medallion Wolverine.

Rekaannya memang cukup bergaya dan sesuai digantung di beg, atau dijadikan aksesori untuk kunci motor atau kunci rumah.

Jadi, terima kasih banyak kepada PlayStation Asia kerana menghantar merchandise istimewa ini kepada JomGaming.

Kalau anda ingin tahu lebih lanjut tentang apa yang menarik dalam Marvel’s Wolverine, jangan lupa saksikan review kami di sini:

Leave a Comment