Sprawl, aku pernah review game pertamanya dua tahun lepas. Menggabungkan elemen shooting dan parkour serta ambil inspirasi dari game-game terkenal seperti Quake, Fear dan Ghostrunner.
Pembangun indie, Maeth sekali lagi kembangkan dunia Sprawl dalam game terbaru diaorang, Sprawl Zero. Dan aku berpeluang dapat main demo-nya kat Steam.
Objektif utama pembangun indie untuk Sprawl Zero adalah mereka mahu mengetengahkan elemen-elemen yang best dari game FPS era 2000-an. Era di mana story diberi penekanan, banyak bermain dengan ragdoll physics, reka bentuk senjata eksperimental dan world design linear. Berbeza dengan game-game FPS era 90-an di mana gameplay lebih penting dari story. Inspirasi terbesar mereka kali ni seperti Half-Life 2, Halo dan FEAR.
Perubahan paling ketara aku perasan masa main adalah tiada lagi parkour dan wall running. Combat kali ni lebih grounded dengan gameplay fokus kat tiga ability, gravitiy glove, Gravity shield dan bullet time. Gravity glove benarkan aku ambil objek dari jauh macam tong atau kotak dan baling kat musuh. Ada sesetengah dinding aku boleh tolak gunakan gravity glove untuk cipta jalan baru.
Memandangkan kali ni aku boleh bawa satu senjata saja, gravity glove sangat penting tangkap senjata musuh di udara. Ini adalah ‘reload’ korang dalam game ni, sentiasa tukar senjata, habis peluru? Campak je kat musuh. Paling epik kalau aku dapat tangkap grenade kat udara lepas tu campak balik kat musuh.
Gravity shield ni adalah perisai yang aku gunakan untuk tahan tembakan musuh. Bukan setakat tahan saja, aku boleh pantulkan balik peluru musuh ke arah mereka. Sangat berguna untuk stunt ramai musuh dan serangan dron.
Bullet time macam biasa aku boleh perlahankan masa. Menariknya masa bullet time diaktifkan, auto aim juga diaktifkan. Dan masa ni juga musuh yang terkena tembakan akan drop stimpak yang aku boleh collect untuk heal bar nyawa dan recharge bar energy.
Gabungkan ketiga-tiga ability ni masa combat membolehkan aku mencipta action scene yang cool, fast paced dan brutal.
Sistem weapon tier dalam game ni bagi aku agak menarik dan pelik dalam masa yang sama. Setiap senjata ni ada di dalam weapon crate yang mana aku perlu buka untuk dapatkan senjata random. Sistem ni selalu aku nampak dalam game-game roguelike atau looter shooter. Aku faham tujuan pembangun adalah untuk pastikan pemain main balik level-level lepas dan cuba dapatkan senjata baru dari weapon crate.
Tapi bagi aku ia agak membosankan, tak organik dan tak kena dengan level design-nya yang linear memandangkan aku akan lawan musuh yang sama setiap kali aku main balik level-level lepas. Cadangan aku, lebih baik kalau sistem random enemy types diperkenalkan.
Ini bermakna setiap kali aku main balik level tu, jenis musuh takkan sama dan sentiasa bertukar. Setiap musuh juga bawa senjata tier berbeza. Cara ni lebih organik dan menyeronokkan untuk pemain dapatkan senjata baru. Combat encounters juga jadi lagi menarik sebab musuh berbeza memaksa pemain tukar taktik baru.
Menurut pembangun, ada lebih 40 jenis senjata disediakan. Reka bentuk setiap senjata bagus tapi boleh ditambah baik lagi. Bagi aku, apa yang buatkan game FPS era 2000-an menarik adalah alternate fire mode. Macam assault rifle boleh tembak underbarrel grenade launcher atau shotgun boleh tembak 3 round burst.
Mungkin pembangun boleh lihat game Killzone 1 untuk dapatkan inspirasi, dalam game tu setiap senjata rasa berbeza dari segi reka bentuk dan fungsi kerana alternate fire mode. Sebab buat masa sekarang, selain dari senjata melee, fire shotgun, energy gun dan tukul besar, barisan senjata lain dalam Sprawl Zero rasa sama dan tak ada personaliti berbeza.
Aku tak tahu sama ada ni untuk demo saja atau tak. Aku main game ni dalam difficulty hard. Tapi bar nyawa aku tak pernah turun bawah 50%. Aku harap dalam full game nanti, serangan musuh lebih agresif dan lebih banyak jenis musuh baru diperkenalkan yang ada attack pattern berbeza.
Soundtrack aku tak nak cakap banyak. Best dan masih kekalkan rentak macam game pertama. Suara vokal epik disatukan dengan rentak bombastik yang engaging semasa combat.
Dari segi story, aku baru tahu yang game ni prekuel kepada game pertama. Protagonis bernama FIVE dari organisasi JUNTA perlu tumpaskan Silas. Dia mengetuai kumpulan agama fanatik dikenali sebagai Imago-Dei yang mahu menghukum penduduk bandar Sprawl. Agak menarik macam mana cerita Sprawl Zero akan dikaitkan kepada game pertama. Memandangkan organisasi Junta ni menjadi antagonis dalam game pertama. Adakah protagonis game pertama, SEVEN akan ada cameo? Kena tunggu full game nanti.