Game Penjenayah Nasib Malang Dari Pembangun Hitman – Kane & Lynch 2: Dog Days | JomThrowback

Danial Zuher

15/06/2026

Siapa tak kenal dengan IO Interactive, pembangun terkenal yang menghasilkan game Hitman dan game terbaru diaorang 007 First Light. Di antara menjadi seorang pembunuh upahan dan seorang ejen. IO Interactive pernah menghasilkan sebuah lagi game tentang 2 orang penjenayah bernasib malang. Kane & Lynch.

Game pertamanya, Kane & Lynch: Dead Men keluar pada tahun 2007, diikuti dengan game kedua, Kane & Lynch 2: Dog Days tahun 2010. Kedua-dua game ni keluar era PS3 dan Xbox 360. Dan kedua-dua game ni juga tak dapat rating dan review bagus. Tapi salah satu dari dua game ni aku akan kembali main bukan sebab gameplay. Tapi sebab style visualnya yang teruk, raw dan disturbing.

Korang tengok saja skrin main menu-nya, nampak tenang saja paparkan landskap bandar Shanghai sambil ditemani dengan soundtrack lokal. Tapi bila korang mula main, korang disajikan dengan intro ni.

Jadi, apa yang menyebabkan mereka berdua ni kena macam ni?

Kane datang ke Shanghai, China untuk bantu Lynch selesaikan urusan jual beli penyeludupan senjata haram dengan penjenayah bernama Glazer. Tapi sebelum tu, mereka berdua perlu uruskan seorang lelaki bernama Brady. Insiden kejar-mengejar antara Kane, Lynch, Brady dan teman wanita Brady ni menjadi kesilapan paling besar untuk Kane dan Lynch. Sebab selepas ni, seluruh Shanghai dari gangster, polis, tentera dan ahli politik korup China mahu buru mereka berdua.

Sejak game pertama lagi, karakter Kane dan Lynch ni bernasib malang. Setiap kali jenayah yang mereka lakukan, akan diikuti pelbagai kejadian buruk yang menimpa mereka dan orang-orang sekeliling yang mereka sayang. Apa saja keputusan yang Kane atau Lynch buat, akan berakhir dengan kematian dan pulang dengan tangan kosong.

Tapi dua karakter ni ada satu persamaan. Mereka berdua ni tak serik, tak pernah belajar dari kesilapan lepas. Walaupun sentiasa rugi. Mereka berdua tetap kembali ke dunia jenayah.

Lynch, penjenayah yang ada masalah mental tak stabil, dia ada banyak peluang untuk keluar tapi dia tak pilih jalan tu. Kane pulak ada masalah hubungan dengan anak perempuannya. Selalu kata one last job sebelum pulang jumpa anaknya, tapi hari tu tak pernah tiba. Sebab Kane lebih suka pergunakan masalah mental Lynch untuk manipulate supaya matlamatnya tercapai.

Cara setiap cut scene tadi dipersembahkan macam style video found footage. Sangat shaky dan tak teratur. Malah style ni konsisten dari awal hingga akhir game. Setiap cutscene akan ada seperti jurukamera yang ikut Kane dan Lynch. Loading screen yang dipaparkan seakan-akan menunggu video buffering dimainkan. Dengan pelbagai gambar-gambar dari footage cutscene ditunjuk, seperti jurukamera tengah pilih thumbnail mana yang sesuai untuk video ni.

Masa gameplay, kalau Lynch mula berlari, skrin akan mula bergoyang atas bawah seakan-akan jurukamera ikut sekali lari dengan Lynch. Sama juga kalau Lynch terjatuh cedera. Jadi kalau korang ada motion sickness, jangan main game ni.

Skrin dalam game ni seperti lensa kamera, terkena tembakan akan menyebabkan percikan darah melekat kat lensa dan akan berlaku glitch macam video rosak. Tembakan headshot atau apa saja benda yang tak berkait akan disensor oleh jurukamera.

Sistem checkpoint juga menarik, game ni menggunakan video recording di mana pada checkpoint tertentu durasi recording tu berhenti. Seperti jurukamera hentikan rakaman untuk babak tu dan teruskan babak seterusnya dengan durasi recording baru.

Apa yang aku suka pasal game ni dia punya sound effect. Dari bunyi senjata api yang sangat kuat sampailah ke bunyi letupan yang menakutkan. Tak cukup dengan tu, kalau aku letupkan tangki gas atau gunakan machine gun. Skrin mula bergoyang ditambah dengan skrin glitch serta bunyi audio distortion.

Voice over setiap karakter juga bagus terutamanya Kane dan Lynch. Setiap nada marah, kecewa dan nada gila memang sampai cara penyampaian mereka. Ada satu scene yang mana aku tak boleh tunjuk sebab agak disturbing. Tapi dari suara dan gambar-gambar kat loading screen ni korang boleh agak apa yang tengah berlaku.

Nampak macam aku puji game ni kan? Sebenarnya game ni ada banyak masalah dari bullet sponge enemy tak bertempat, tembakan tak selari dengan crosshair, cutscene tak keluar, game crash, main story boleh habiskan kurang dari 4 jam dan masalah AI musuh.

Tapi kadang-kadang aku tetap akan kembali install game ni balik sebab aku suka presentation visualnya yang hodoh, kotor, tunggang-langgang dan kelam kabut. Visualnya kena dengan dunia Kane & Lynch, di mana kejahatan tak pernah berhenti, begitu juga dengan nasib buruk.

Leave a Comment