Pada tahun 2023, pembangun Auroch Digital keluarkan game Warhammer 40K: Boltgun. Game single-player first person shooter yang menggunakan grafik retro seperti game Doom atau apa yang moden komuniti sekarang panggil sebagai “Boomer Shooter”.
Boltgun mengikuti Malum Caedo, seorang space marine yang dihantar ke Graia untuk menghalang Techpriest of Graia dari lakukan eksperimen ke atas sumber tenaga inquisitor Drogan.
Malum sekali lagi kembali dalam sekuel Boltgun 2. Tapi kali ni ada karakter baru diperkenalkan, Battle Sister Nyra Veyrath. Kedua-dua karakter ni ada playstyle yang berbeza dan aku dapat cuba main demo-nya kat Steam.
Perubahan yang aku nampak kali ni adalah lokasi. Dalam game pertama kebanyakkan lokasinya adalah kawasan industrial atau kawasan mistik gothic. Level pertama dalam Boltgun 2 bawa pemain ke kawasan hutan, diikuti dengan kawasan pergunungan salji untuk level seterusnya.
Cara developer sembunyikan secrets juga kali ni lebih menarik. Tak seperti game pertama di mana secrets nampak obivious dan senang nak cari, banyak sembunyi kat pintu berkunci atau dinding rahsia. Boltgun 2 punya secrets lagi menarik kerana kadang-kadang aku kena letupkan benda spesifik atau tekan butang tertentu untuk buka rahsia.
Seperti yang aku kata tadi, Malum dan Nyra ada playstyle dan senjata berbeza. Space Marine, Malum Caedo lebih kepada playstyle tank dan weapon switch. Dia ada lebih banyak health dan armor, atau dalam dunia Warhammer, armor ditukar kepada contempt. Barisan senjata Malum juga sama macam Boltgun 1 dan weapon switching dia kali ni lebih laju untuk capai maximum damage. Kalau korang pernah main Doom Eternal, korang akan tahu bertapa pentingnya teknik weapon switch ni.
Aku perasan plasma gun kali ni tak ganggu rotation weapon switching. Itu sebab aku jarang guna plasma gun dalam game pertama sebab senjata tu ambil masa cooldown. Satu lagi aku perasan, kelajuan movement Malum dikurangkan sikit, tak macam game pertama di mana Malum bergerak terlalu laju macam gelongsor pun ada.
Battle Sister Nyra Veyrath, dia ni all about speed, accuracy dan melee. Jumlah health dan contempt tak banyak macam Space Marine tapi kelajuan movement yang lebih tinggi membantu dia untuk mengelak serangan.
Untuk demo ni, senjata yang dia gunakan seperti bolt pistol, crossbow dan flamer. Senjatanya tak banyak ammo jadi aku perlu gabungkan dengan serangan melee pedangnya. Kebolehannya untuk sliding membantu Nyra untuk close the gap antara dia dan musuh.
Satu lagi yang menarik pasal Nyra, aku tak boleh buat rotation weapon switching macam Space Marine Malum. Sebab setiap senjata Nyra tak banyak ammo, jadi dia perlu lebih kerap reload. Cuma aku rasa masa guna bolt pistol, Nyra perlu ada mekanik macam game Left 4 Dead. Di mana masa aku tengah reload, aku melee musuh kejap dan reload animation bolt pistol tadi disambung balik. Sebab kadang-kadang aku kena tunggu reload animation tu habis baru boleh gunakan melee.
Peliknya, kali ni mekanik Strength vs Toughness tak ada. Macam Boltgun 1, setiap senjata dan musuh ada Strength dan Toughness tersendiri. Kalau Strength Shotgun lagi tinggi dari toughness musuh. Aku akan deal double damage. Kalau toughness lagi tinggi dari strength, damage senjata dikurangkan. Ini memaksa aku untuk tukar ke senjata spesifik untuk counter toughness musuh tu.
Aku tak tahu story Boltgun 2 berjalan macam mana, tapi aku harapkan Malum dan Nyra ada missions story tersendiri. Mungkin kat planet sama, tapi lokasi berbeza. Dan mungkin ada momen-momen tertentu di mana mereka berdua bantu antara satu sama lain.
Sound effect untuk semua senjata dan musuh baik, kecuali chainsword. Aku tak tahu kenapa tapi bunyinya menyakitkan telinga. Aku harap mereka tukar balik ke bunyi chainsword boltgun 1.
Ada beberapa dua penambahbaikkan dalam game ni yang mana aku rasa memang patut ada dalam Boltgun 1. Pertama, kali ni ada indicator muncul kat skrin bila nyawa pemain dah semakin kurang. Kedua, grenad boleh baling terus atau boleh hold untuk cook lebih lama, masa ni slow motion diaktifkan untuk bantu pemain.
Surprisingly, demo ni stable dan tak banyak stutter macam game pertama di mana kalau banyak sangat partikel kat skrin, gameplay mula jadi stutter. Aku harap diaorang dapat kekalkan optimzation macam ni.
Overall, aku enjoy demo ni. Battle sister Nyra sebagai karakter baru membawakan playstyle yang best. Harap Nyra dapat soundtrack dia sendiri yang badass. Boltgun 2 masih belum ada tarikh keluaran, tapi dijadualkan keluar tahun ni. Kalau korang peminat Warhammer 40k dan retro shooter. Korang boleh cuba demo kat Steam.