Carian mengenai “PS5 jailbreak” di Google nampaknya telah meningkat secara mendadak selepas PlayStation mengumumkan penamatan pengeluaran disk fizikal bermula Januari 2028.
Melalui tinjauan kami di Google Trends untuk lokasi Malaysia, carian tersebut telah meroket pada hari sama Sony mengumumkan berita ini pada 1 Julai 2026.
Bukan sahaja di Google Search, malah carian mengenai tutorial “how to jailbreak ps5” di YouTube juga melonjak naik.
Betul juga. Susahnya orang yang dah beli console tanpa option jailbreak ni nanti.