Dua ahli politik Mexico, Iraís Reyes & Luis Donaldo Colosio dilaporkan akan memfailkan aduan anti-monopoli kepada Suruhanjaya Persaingan Mexico (COFECE).
Aduan ini mengatakan bahawa gamer tidak lagi mempunyai pilihan untuk membeli game dari kedai lain, selain hanya di PlayStation Store, sesuatu yang dianggap sebagai satu tindakan monopoli oleh Sony.
Manakala di Belanda pula, sebuah organisasi perlindungan pengguna, Stichting Massaschade & Consument (SM&C), sedang menjalankan proses untuk menyaman Sony — atas alasan sama iaitu melalui penghapusan disk fizikal, hanya Sony yang akan menentukan harga game-game digital.
“Berakhirnya disk fizikal akan menghilangkan tempat terakhir sebuah game PlayStation boleh dibeli dan dijual pada harga kompetitif”, kata Pengerusi SM&C, Lucia Melcherts.