Walaupun tajuk artikel ni game ala-ala John Wick. Istilah yang paling tepat ialah Gun-fu. Gun-fu dicipta dan dipopularkan oleh pengarah filem Hong Kong iaitu John Woo. Filem-filem seperti The Killer, A Better Tomorrow dan Hard-Boiled penuh dengan aksi akrobatik, pistol akimbo dan slow motion atau bullet time. Dalam bahasa mudahnya, tumbuk musuh dengan peluru.
Filemnya berikan inspirasi kat pengarah Hollywood untuk menghasilkan filem The Matrix, Equilibrium dan John Wick. Untuk video game pula, John Woo merupakan inspirasi terbesar untuk game seperti Max Payne.
Jadi, apa kriteria game Gun-fu? Pergerakan acrobatic yang pelbagai, penggunaan bullet time dan animasi takedowns yang penuh dengan style. Setiap game kena ada 3 atau 2 kriteria ni. Jadi ini adalah 14 game yang memenuhi kriteria ni.
- Max Payne 3 (PS3, Xbox 360, PC)
Aku tahu ada Max Payne 1 dan 2. Tapi Max Payne 3 mempunyai feel gunplay paling best antara ketiga-tiga game ni. Rockstar telah sempurnakan pergerakan Max yang boleh bergerak 360 darjah semasa menembak, tak kira sama ada dia sedang berlari atau shoot dodge. Juga efek bullet time sangat baik dan sangat detail dengan setiap butir peluru yang terbang pemain boleh lihat dalam combat.
- Watch Dogs 1 (PS3, Xbox 360, PC)
Walaupun open world game ni biasa saja. Tapi combat game ni tak mengecewakan, sehingga sekarang, aku masih letakkan Watch Dogs sebagai game yang ada cover system terbaik dari kebanyakkan game third person shooter sekarang. Sangat responsif dan smooth. Selain ada bullet time, Aiden Pearce boleh lakukan takedowns lebih kurang macam dalam filem John Wick. Sangat brutal.
- Tom Clancy’s Splinter Cell: Conviction (Xbox 360, PC)
Splinter Cell: Conviction bertukar dari gameplay stealth ke action stealth. Apa yang aku suka pasal game ni dia punya animation takedowns, sama macam John Wick dan Watch Dogs. Mekanik Mark & Execute dapat menghasilkan tembakan yang penuh cinematic dan ber-style.
Ini merupakan game pertama yang gunakan gaya menembak Center Axis Relock atau CAR yang John Wick selalu gunakan dalam filemnya. Dan juga game pertama yang perkenalkan cover system aku suka yang kemudiannya ditambah baik dalam game Watch Dogs.
- Stranglehold (PS3, Xbox 360, PC)
Fakta menarik, Stranglehold merupakan sekuel kepada filem Hard-Boiled arahan John Woo. Masa game ni dikeluarkan, ramai memanggilnya Max Payne clone. Walaupun Max Payne juga ambil inspirasi dari John Woo. Selain ada bullet time, game ni memperkenalkan fungsi destruction seperti game Battlefield. Digabungkan dengan efek bullet time, memang chaotic combat Stranglehold. Juga aku suka setiap lokasi combat dalam game ni, menarik dan pelbagai.
- 007 First Light (PS5, Xbox Series X/S, PC)
Muka James Bond yang lebih muda dalam First Light layak masuk dalam senarai ni sebab combatnya yang menyeronokkan. Selain animasi takedown-nya yang pelbagai. James Bond boleh gunakan efek bullet time-nya bukan hanya untuk kalahkan musuh, tapi juga boleh tembak anggota badan tertentu untuk lumpuhkan musuh. Macam tembak tangan musuh yang pegang pistol. Sangat cool.
6. Sleeping Dogs (PS3, Xbox 360, PC)
Walaupun undang-undang senjata api di Hong Kong ketat. Itu tak dapat hentikan Wei Shen untuk gunakan senjata api kat musuh. Selain bagus dalam hand to hand combat dan environmental kills. Wei Shen boleh gunakan bullet time semasa dia lompat keluar dari cover atau semasa sedang memandu.
- Blackwood (PC)
Dihasilkan oleh studio dari Bangladesh. Blackwood ialah game third person shooter terbaru di mana pemain menjadi pemilik kedai DVD di waktu pagi dan seorang assassin pada waktu malam. Menampilkan pelbagai variasi animasi takedown dan elemen bullet time semasa shoot dodge. Pemain juga perlu uruskan jualan DVD dan pembelian senjata di black market atau di kedai rasmi. Game ni akan dikeluarkan pada 16 September 2026.
- SPINE (PS5, Xbox Series X/S, PC, Switch 2)
Spine menggabungkan elemen gun-fu dan tema cyberpunk. Gameplay fokus kat combat jarak dekat dengan pemain boleh lakukan pelbagai serangan termasuklah rampas senjata dari musuh. Pergerakan akrobatik dan parkour juga penting untuk kalahkan musuh. Namun, Spine akan dikeluarkan pada tahun 2027.
- Suit for Hire (PC)
Dihasilkan oleh solo developer. Game indie Suit for Hire ni mementingkan ketepatan semasa menembak. Pemain tak diberikan magazin tambahan dan satu-satunya cara untuk refill balik ammo adalah dengan dapatkan combo headshot 7 kali atau lakukan takedown. Elemen shootdodge dan bullet time juga disediakan. Malah, salah satu map dalam game ni ambil satu scene dari John Wick 4. Game ni boleh dimainkan dari perspektif top-down, jadi korang cipta semula scene dari filem.
- Total Overdose (PS2, Xbox, PC)
Ramai memanggil game ni Mexican Max Payne. Total Overdose dihasilkan oleh Deadline Games di mana pemain menjadi agen DEA untuk banteras sindiket penyeludupan dadah. Game ni sangat mementingkan penggunaan shootdodge di mana pemain akan selalu lompat dari pelbagai arah sambil menembak. Terdapat beberapa skill khas boleh digunakan bila pemain capai combo tertentu. Tapi skill El Mariachi yang paling menarik sebab reference kat filem Desperado.
- Vanquish (PS3, Xbox 360, PC)
Vanquish merupakan salah satu game favorite aku hanya kerana game ni berikan markah penaliti kalau gunakan cover system terlalu lama. Game ni mementingkan aksi penuh berstyle yang hanya tertumpu kat satu mekanik saja, sliding. Satu mekanik pelbagai teknik, pemain boleh gunakan bullet time sambil slide boost, lakukan tendangan back flip atau lompat keluar dari cover sambil gunakan bullet time.
- FEAR (PS3, Xbox 360, PC)
Dihasilkan oleh Monolith Productions, FEAR menggabungkan elemen seram The Ring dan aksi John Woo menjadi satu. Apa yang buatkan combat dalam game ni menarik adalah enemy AI berkomunikasi antara satu sama lain untuk lakukan serangan berstrategi kat pemain.
Mereka akan gunakan ruang combat untuk menyerang balas. Setiap tembakan akan meninggalkan kesan asap, debu atau kertas-kertas berterbangan sama seperti filem arahan John Woo. Pemain juga boleh lakukan flying kick, sliding kick atau spining kick. Walaupun studio Monolith dah tak ada, peminat masih tak lupakan game FEAR.
13. Trepang2 (PS5, Xbox Series X/S, PC)
Trepang2 ni boleh dikatakan spiritual successor kepada game FEAR. Tema yang hampir sama tapi ada sedikit perbezaan. Combatnya juga tak mengecewakan dengan efek gore yang sangat brutal. Dan main character game ni sangat kuat sampai boleh gunakan akimbo shotgun.
- Wet (PS3, Xbox 360)
Wet ialah game third person shooter yang dihasilkan oleh Artifical Mind & Movement. Pemain boleh gunakan pelbagai skill seperti lompat sambil menembak, sliding dan wall running. Setiap kill akan diberikan markah combo berdasarkan berapa banyak style yang pemain bawakan.
Pembangun Space Marine 2, Saber Interactive juga sedang hasilkan game rasmi John Wick. Sementara nak tunggu game John Wick, korang boleh main mana-mana game yang ada dalam senarai ni. Atau kalau korang ada game gun-fu lain yang ikut kriterianya, korang boleh kongsi kat ruangan komen. Jangan lupa like dan share. Adios!