Bullet time ialah mechanic perlahankan masa yang digunakan dalam filem atau video games. Filem macam The Matrix dan Hard-Boiled ialah antara filem kegemaran aku yang gunakan mechanic ni. Untuk video game ada banyak, tapi Max Payne, FEAR dan Stranglehold ialah antara game yang aku kadang-kadang akan kembali main balik.
Tapi apa akan jadi kalau mechanic ni developer push untuk jadikannya lebih dari sekadar perlahankan masa? TimeShift ialah jawapannya.
Dibangunkan oleh Saber Interactive, developer sama yang hasilkan game World War Z, Warhammer 40K: Space Marine 2 dan game John Wick akan datang. TimeShift ialah game first person shooter yang keluar pada tahun 2007 untuk PS3, Xbox 360 dan PC.
Game ni banyak menggabungkan atau inspired dari game-game terkenal masa tu macam Half-Life 2, FEAR dan sedikit macam Crysis. Yeah Crysis, game yang pernah terkenal dengan meme Can it run Crysis?
Tak macam Crysis yang gunakan Nano suit. TimeShift gunakan Beta suit dengan kebolehan time travel. Geng-geng saintis dalam game ni cipta dua suit, Alpha sut dan Beta sut. Kedua-dua sut diketuai dua orang saintis berbeza, Dr. Krone cipta Alpha. Dr. Marissa dan protagonis tak ada nama dan tak ada suara cipta Beta sut.
Aku tak tahu sebab apa, mungkin cemburu dengan team Marissa. Dr. Krone letupkan makmal yang mengorbankan semua saintis termasuk Dr. Marissa. Dia gunakan sut Alpha untuk kembali ke masa lampau. Protagonis kita walaupun gagal selamatkan Dr. Marissa, dia sempat pakai sut Beta dan berjaya kembali ke masa lampau.
Tapi masa lampau ni bukan dari dunia dia. Ianya masa lampau alternate timeline tahun 1939 di mana Dr. Krone menjadi penguasa diktator di Alpha District. Ada perang sedang berlaku antara tentera Krone dan pasukan resistance. Dan protagonis mahu bantu pasukan resistance untuk memburu Krone.
Aku tak kisah kalau game tu ada storyline simple, straightforward dan generic. Aduh tapi game ni terlalu simple sampai ceritanya jadi lebih mengelirukan dan boleh jadi bosan sebab world building yang lemah.
Banyak persoalan yang jadi tanda tanya tentang motif sebenar Dr. Krone. Kenapa kembali ke tahun 1939. Dah berapa lama Dr. Krone jadi penguasa. Macam mana Dr. Krone kuasai Alpha District. Siapa pihak ketiga yang protagonis hubungi. Lore Alpha Beta suit dan banyak lagi lah.
Protagonis yang tak ada nama juga buatkan aku anggap karakter yang aku kawal hanyalah kulit tanpa isi. Sekurang-kurangnya dalam Half-Life walaupun silent protagonist, tapi dia masih ada nama.
Sangatlah rugi kat gameplay game ni tak ada collectable macam text logs untuk encourage pemain explore level. Kalau ada text logs, boleh la aku baca pasal lore ceritanya. Malah, game ni tak ada interaksi antara NPC yang kita sebagai pemain akan curi dengar perbualan mereka tentang apa yang sedang berlaku dalam dunia mereka.
Bagi aku, ceritanya adalah aspek paling lemah dalam TimeShift.
Time manipulations adalah fokus utama untuk gameplay TimeShift. Ada 3 ability yang aku boleh gunakan iaitu Time slow, Time stop dan Time reverse. Time slow akan perlahankan masa untuk bagi kelebihan kat pemain lancarkan serangan lebih pantas dari musuh-musuh yang tak mampu bergerak macam biasa.
Time stop boleh hentikan masa. Sangat berguna untuk hentikan pergerakan musuh untuk lepaskan tembakan dengan lebih mudah. Terutamanya masa gunakan sniper rfile kat musuh yang pakai jetpack. Ability ni juga bagus untuk lakukan pre planning attack atau rampas senjata dari tangan musuh dan lihat reaksi mereka, sangat kelakar.
Time reverse bagi aku unik sebab boleh undurkan masa. Aku baca review kata ability ni hanya sesuai digunakan masa puzzle sections dan tak ada guna masa dalam combat. Tapi aku tak setuju sebab ability ni ada gunanya dalam combat, cuma pemain kena bereksperimen sikit. Macam grenade dalam game ni kalau aku baling kena kat badan musuh, grenade tu akan melekat. Benda yang sama boleh kena kat pemain.
Tapi aku boleh undurkan masa beberapa saat untuk batalkan musuh tu dari baling grenade dan bagi aku peluang untuk serang dia dulu. Kalau NPC mati, aku boleh undurkan masa untuk hidupkan mereka balik. Atau kalau aku masuk dalam perangkap musuh, undurkan masa untuk perbetulkan balik silap aku. Basically macam dalam game Prince of Persia: The Sands of Time.
Ketiga-tiga ability ni akan gunakan tenaga Beta suit. Tapi Time Stop dan Time Reverse yang akan habiskan tenaga paling laju. Jadi aku kena pandai manage tenaga sut untuk survive sebab satu-satunya cara untuk aku percepatkan proses healing adalah dengan gunakan ability ni.
Kalau aku tak gunakan kuasa sut, musuh boleh kalahkan aku sekelip mata. Bagi aku enemy A.I baik, mereka akan flank dan suppress aku. Baling grenade kalau aku duduk lama belakang cover. Tukar strategi dan laungkan call outs kat teammates tentang setiap langkah yang aku buat. Hampir sama macam enemy A.I. game FEAR.
Kurangnya game ni tak ada upgrade system untuk tingkatkan bar nyawa atau tingkatkan tenaga sut untuk recharge lagi laju. Jadi kekuatan sut dari awal sampai akhir hanyalah sama. At least, dalam game FEAR pun ada upgrade system.
Dari segi senjata, aku suka setiap reka bentuk dan bunyi tembakannya. Setiap senjata ada secondary fire mode, assault rifle ada grenade launcher, shotgun boleh tembak dua shells sekaligus, tapi favorite aku machine pistol dia. Sangat cool sebab boleh tembak peluru api dan boleh jadi flamethrower. So yeah, aku tak ada masalah dengan senjatanya, seronok dan best guna.
Untuk level design, sesetengah levels akan ada outdoor combat dan indoor combat. Tapi bagi aku game ni lagi menyerlah kat indoor combat. Sebab untuk game yang ada bullet time mechanic, kriteria aku ada dua, particle effects dan destructions. Kena ada dua2 atau salah satu darinya.
Bagusnya TimeShift ada dua-dua kriteria. Asap debu dari tembakan dan letupan, efek darah dan gore, peluru terbang di udara dan ragdoll physics. Sesetengah objek juga boleh dimusnahkan. Gabungkan dua kriteria ni dengan bullet time dapat menghasilkan action scene yang menarik. Time stop dan time reverse buatkan ia jadi lagi menarik sebab aku boleh hentikan atau undur balik setiap particles.
Soundtrack pun aku boleh katakan aspek kedua yang lemah dalam game ni. Tak banyak soundtrack dimainkan kat setiap levels. Kalau ada pun, ianya mudah dilupakan.
Selain dari review yang mixed atau average. Malang sekali game ni keluar tahun 2007. Sebab tahun tu memang tahun yang packed untuk peminat first person shooter dengan keluaran game seperti Call of Duty 4: Modern Warfare, Halo 3, Bioshock, Crysis, Team Fortress 2 dan banyak lagi. Tapi Call of Duty 4 dan Halo 3 sememangnya gigantic duo untuk tahun 2007 bagi peminat FPS.
Walaupun ada beberapa kelemahan dalam TimeShift. Game ni ada potensi yang diterokai lebih lagi dalam sekuel, sebab penamatnya sangatlah tak menyakinkan dan timbulkan lebih banyak persoalan. Gameplay time manipulation boleh ditambah baik lagi untuk pemain bereksperimen dengan persekitaran sekeliling tak kira sama ada dalam combat atau puzzle. Aku fikir kalau game ni ada mode time attack mesti menarik, sebab pemain kena manage time ability untuk pastikan tak timeout. Apa-apa pun kalau korang minat bullet time dan FPS, korang boleh main TimeShift.