Nak Kembangkan Bakat eFootball? Jom Sertai Antara Kejohanan Online Terhangat Tempatan

Faiz Tobeng

03/09/2026

eFootball bukan setakat game bola sepak paling popular di dunia. Malah, game keluaran Konami ini merupakan salah satu game esports terbesar yang sentiasa dipertandingkan di peringkat global pada waktu ini.

Kalau korang lihat senarai game yang disertakan dalam kejohanan-kejohanan esports dunia mutakhir ini, eFootball pasti tidak akan ketinggalan dalam menjadi salah satu game utama.

Maka sebab itulah, kalau Malaysia mahu menjadi satu negara yang digeruni dalam esports secara keseluruhannya, kita tidak boleh memandang sepi kehadiran eFootball dalam scene esports tempatan.

Jika ingin disebutkan apakah inisiatif yang perlu kita buat dalam memperkasa kekuatan esports negara, sudah tentunya senarai itu menjadi panjang. 

Namun, salah satu inisiatif yang menjadi tunjang utama dalam pembangunan esports adalah memperbanyak kejohanan tempatan yang mampu mencungkil bakat baharu dengan lebih kerap dan menyeluruh.

Antara komuniti yang rancak menganjurkan kejohanan eFootball adalah PESLOX

Ketika artikel ini ditulis, komuniti ini sudah pun memulakan PESLOX TOUR CUP yang membawakan pertarungan eFootball untuk para pemain di PC, PlayStation dan Xbox (cross-platform).

PESLOX TOUR CUP mendapat tajaan utama daripada WPS eSports Team

Bagi korang yang baru ingin berjinak-jinak dalam arena kompetitif eFootball tempatan, WPS eSports Team merupakan sebuah kelab esports tempatan yang mengumpulkan begitu ramai pemain eFootball yang berkualiti. Kelab ini merupakan sub-divisi kepada WEPES Malaysia, dan telah banyak merangkul pelbagai kejuaraan domestik dan antarabangsa.

Maka, dalam kata mudah, PESLOX TOUR CUP secara langsung menjadi pentas utama pencarian bakat oleh WPS eSports Team.

Jangan dilupa pula, PESLOX merupakan antara channel YouTube tempatan yang cukup terkenal – mengumpulkan lebih daripada 108,000 subscribers. Justeru, secara tidak langsung, kelab-kelab esports lain — sama ada yang berpangkalan di Malaysia atau negara-negara jiran — pastinya turut menghantar mata-mata mereka ke PESLOX TOUR CUP bagi meninjau bakat-bakat baharu.

Oleh itu, sama ada korang merupakan bakat-bakat muda atau bakat-bakat tua, ingin menggilap kemahiran eFootball, korang boleh mendaftar ke dalam kejohanan PESLOX TOUR CUP.

Korang boleh hubungi +60122261512 untuk pertanyaan dan proses pendaftaran.

Bagi korang yang kurang mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi, dan tidak berminat untuk menyertai kejohanan ini, korang juga ada tugas yang boleh dimainkan dalam merancakkan pembangunan esports tempatan.

Korang boleh memeriahkan lagi PESLOX TOUR CUP yang akan distrim secara langsung di YouTube PESLOX sepanjang, jam 10 pm hingga 12.30 am.

Dengan memperlihatkan jumlah tontonan yang tinggi, ia mampu menarik lebih banyak penaja, seterusnya melancarkan lagi proses pemerkasaan akar umbi eFootball.

Bercakap soal tajaan, PESLOX turut menjemput para jenama di luar sana untuk sama-sama menaja kejohanan ini. Seperti yang diperkatakan tadi, PESLOX TOUR CUP merupakan salah satu kejohanan komuniti terbesar tempatan. Pendedahan terhadap audiens, merangkumi para peminat eFootball di Malaysia dan juga negara-negara jiran, tentunya tinggi.

Maka, pembangunan sesebuah sukan itu bukan sahaja bergantung kepada para pemain dan pihak pengurusan. Setiap lapisan individu yang berada dalam arena ini mempunyai peranan tersendiri.

Jadi, jom meriahkan lagi scene eFootball tempatan!

Leave a Comment