10 Game Menarik Keluar September 2026

Danial Zuher

30/08/2026

  1. Onimusha: Way of the Sword (PS5, Xbox Series X/S, PC, Switch 2) – 4 September

Dibangunkan oleh Capcom, Onimusha: Way of the Sword merupakan game kelima dalam mainline series selepas Dawn of Dreams pada tahun 2006. Kali ni pemain menjadi Miyamoto Musashi yang perlu mengembara ke Kyoto pada era Edo untuk menentang pelbagai musuh. Musashi boleh menggunakan gauntlet kat lengannya untuk menggumpul souls yang boleh berikan buff tertentu kat pemain.

Onimusha: Way of the Sword akan dikeluarkan pada 4 September untuk PS5, Xbox Series X/S, PC dan Switch 2.

  1. The Blood of Dawnwalker (PS5, Xbox Series X/S, PC) – 3 September

Dibangunkan oleh Rebel Wolves, The Blood of Dawnwalker ialah game action role playing dari bekas pembangun The Witcher 3. Berlatarbelakangkan pada abad ke-14 di Vale Sangora, protagonis Coen perlu selamatkan keluarganya yang telah ditangkap oleh kumpulan vampire Brencis. Apa yang Brencis tak tahu, Coen menjadi Dawnwalker iaitu separuh manusia, separuh vampire. Tapi, Coen ada 30 hari untuk selamatkan keluarganya. Dan 30 hari tu adalah salah satu elemen dalam gameplay.

The Blood of Dawnwalker akan dikeluarkan pada 3 September untuk PS5, Xbox Series X/S dan PC.

  1. Marvel’s Wolverine (PS5) – 15 September

Selepas Spider-Man, Insominac Games kembali membawakan seorang lagi watak Marvel hero terkenal iaitu Wolverine. Cerita kali ni mengikuti Logan yang sertai Team X untuk menyiasat penculikan mutan yang dilakukan oleh Bolivar Trask dan kumpulan militia Reavers. Marvel’s Wolverine akan dikeluarkan pada 15 September untuk PS5.

  1. Control Resonant (PS5, Xbox Series X/S, PC) – 24 September

Control Resonant ialah game terbaru dari studio Remedy Entertainment. Sekuel kepada game pertama ni pemain tak bermain sebagai Jesse Faden, tapi sebagai adik lelakinya, Dylan Faden. Di mana entiti-entiti mistik yang terkurung dalam bangunan FBC telah terlepas ke bandar Manhattan. Combat juga kali ni bukan third person shooter macam game pertama, tapi ditukar ke gameplay hack-n-slash.

Control Resonant akan dikeluarkan pada 24 September untuk PS5, Xbox Series X/S, PC.

  1. Silent Hill: Townfall (PS5, Xbox Series X/S, PC) – 24 September

Screen Burn Interactive akan membawakan Silent Hill Townfall. Game ni merupakan spin-off dari siri Silent Hill. Pada tahun 1996, Simon Ordell terjaga di pekan St. Amelia di Scotland. Simon perlu menjelajah ke pekan tu untuk pulihkan memorinya. Gameplay Townfall menggunakan pandangan perspektif first-person, di mana pemain perlu gunakan stealth untuk sembunyi dari musuh dan gunakan alat peranti CRTV untuk mengesan lokasi musuh.

Silent Hill: Townfall akan dikeluarkan pada 24 September untuk PS5, Xbox Series X/S, dan PC.

  1. The Duskbloods (Switch 2) – 24 September

Hidetaka Miyazaki dari FromSoftware kembali dengan game soul like terbarunya iaitu The Duskbloods. Sama seperti Elden Ring Nightreign, game ni akan mengekalkan elemen sama iaitu fokus kat online PvP dan PvE yang menyokong seramai lapan orang pemain. The Duskbloods akan dikeluarkan pada 24 September untuk Nintendo Switch 2.
7. Crimson Moon (PS5, Xbox Series X/S, PC) – 1 September

Crimson Moon ialah game action role playing terbaru dari ProbablyMonsters. Pemain boleh lawan secara solo atau co-op dengan pemain lain untuk menentang pelbagai raksasa dari Hellgrowth, vampire sehinggalah ke demons di bandar Gildenarch yang dah musnah.

Crimson Moon akan dikeluarkan pada 1 September untuk PS5, Xbox Series X/S dan PC.

  1. Dune: Awakening (PC) – 22 September

Bagi peminat filem Dune. Funcom akan membawakan Dune: Awakening, game survival multiplayer di mana pemain menjadi undercover agent untuk mencari Fremen dan wake the sleeper. Pemain boleh ubah suai penampilan dan latar belakang karakter. Dunia Dune dipenuhi dengan pelbagai bahaya seperti quicksand, sandstorms dan sandworm.

Dune Awakening akan dikeluarkan pada 22 September untuk PC.

  1. Fire Emblem: Fortune’s Weave (Switch 2) – 17 September

Intelligent Systems akan membawakan game tactical role playing terbaru iaitu Fire Emblem: Fortune’s Weave. Berlatarbelakangkan di Dagdan Empire, pemain boleh pilih 4 karakter berbeza, masing-masing ada jalan cerita tersendiri. Combat Fortune Weave menggunakan sistem turn-based dengan penggunaan peta grid. Mekanik lain dari game lepas seperti combat arts, gambits dan weapons durability kembali dalam game ni.

Fire Emblem: Fortune’s Weave akan dikeluarkan pada 17 September untuk Nintendo Switch 2.


10. Orbitals (Switch 2) – 3 September

Orbitals ialah game third person puzzle adventure dari Shapefarm. Game co-op ni perlu dimainkan secara berpasangan di mana karakter Maki dan Omura perlu bekerjasama untuk menghalang stesen angkasa dari musnah Pengarah kreatif Marcos Ramos berkata game ni mengambil inspirasi dari game-game Hazelight seperti A Way Out, It Takes Two dan Split Fiction.

Orbitals akan dikeluarkan pada 3 September untuk Nintendo Switch 2.

Leave a Comment