Kisah Detektif Menyiasat Pembunuhan Superhero – Pandang Pertama Fallen Aces

Danial Zuher

01/09/2026

Pasaran Game Indie adalah market yang aku akan selalu cari game-game baharu. Memandangkan studio-studio triple A sekarang dah jarang nak terokai benda-benda baru dan hanya play safe kat IP yang mereka dah rasa selesa. Studio-studio indie ni yang berani cuba buat benda baru dalam bajet terkawal dan tak mahal untuk hasilkan game. Salah satunya ialah immersive sim.

Immersive sim ialah salah satu genre dalam video game. Gameplay-nya bagi kebebasan kat pemain dalam bagaimana mereka nak selesaikan objektif. Satu objektif ada lebih dari 3 cara boleh diselesaikan. Tak kisah sama ada gunakan combat, stealth atau parkour untuk skip musuh, asalkan kerja selesai. Selalunya map design dalam game ni ada lebih dari satu jalan dan cat kuning atau objektif marker tak diberikan untuk galakkan pemain explore map tu.

Contoh terbaik game immersive sim adalah seperti Deus Ex, Dishonored, System Shock, Bioshock dan Prey. Game Hitman juga boleh berada dalam kategori sama sebab boleh gunakan pelbagai cara untuk selesaikan objektif.

Tapi macam mana dengan game GTA atau Fallout: New Vegas? GTA walaupun open world, tapi struktur mission masih linear. Untuk Fallout: New Vegas lebih ke arah kategori RPG yang fokus kat karakter stats pemain. Mission-nya walaupun berikan pemain beberapa pilihan, tapi ianya masih scripted dan tak gunakan objek fizikal dalam dunianya untuk dapatkan solusi yang tak dijangka.

Kebanyakan game immersive sim bukanlah open world. Tapi map design-nya mendalam dan interaktif yang ada ekosistem tersendiri. Ekosistem yang dicipta khas untuk struktur mission spesifik. Pemain perlu gunakan apa saja objek fizikal dalam map-nya untuk selesaikan masalah. Ini termasuklah exploit. Ia galakkan pemain berfikir di luar kotak dan gunakan cara paling kreatif untuk dapatkan keputusan yang tak dijangka. Tapi aku faham kenapa sesetengah orang boleh keliru antara RPG dan immersive sim.
Fallen Aces ialah game indie yang dihasilkan oleh Trey Powell dan Jason Bond. Game first person shooter ni masih dalam early access tapi pada bulan Julai mereka keluarkan episode 2 yang menawarkan 6 missions.

Ceritanya bertemakan crime noir di mana Mike Thane, seorang penyiasat persendirian diupah oleh ahli politik Victor Waltz untuk menyiasat kehilangan seorang wanita bernama Alexia Price. Tapi Mike tak sedar penyiasatannya menarik bahaya tak diundang. Dia diserang hendap oleh kumpulan gangster tapi diselamatkan oleh Nightwave, seorang bekas ahli Aces. Aces ni macam organisasi superhero yang bekerjasama dengan polis tempatan.

Mike juga perlu bekerjasama dengan Nightwave untuk menyiasat kematian seorang demi seorang ahli Aces di tangan pembunuh misteri. Aku suka world building game ni, agak fresh dan menarik. Geng Aces ni lebih kurang macam superhero Captain America dan Daredevil. Cutscene ceritanya ditunjukkan dalam bentuk buku komik era 30-an. Malah grafik game ni mengingatkan aku kat game XIII yang aku pernah cover dalam video JomThrowback dulu.

Gameplay Fallen Aces fokus kat explorasi dan penyelesaian masalah. Pemain tak diberikan objektif marker atau kompass, hanya diberikan peta dan klu untuk navigate kawasan mission. Combat dibahagikan kepada 3 kategori, hand to hand, senjata melee dan senjata api. Hand to hand aku boleh tumbuk, block, parry dan tendang musuh. Setiap pergerakan akan gunakan stamina. Kalau aku dapat parry atau stun musuh, finisher boleh dilakukan dengan animasi yang goofy dan kelakar.

Senjata melee aku boleh gunakan apa saja, kerusi, tong sampah, patung dan apa saja objek yang boleh dicapai untuk serang musuh. Namun, makin lama digunakan, senjata melee boleh rosak. Sesetengah objek juga ada extra mekanik macam kuali boleh block tembakan atau pisang lepas makan boleh baling kat lantai untuk bagi musuh terjatuh.


Senjata api ada beberapa jenis dari revolver, trenchgun, Thompson submesingan, BAR rifle dan scoped rifle. Menariknya, setiap magazin atau peluru akan gunakan satu slot berasingan untuk disimpan dalam inventori. Dalam game ni aku hanya ada 3 slot dengan 2 slot tambahan boleh diupgrade nanti. Jadi aku kena bawa barang-barang yang perlu saja antara senjata api, senjata melee, ammo atau healing item.

Selain healing item macam medkit, aku boleh makan buah-buahan, sandwich, hot dog dan minum air untuk pulihkan nyawa. Tapi Whiskey akan berikan shield kat karakter. Ada item-item lain yang boleh bagi buff macam lari lebih laju, serangan melee lagi kuat, atau tembakan lebih tepat dengan hisap rokok.

Elemen stealth dalam Fallen Aces hampir sama macam Splinter Cell. Sembunyi kat tempat gelap walaupun kadang-kadang aku keliru tempat mana gelap atau tak. Boleh baling objek untuk alihkan perhatian. Cuma aku harapkan ada option untuk pecahkan lampu selain daripada tutup gunakan suis.

Tapi pergerakan Mike yang paling best, dia boleh panjat apa saja objek yang boleh dicapai. Malah, dia boleh berlari laju untuk lompat ke bangunan sebelah. Ini membuka ruang untuk aku cuba cari jalan baru.

Gunakan semua mekanik ni untuk tackle masalah dengan pelbagai cara. Macam situasi pertama ni. Musuh tengah bersedia nak tendang pintu bilik Mike. Ada 3 cara berbeza untuk aku hadapi situasi ni. Pertama, biarkan mereka masuk dan belasah mereka. Kedua, tutup semua lampu bilik Mike, biarkan mereka masuk dan serang mereka secara senyap. Atau, pecahkan tingkap bilik dan lompat keluar. Kalau aku ambil perhatian layout map, aku boleh lompat bangunan ke bangunan dan tak perlu nak berdepan dengan musuh.

Situasi kedua ni aku kena masuk ke stesen monorail. Tapi stesen tu dah ditutup dan dikawal ketat oleh pihak polis. Aku boleh je masuk ikut pintu depan dan belasah semua pegawai, tapi tu akan menyebabkan semua polis kat kawasan tu buru aku. Ada 3 cara untuk masuk, sama ada aku cari kod nombor untuk pintu belakang stesen, ini memerlukan aku dengar perbualan NPC untuk dapatkan klu. Atau boleh masuk melalui lubang kumbahan yang dihubungkan ke stesen. Atau cara terakhir ni out of the box, pergi ke bangunan berdekatan dengan stesen sambil bawa 2 tong sampah. Letakkannya secara bertindih kat tiang wayar, panjat dan gunakan tali tu bergerak ke stesen.

Ketiga-tiga cara ni aku jumpa secara tak sengaja. Game memang takkan bagitahu semua ni sebab nak galakkan pemain cari sendiri dan cuba bereksperimen dengan pelbagai cara. Kemungkinan pemain-pemain lain ada cara lagi berbeza dari aku untuk masuk ke stesen.

Inilah kepuasan gameplay immersive sim, ia menyuruh pemain untuk peka dengan persekitaran sekeliling, gunakan apa saja cara untuk selesaikan masalah. Dan game ni memang korang kena main lebih dari 2 kali untuk explore jalan-jalan baru.

Episode 2

Episode 2 diperkenalkan dengan intro yang sangat ala-ala James Bond. Map design kat setiap mission kali ni lebih besar dari episode 1. Mission pertamanya pun nak dekat setengah jam aku explore kawasan bandar. Ada banyak jalan, lorong dan lubang rahsia yang berhubung kait antara bangunan lain ke bangunan. Mengingatkan aku kat kawasan bandar Detroit dalam Deus Ex: Human Revolution.

Mission kedua bawa aku ke luar kawasan bandar, kini di kawasan berbukit hutan. Feature baru dalam episode 2 kali ni aku boleh pandu kereta. Aku boleh jugak memandu sambil menembak, tapi paling kelakar karakter Mike akan gunakan kakinya untuk kawal stereng. Dengan kereta ni, aku boleh explore rumah-rumah yang ada kat sepanjang kawasan luar bandar.

Cuma aku nak kritik kawalan memandunya agak floaty dan sliding. Tak rasa macam kawal kereta, tapi macam kawal hovercraft.
Satu lagi isu kat episode 2 ni ada sesetengah tempat kat kawasan besar frame rate akan drop sekejap. Dan developer kena baiki loading time-nya yang sangat lama. Sebabkan game ni masih dalam early access, developer boleh ambil feedback dari pemain untuk tambah baik lagi dalam update seterusnya.

Voice acting sangat bagus dan menyakinkan bagi aku. Mereka menjiwai setiap watak yang mereka bawakan. Sebabkan cutscene game ni menggunakan style buku komik. Intonasi suara tu lagi penting untuk sampaikan emosi dalam setiap dialog.

Soundtrack juga best, penggunaan muzik Jazz kena kat temanya iaitu crime noir hardboiled detective. Rentak muzik yang ambil inspirasi dari filem dan video game seperti James Bond, Austin Powers dan No One Lives Forever. Lagu favorite aku semestinya lagu pembukaan episode 2.

Apa yang menarik minat aku untuk main Fallen Aces adalah kerana game ni menggunakan style visual hampir sama macam game favorite aku iaitu XIII. Lagi satu aku dah lama rindukan struktur gameplay immersive sim yang open ended. Game immersive sim yang terakhir dikeluarkan dari game studio AAA ialah Deus Ex: Mankind Divided dan Deathloop.

Studio AAA dah tak nak buat game immersive sim kerana terlalu niche, tak menguntungkan dan mereka mungkin anggap gamer zaman sekarang terlalu bodoh sampai perlukan cat kuning untuk navigate ke kawasan seterusnya, kalau tak ada cat kuning, gamer akan rasa sesat dan tak berminat nak teruskan main game tu.

Apa-apa pun aku ucapkan tahniah kat Trey Powell dan Jason Bond sebab berjaya keluarkan Episode 2. Aku harap mereka akan terus menambah baik lagi Episode 2 dan fokus siapkan Episode 3. Kalau korang berminat dengan Fallen Aces, boleh dapatkannya di platform PC.

Leave a Comment