Game first person shooter bertemakan Perang Dunia Kedua banyak popular pada awal tahun 2000. Call of Duty, Medal of Honor dan Battlefield 1942 adalah antara game yang mempopularkan tema ni. Tactical shooter juga adalah satu lagi genre yang popular tahun yang sama. Rainbow Six, Ghost Recon dan Delta Force menguasai genre ni.
Tapi, ada satu game berjaya menggabungkan dua elemen penting iaitu tema Perang Dunia Kedua dan tactical shooter menjadi satu. Brothers in Arms. Siri ni dimulakan oleh studio Gearbox Software. Studio yang terkenal menghasilkan game Borderlands. Objektif Gearbox menghasilkan game Brothers in Arms adalah untuk mencipta sebuah game Perang Dunia Kedua yang authentic dan berdasarkan sejarah operasi-operasi sebenar yang dihadapi oleh tentera 101st Airborne Division pada tahun 1944.
Walaupun siri ni ada beberapa game spin off dikeluarkan untuk konsol portable dan mobile. Untuk video ni, aku akan fokus kat tiga mainline game iaitu Road to Hill 30, Earned in Blood dan Hell’s Highway. Sebab ketiga-tiga game ni menampilkan Sergeant Matt Baker.
Brothers in Arms: Road to Hill 30 (2005)
Dikeluarkan pada Mac 2005 untuk PS2, Xbox dan PC. Brothers in Arms: Road to Hill 30 mengisahkan tentang Sergeant Matt Baker, seorang askar 101st Airborne Division dari kumpulan battalion kedua 502nd Parachute Infantry. Dia ditugaskan untuk menjadi ketua pasukan semasa hari D-Day pada 6 Jun 1944 di Normandy, Perancis.
Bersama dia dan 13 orang ahli pasukan yang berada di bawah pimpinannya. Mereka sedang bersedia untuk terjun dari kapal terbang C-47, tetapi mereka diserang hendap oleh senjata anti-aircraft Flak 38, menyebabkan Baker tercampak keluar dari kapal terbang.
Di darat, Matt Baker perlu mencari ahli pasukannya, musnahkan Flak 38 dan bersiap sedia keesokan paginya untuk lancarkan serangan behind enemy lines untuk membantu tentera US yang sedang lakukan serangan frontline di Utah Beach.
Selepas hari D-Day, pasukan Baker sertai beberapa pertempuran di pekan-pekan kecil di Perancis. Setiap pertempuran ni berdasarkan operasi sebenar iaitu dari Operation XYZ, Purple Heart Lane, Battle of Carentan sehinggalah ke Battle of Road to Hill 30.
Kalau Medal of Honor fokus kat one man army di mana pemain menjadi ejen khas. Call of Duty pula pemain jadi askar biasa dari pelbagai pihak. Tapi dalam Brothers in Arms, ia lebih personal, ia adalah tentang persahabatan brotherhood antara Sergeant Matt Baker dan ahli pasukannya seperti Red Hartsock, Kevin Leggett, Allen, Garnett, Cole, Corrion dan Desola.
Melalui Baker, kita sebagai pemain dapat mendalami perasaan yang dihadapi olehnya. Bertapa besarnya tanggungjawab yang diamanahkan kat Matt Baker sebagai ketua pasukan 3rd squad Fox Company. 13 orang askar dia perlu jaga untuk pastikan mereka survive sepanjang pertempuran di Perancis.
Dan setiap kali seorang demi seorang ahli pasukannya mati. Apa yang dia boleh buat hanyalah diam dan teruskan misi. Matt Baker banyak pendamkan perasaan dan satu-satunya masa dia luahkan segala emosinya adalah bila dia bermonolog dengan pemain. Troy Baker sebagai pelakon suara Sergeant Matt Baker berjaya menyampaikan dialog yang penuh dengan emosi kesal dan sedih. Dan babak ni adalah pelakon suara sama yang bawakan watak Joel dalam The Last of Us.
—Babak Alternate Route—
Sebelum misi dimulakan, korang akan dengar monolog-monolog dia. Bagi aku, setiap babak monolognya ni, kita sebagai pemain menjadi pendengar yang memahami setiap cabaran yang dihadapinya sebagai ketua pasukan. Dia tak mahu nampak lemah di mata ahli pasukannya untuk pastikan semangat mereka kekal tinggi di medan perang.
Babak monolog adalah cara yang terbaik dan efisen untuk pemain mengenali personaliti Matt Baker tanpa perlu gunakan cinematic cutscene. Karakter Matt Baker takkan menjadi tanpa performance yang baik dari Troy Baker.
Pemain akan mengawal 2 atau 3 skuad semasa pertempuran. Korang tak boleh main game ni run & gun macam Call of Duty sebab Matt Baker boleh mati dalam 4 atau 5 das tembakan dan tak ada regenerative health.
Keyword kat sini adalah kerja berpasukan kerana combat Brothers in Arms yang membezakannya dari kebanyakan game FPS Perang Dunia Kedua masa tu.
Bagaimana pemain nak hadapi pihak musuh adalah dengan gunakan strategi 4F, Find them, Fix them, Flank them dan Finish them. Find them pemain perlu mengesan posisi musuh. Fix them pemain arahkan skuad pertama lakukan suppressing fire untuk pastikan musuh tak ada peluang untuk lepaskan tembakani. Flank them, pemain bergerak bersama skuad kedua mara ke posisi musuh tadi. Finish them, habiskan mereka semua.
Skuad pemain ada kemahiran tersendiri. Fire team sesuai digunakan untuk suppressing fire kerana mereka gunakan raifal M1 Garand dan BAR. Assault team sesuai untuk flanking kerana mereka bawa M1A1 Carbine dan Thompson submesingan. Skuad ketiga selalunya kereta kebal yang bagus untuk suppresion dan assault, tapi mudah dimusnahkan kalau ada musuh pakai bazooka.
Nak tahu posisi musuh senang saja sebab visual akan tunjukkan tanda bulat di atas mereka. Logo bulat ni adalah suppression meter, warna kelabu musuh tak berani nak serang balik kat pemain, selagi skuad tak berhenti menembak, musuh akan terus terperangkap dan bagi peluang kat pemain untuk mara ke arah posisi musuh. Warna merah bermaksud musuh berani serang balik, ini terjadi kalau skuad pemain berhenti menembak ke arah mereka.
Bukan nyawa pemain saja kena jaga, tapi nyawa ahli pasukan juga. Pastikan korang letakkan ahli pasukan di belakang cover, jangan biarkan mereka terdedah kat bahaya. Sebab kalau mereka mati, mereka memang akan terus mati sepanjang misi tu. Buatkan pertempuran lagi susah.
Elemen taktikal dan realism ni juga dilihat dalam mekanik menembak. Bila aiming, pemain kena tunggu beberapa saat untuk stabilkan aiming sebelum boleh menembak. Kalau musuh tembak ke arah pemain, aiming boleh terganggu kerana suppression.
Pada awal misi, jumlah musuh mungkin tak ramai. Tapi untuk misi-misi seterusnya, musuh semakin bertambah dan mereka boleh berada di mana-mana. Kat sini kemahiran pemain sebagai ketua untuk buat keputusan dan berikan arahan diuji. Posisi musuh mana nak suppress dulu, bila nak kena flank musuh, bila skuad kena berundur, bila nak kena tukar posisi skuad. Semua keputusan ni berada di tangan korang sebagai ketua pasukan.
Walau mekanik strategi 4F ni menarik, tapi lama-kelamaan ia boleh jadi repetitif kerana musuh tak proaktif kat tindakan pemain. Musuh tak cuba gunakan strategi sama kat pemain. Malah, map design yang agak linear tak berikan pemain peluang untuk cuba cari jalan baru untuk flank posisi musuh dari arah lain. Kedua-dua masalah ni dapat dibaiki oleh developer dalam sekuelnya.
Brothers in Arms: Earned in Blood (2005)
Brothers in Arms: Earned in Blood dikeluarkan pada Oktober 2005 untuk PS2, Xbox dan PC. 7 bulan selepas game pertama. Kali ni pemain tak mengawal Sergeant Matt Baker, tapi Corporal Joseph ‘Red’ Hartsock. Salah seorang ahli pasukan dan kawan baik Matt Baker. Ceritanya diberitahu secara flashback di mana Colonel S.L.A Marshall menemuramah dia. Red Hartsock menceritakan kisah perjuangannya selama 15 hari selepas kejadian D-Day.
Kisah dari dia menjadi ahli pasukan Matt Baker, bagaimana dia dinaikkan pangkat sebagai sarjan untuk ketuai 2nd squad sehinggalah ke pertempurannya di pekan Baupte dan St. Sauveur.
Campbell, Marsh, Paige, Paddock, Friar dan McConnel adalah antara askar yang berada di bawah pimpinan Sergeant Hartsock. Kebanyakan misi yang dilakukan dari perspektif Hartsock tak ada dalam Road to Hill 30.
Bagi aku agak menarik untuk lihat bagaimana cerita kali ni disampaikan menerusi kaca mata Red Hartsock. Kenapa dia? Kerana Hartsock merupakan orang kanan semasa dia dalam pasukan Baker. Individu kedua yang layak selepas Baker untuk ketuai pasukan baru. Dan kawan baik yang memahami struggles yang dihadapi oleh Baker.
Sebab semasa sesi temu ramah ni, Red Hartsock banyak bagi komen dan pandangannya terhadap Matt Baker. Pandangannya tentang Baker sebagai ketua pasukan.
Dari segi gameplay tak ada banyak perubahan, combat masih mengekalkan taktik 4F sama. Bezanya kali ni, AI musuh lebih bijak, mereka akan lari atau berundur ke posisi baru kalau mereka perasan skuad pemain datang dekat ke arah mereka. Kadang-kadang musuh juga boleh flank pemain. Map design juga kali ni lebih baik kerana lebih terbuka dan besar. Menawarkan lebih dari satu jalan untuk pemain lancarkan serangan lebih dari satu arah.
Game ni memang bagi PTSD sebab berjaya buatkan aku takut kat dua benda. Tiger tank dan mortar. Mereka dah pernah ada dalam Road to Hill 30. Tapi dalam Earned in Blood ni, serangan mereka lebih bahaya dan random. Sekelip mata saja, skuad aku boleh mati kalau aku lambat bergerak atau lambat buat keputusan.
Digabungkan dengan AI musuh yang lebih baik. Stress level boleh cepat naik antara nak hapuskan 5 atau 6 skuad musuh dari pelbagai arah dan nak jaga keselamatan ahli pasukan. Terutamanya final mission dia fuhh! Memang mencabar dan punishing. Aku boleh katakan Earned in Blood ni game paling susah dalam trilogi Brothers in Arms.
Pemain kali ni boleh minta ammo kat ahli pasukan. Aku kurang gemar dengan mekanik ni sebab pemain boleh dapatkan ammo tanpa ada had. Untuk game yang fokus kat realism, ianya lari dari tujuan asal. Dengan mekanik ni, pemain tak perlu rasa nak mencari dan tukar ke senjata musuh.
Sama seperti Road to Hill 30, dalam game ni juga setiap kali pemain selesaikan misi. Extra content akan di-unlock, kat sini korang boleh baca setiap dokumen penting tentang sejarah operasi ketenteraan dan boleh tengok gambar lokasi-lokasi sebenar di mana pertempuran ni pernah berlaku.
Aku suka bila developer tunjukkan hasil kerja behind the scenes mereka. Tak banyak game studio sekarang buat benda macam ni. Pengarah dan executive producer, Randy Pitchford bersama team Gearbox pergi ke lokasi-lokasi pertempuran di Perancis untuk lakukan kajian. Malah, mereka juga dapatkan khidmat konsultan dari Colonel John Antal semasa menghasilkan game ni.
Skirmish ialah mode terbaru yang ditambah dalam Earned in Blood. Mode ni menambah map baru dan objektif baru seperti Tour of Duty, Defense dan Timed Assault. Malah, pemain boleh ubah suai difficulty dan nak main pihak mana sama ada US atau German.
Brothers in Arms: Hell’s Highway (2008)
Brothers in Arms: Hell’s Highway dikeluarkan pada tahun 2008 untuk PS3, Xbox 360 dan PC. Pasukan Baker dan tentera 101st Airborne Division diterbangkan dari Perancis ke Belanda. Kali ni mereka sertai Operation Market Garden yang berlaku antara 17 hingga 25 September 1944.
Dirancang oleh Federal Marshal Sir Bernard Montgomery, Operation Market Garden merupakan operasi ketenteraan udara paling besar dalam sejarah. Seramai 35,000 hingga 40 ribu orang askar dari pihak Amerika, British dan Poland diterbangkan ke negara Belanda yang dah ditakluk oleh pihak German.
Objektif mereka adalah untuk tentera 1st Airborne Division dari British, 1st Independence Parachute Brigade dari Poland, 82nd dan 101st Airborne Division dari Amerika menakluk 9 buah jambatan dari Eindhoven sehingga ke Arnhem. 9 buah jambatan ni berada dalam laluan jalan yang panjangnya lebih kurang 100 kilometer. Jalan ni digelar sebagai Highway 69 atau Hell’s Highway. Kat sepanjang jalan ni, pihak German mengawal ketat kawasannya dengan tentera atileri.
Bila tentera airborne berjaya kawal kesemua jambatan ni, ia bagi jalan mudah untuk pasukan kereta kebal dan tentera bersekutu lalu jalan Hell’s Highway yang membawa mereka terus ke hilir sungai Rhine di utara German. Jalan pintas untuk menyerang terus tanah air pihak musuh.
Pemain kembali mengawal Staff Sergeant Matt Baker. Walaupun kali ni ada muka-muka baru seperti Private Franky dan Private First Class Dawson. Matt Baker masih tak dapat lupakan mimpi ngeri terhadap kematian Allen, Garnett dan Leggett di Normandy. Perasaan bersalah ni menyebabkan dia mula nampak benda yang tak wujud macam Leggett hidup kembali. Dan ahli pasukan mula risaukan akan keadaan dia.
Perubahan terbesar dalam Hell’s Highway adalah gaya penceritaannya. Lebih banyak cinematic cutscene digunakan. Elemen PTSD yang dialami oleh Baker ditunjukkan dengan lebih baik dalam game ni. Sememangnya Band of Brothers versi video game.
Gameplay combat masih mengekalkan strategi 4F yang sama. Tapi ada beberapa perubahan. Selain dari fire team dan assault team, ada dua skuad baru diperkenalkan iaitu MG team dan bazooka team. Bagi aku dua skuad ni mengubah landskap combat dan sangat OP.
MG team sangat bagus untuk lakukan suppressing fire. Kerana mereka gunakan M1919A6 Browning .30 caliber machine gun, MG team boleh rendahkan suppresion meter musuh lebih pantas dari fire team. Malah, musuh paling kuat yang gunakan MG42 boleh disuppress.
Bazooka team pula sangat bagus dalam musnahkan kereta kebal atau musuh yang bersembunyi di belakang cover yang boleh dimusnahkan dengan mudah. Sangat efektif dan efisien.
Buat pertama kalinya dalam siri ni, cover system diperkenalkan. Hell’s Highways gunakan cover system unik di mana perspektif kamera bertukar dari first person ke third person. Cover system sama yang dipopularkan oleh game Rainbow Six: Vegas. Tapi cover system game ni lagi kemas terutamanya bila transition dari third person ke first person masa lompat keluar dari cover, sangat smooth.
Tapi bagi aku, Hell’s Highway ialah game Brothers in Arms paling senang kerana ada beberapa mekanik yang di-downgrade. Pertama, game ni gunakan regenerative health macam Call of Duty. Kedua, AI musuh seperti kembali ke Road to Hill 30, tak proaktif dan tak agresif. Ketiga, aiming kali ni lebih mudah untuk tembak musuh, tak perlu tunggu beberapa saat untuk stabilkan aiming. Keempat, dua game sebelum ni, kalau salah seorang ahli pasukan mati, mereka akan mati sepanjang misi tu. Tapi untuk game ni, pemain perlu sampai ke checkpoint seterusnya untuk revive mereka, dah hilang rasa risiko tu.
Empat benda yang aku sebut tadi sedikit sebanyak buatkan aku sedikit kecewa. Aku harapkan ada penambahbaikkan untuk mekanik sedia ada bila mereka bertukar dari grafik Unreal Engine 2 ke Unreal Engine 3. Tapi sebaliknya yang berlaku. Ia nampak seperti Gearbox cuba untuk pasarkan game ni kat audiens yang lebih kasual dengan setiap mekaniknya kena downgrade.
Tapi, ketiga-tiga game ni ada 3 benda yang tak mengecewakan. Sound design, voice acting dan soundtrack. Setiap bunyi tembakan, letupan dan jeritan askar sangat bagus. Bunyinya lebih realistik dan tak melebih-lebih. Selain Troy Baker, pelakon suara lain turut berikan hasil kerja yang terbaik, setiap perbualan antara mereka rasa real dan tak over.
Untuk soundtrack, siri ni tak hasilkan banyak soundtrack. Semasa combat, takkan ada satu lagu dimainkan, kerana nak bagi peluang kat bunyi tembakan, letupan dan jeritan askar menguasai medan perang.
Bagi aku, ini intentional, kerana Brothers in Arms bukanlah game yang heroic dan anggap perang adalah sesuatu yang best. Ia adalah tentang seorang askar yang tak bersedia untuk menjadi ketua pasukan, yang mahu tamatkan perang ni secepat yang boleh supaya dia boleh kembali ke tanah air bersama rakan-rakan seperjuangannya.
Tapi lagu tema kat main menu ketiga-tiga game ni sememangnya berikan perasaan nostalgia dan patriotik kat aku.
Walaupun Hell’s Highway ada kekurangan, aku masih enjoy game ni kerana story-nya. Konflik antara Matt Baker dan ahli pasukannya menarik dan menyedihkan. Lebih menyedihkan bila Gearbox masih belum keluarkan game keempat yang sepatutnya menjadi penutup kepada siri ni. Sebab selepas Hell’s Highway, mereka akan bergerak German untuk sertai Battle of the Bulge semasa musim salji dari 16 Disember 1944 hingga 28 Januari 1945.
Pada September 2021, CEO Gearbox, Randy Pitchford berkata game terbaru Brothers in Arms masih berada dalam pembangunan. Tapi sehingga sekarang masih belum ada maklumat baru tentang projek ni. Nampaknya studio tu lebih suka fokus kat IP yang lebih terkenal seperti Borderlands. Aku harap studio Gearbox akan kembali ke IP ni untuk habiskan cerita Matt Baker.