Musim Pertama PESLOX TOUR CUP Melabuhkan Tirai, Musim Kedua Mula September Ini

Faiz Tobeng

06/09/2026

Selepas empat hari berlangsung dengan penuh aksi dan persaingan sengit, musim pertama PESLOX TOUR CUP akhirnya melabuhkan tirainya.

Kejohanan eFootball yang menghimpunkan para pemain kompetitif ini menyaksikan pelbagai perlawanan menarik sepanjang tempoh pertandingan, dengan setiap peserta cuba memberikan aksi terbaik untuk merebut kejuaraan.

Kemuncak kejohanan sudah tentunya perlawanan akhir WPS Champions Cup yang menemukan Izzham dan Nabiel Zox. Perlawanan tersebut berlangsung cukup sengit sehingga menyaksikan keputusan akhir 4-3, dengan Nabiel Zox berjaya muncul sebagai juara.

Bagi korang yang terlepas aksi final tersebut, korang boleh saksikan sedikit sedutan perlawanan melalui video di bawah:

Namun begitu, perjalanan PESLOX TOUR CUP masih belum berakhir.

Malah, pendaftaran untuk musim kedua kini sudah dibuka dan para pemain eFootball yang ingin menguji kemampuan masing-masing sekali lagi berpeluang untuk menyertai kejohanan ini.

Musim kedua PESLOX TOUR CUP akan berlangsung dari 14 September sehingga 17 September 2026, dengan perlawanan dijadualkan berlangsung setiap malam dari 10.00 malam hingga 12.30 tengah malam.

Selain pemain, slot penajaan untuk musim kedua juga kini dibuka kepada jenama-jenama yang berminat untuk menyokong perkembangan scene eFootball tempatan.

Dengan sokongan pemain, penonton, komuniti dan penaja, kejohanan seperti PESLOX TOUR CUP mampu menjadi platform penting dalam mencungkil lebih banyak bakat eFootball dari Malaysia dan rantau ini.

Jadi, kalau korang rasa mempunyai apa yang diperlukan untuk bersaing dengan pemain-pemain terbaik, inilah masanya untuk turun padang dan buktikan kemampuan korang.

Musim kedua bakal bermula 14 September ini. Jangan lepaskan peluang!

Boleh hubungi PESLOX di nombor +60122261512 pendaftaran, penajaan atau lain-lain pertanyaan.

Leave a Comment