Burger King collab dengan Dragon Ball Super!

Faiz Tobeng

07/09/2026

Bermula 7 September 2026, Burger King sedang adakan kolaborasi dengan Toei Animation untuk bawakan anime Dragon Ball Super kepada peminat-peminat Burger King.

So senang cerita, bila korang beli set King Jr. Meal, korang akan disajikan dengan set yang bertemakan Dragon Ball Super.

Korang diberi pilihan sama ada nak Nugget, burger Chick N Crisp atau Cheeseburger, lepas tu korang akan dapat sekali Fries dan air Minute Maid. Semestinya set ini datang sekali dengan figurine Dragon Ball Super.

Korang akan dapat randomly salah satu daripada enam figurine yang ada, iaitu sama ada Goku, Super Saiyan God Super Saiyan Goku, Vegeta, Super Saiyan God Super Saiyan Vegeta, Piccolo atau Beerus.

Satu set King Jr. Meal korang boleh dapatkan bermula dari RM13.50 dekat Semenanjung Malaysia dan RM15.50 dekat Sabah dan Sarawak.

Selain itu, beberapa restoran Burger King akan bertukar kepada tema Dragon Ball Super yang immersive. Antaranya Burger King dekat Wangsa Maju, Kuala Lumpur; Sunway Pyramid, Selangor; Botani Village, Perak; Limbongan, Melaka; dan Lukut, Negeri Sembilan.

1 thought on “Burger King collab dengan Dragon Ball Super!”

Leave a Comment