Capcom telah mengumumkan yang Pop-Up Store akan kembali menemui para peminat buat kali kedua di Malaysia.
Dengan kerjasama JUSTDAN, store ini akan dibuka selama 3 bulan, bermula 24 September hingga 27 Disember 2026 di LaLaport Bukit Bintang City Centre.
Sama seperti pop-up store sebelum ini, ia akan dipenuhi dengan mainan, cenderamata dan barangan-barangan kegunaan harian yang semuanya bertemakan karakter-karakter dari game-game keluaran Capcom.
Lebih menarik, store kali ini akan menawarkan secara berperingkat beberapa barangan eksklusif yang hanya boleh didapati di Malaysia. Antaranya t-shirt dan tote bag.
Selain itu, melalui pembelian melebihi RM100, para pengunjung akan menerima poskad “CAPCOM POP-UP Store Malaysia” secara percuma.
Jadi, jangan lupa kosongkan jadual korang hujung tahun ini! Merchandise-merchandise rasmi Capcom macam ini tak boleh dilepaskan begitu saja!