Latest feed

Featured

Sepak U – Sports Fighting Game dijadualkan akan dilancarkan ke PC (Steam) pada tahun 2027

Good Knight Collective, sebuah studio yang berpangkalan di Filipina sedang membangunkan sebuah game yang berjudul Sepak U – Sports Fighting Game. Game ini akan menggabungkan elemen dari sukan tradisional Asia Tenggara, sepak takraw, dengan genre game fighting 2D. Sepak U – Sports Fighting Game dijadualkan akan dilancarkan ke PC (Steam) pada tahun 2027. Jom layan trailernya di bawah:

Read more

EVENT SONY TERBAIK DALAM BEBERAPA TAHUN INI? – PlayStation State of Play Trailer Reaction

Ada yang mengatakan State of Play oleh PlayStation beberapa hari lepas adalah event terbaik Sony dalam tempoh beberapa tahun ini. Korang setuju? Trailer dan game apa yang korang paling teruja dalam event tersebut? Trailer mana yang paling hambar? Jom layan reaction kitorang untuk lebih banyak trailer yang diperlihatkan dalam event itu:

Read more

VALVE SAHKAN STEAM MACHINE AKAN DILANCARKAN PERTENGAHAN TAHUN INI

Valve mengumumkan bahawa Steam Machine akan dilancarkan pada musim panas (sekitar Jun-September) tahun ini. Walau bagaimanapun, tarikh tepat pelancaran dan harga masih belum didedahkan. Alangkah indahnya kalau Valve lancarkan Steam Machine secara rasmi dekat Malaysia. Kan?

Read more

CAPCOM ADA SATU LAGI BARANG BAEK SEPTEMBER INI! | Onimusha: Way of the Sword Trailer Reaction

Selepas kira-kira 20 tahun menghilang, francais Onimusha akan kembali pada tahun ini. Capcom telah mengumumkan Onimusha: Way of the Sword akan dilancarkan pada 25 September 2026. Kali ini, pemain akan bermain sebagai pendekar legenda Jepun terkenal, Miyamoto Musashi. Korang dah bersedia nak comeback ke dalam dunia Onimusha? Jom layan reaction kitorang:

Read more

PlayStation FlexStrike Kini Ada Tarikh Pelancaran, Pre-Order Dibuka 12 Jun Ini Pada Harga RM999

Sony akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran untuk FlexStrike Wireless Fight Stick, iaitu fight stick pertama yang direka sendiri oleh Sony Interactive Entertainment untuk PS5 dan PC. FlexStrike akan mula dijual pada 6 Ogos 2026, manakala pre-order akan dibuka bermula 12 Jun 2026 di kedai-kedai game tempatan yang disahkan oleh Sony. Harga yang diumumkan adalah RM999. FlexStrike hadir dengan sambungan tanpa wayar berlatensi rendah menerusi PlayStation Link, selain turut menyokong sambungan berwayar. Sony turut menyertakan bateri boleh dicas semula, beg khas untuk membawa fight stick ini, serta rekaan ergonomik yang lebih tahan lasak untuk aksi kompetitif. Selain FlexStrike, Sony turut berkongsi sedikit

Read more